Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, December 31, 2007

Selamat Tinggal 2007

gambar nukilan Nurazmal (Di Kala Jingga)


Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tinggal kepada 2007 dan Selamat Datang kepada 2008.

Aku melihat tahun 2008 akan lebih mencabar dengan pelbagai projek-projek yang akan aku lakukan.

Aku bersama rakan-rakan aku akan menerbitkan dua buku; yang mana satunya lebih bersifat santai - dan akan dicetak sebelum pilihan raya umum ke 13.

Di antaranya; projek Blog Idol Pusingan Kedua dengan lebih banyak sumbangan dari pihak korporat dan badan yayasan (Insya-Allah, atas usaha murni), menerbitkan filem pendek bersama artis-artis yang selama ini aku rasa memang ada potensi serta kerja-kerja hak asasi bersama rakan-rakan di ASEAN.

Juga, aku diminta bekerjasama dengan Amnesty International (Malaysia) bagi gerakerja kempen mereka di negara ini.

Aku hanya berharap Tuhan membei aku kekuatan bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Aku selitkan juga di sini sajak yang ditulis oleh seorang rakan dan dimuatkan di dalam buku KONFLIKTING.


sajak untuk Malaysia kita

i.
lima puluh matari laung keramat telah disambut -
dalam sudah
menggali pengalaman benua dan jagat
jauh sudah
menggail pengetahuan laut dan angkasa,
namun sampai kapan hujah sebaris dialog sebuah karya
dalam adab sekadar berpendapat kekal berbahaya?

ii.
betapa arus pendapat kendiri lawan angin hukum hadari
pasti kalah dipukul ombak ramai. Cetus laju menjadi
racun sangsi dan konflik wajah. Amarah bahasa biasa,
kadangkala berubah bengis, kadangkala tukar amuk

berkali – kali atma bertanya
bagaimana toleransi-bicara berlainan minda
hanyut hilang sering gaduh tikam lidah?

bagaimana rasional-logika berlawanan intelek
lemas tenggelam dalam dendam rasa?

yang baru adalah asing adalah lemah adalah yuda.

Nada kematangan mudah tewas
dalam sorakan edan mereka yang tidak dan enggan faham.

iii.
ini pesanan sekaligus impian anak watan
moga gema sampai seluruh warga
agar tidak mudah jatuh dalam perangkap curiga
atau sesat di simpang takut,
kerna ini negara merdekademokrasi
semua sama dalam satu ikatan
panca rukun bangsa berdaulat
(semakin payah nadi kepercayaan bernafas)

iv.
Atau diam padam seketika
pabila datang hari – hari lebaran suci korban, natal
atau tahun baru mahupun pesta cahaya
cuma disambut dengan senyum maaf sementara

tetap hormat dan terus kekal.

v.
dan bakal kembali berulang adalah
persoalan itu selama – lamanya
“ Apakah pintu kepercayaan akan lebih terbuka? ”

ROZAN AZEN MAT RASIP
Gombak – Damansara Heights
28 – 30 Oktober 2007

 

 

Pak Lang...Semoga Ditempatkan Bersama Mereka yang Beriman


Gambar kenangan: Aku (duduk kiri) bersama Pak Lang dan isteri (duduk di atas kerusi). Badrul, menantu duduk di tengah. Azif berdiri.



Aku dikejutkan dengan SMS pada 5 pagi, 30 Disember mengenai berita sedih pemergian Kapten (b) Md. Zaki Abdul Rasid (Pak Lang) , 62 tahun selepas mengalami barah tulang.

Allahyarham menghembuskan nafsnya terakhir pada jam kira-kira 4.30 pagi di rumah beliau di Kg Teras Jernang, Bangi.

Aku sampai agak lewat (12.30 tengahari) dan sempat menatap wajah terakhir arwah, membacarakan Al-Fatihah dan surah Yaasin.

Pada jam 1pm, Allahyarham dibawa ke Masjid As Syakirin, Bangi dan kemudiannya dikebumikan di kampung yang sama.

Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar.

Aku pulang pada jam 4 petang.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Rehan Bte Ibrahim yang juga merupakan adik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aku sendiri pernah meluangkan masa melawat beliau di rumahnya pada Hari Raya Ketiga Aidilftri yang lalu.

Keadaan Allahyarham pada waktu itu memang menyedihkan, tidak dapat bergerak cergas dan terpaksa membuang air kecil melalui saluran yang disediakan.

Aku sempat berbual kosong dengan Allahyarham dan keluarganya untuk beberapa jam.

Aku mengenali rapat Allahyarham semasa beliau mengendalikan latihan untuk Angkatan Muda di Janda Baik beberapa tahun yang lalu.

Beliau menggunakan pengalaman beliau semasa di tentera untuk latihan kami pada waktu itu. Nasib baik Allahyarham tidak menggunakan kaedah ala-komando. Kalau tidak, memang aku balik.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuru rahmat.

Alfatihah.....

Labels: ,

 

 

Friday, December 28, 2007

Mohd Zin Mengaku Beri Wang Lobi

副工程部长收取“游说费”
公正党促三方查滥权洗黑钱

■日期/Dec 27, 2007 ■时间/06:56:19 pm
■新闻/家国风云 ■作者/本刊林宏祥

【本刊林宏祥撰述】人民公正党雪兰莪州格拉娜再也区部秘书法沙慕斯达化(Faisal Mustafa)今天警方、反贪污局、马来西亚航空公司(Malaysia Airline)介入调查副工程部长莫哈末再因(Mohd Zin Mohamed)所谓的“游说费”(payment for lobbying work)是否含有“贪污”成分。

法 沙慕斯达化(右图)在今年11月22日揭露,莫哈末再因透过自己掌控49%股权的Silkway Cargo运输公司,在孟加拉与马来西亚两国之间“洗黑钱”,并从该公司非法收取超过马币一千万元。莫哈末再因接受《当今大马》访问时承认,孟加拉方面确 实缴付了一笔钱给他,惟称那笔钱为“游说费”,是成功游说获取马航合约的酬劳。【点击《当今大马》:ACA urged to probe deputy minister】

法沙慕斯达化质疑“游说费”的说法,并对反贪局与警方至今都没有介入调查感到惊讶。他今日在人民公正党每周例常记者会上,再度出示孟加拉媒体报道及翻译本,证明Silkway Cargo运输公司经理法立(SK Farid Ahmed,又名Manik承认以非法的方式将钱转入莫哈末再因及其秘书哈斯尼达(Hasnita binti Ahmad Bastaman)的银行户口。

一人已在孟加拉被判罪

法立目前已在孟加拉定罪,并在12月10日被判罚款马币2500万元后获释。根据法沙慕斯达化掌握的资料,这宗“洗黑钱”事件发生在2000年9月21日至2007年8月2日之间,当莫哈末再因出任副部长后,款项便从孟加拉的银行转入其秘书哈斯尼达在莎亚南马来亚银行(Maybank)的户口,避免留下证据。

莫哈末再因(左图)也是巫统最高理事,根据法沙慕斯达化的猜测,莫哈末再因滥用副部长职权,以取得马航的合约。法沙慕斯达化透露,尽管有人在2001年向反贪局投报,惟该局迟迟未采取行动。

Silkway Cargo运输公司是马航在孟加拉首都达卡(Dhaka)的销售代理(genaral sales agent),而莫哈末再因则掌控此公司的49%股权。法沙慕斯达化,莫哈末再因从孟加拉运出巨款的举动抵触该国法律,而他相信莫哈末再因从来没有向税务局呈报从外国得到的收入。

人民公正党掌握的资料显示,截至2006年8月23日,莫哈末再因和妻子们的财产包括三所在莎亚南(Shah Alam)的洋房、一所在梳邦再也(Subang Jaya)的双层排屋、六辆豪华房车、一辆保时捷跑车及辆大型摩托车。

Labels: , , , , , , , ,

 

 

Thursday, December 27, 2007

‘ BEHIND THE WALL ‘...Pelancaran 27 Disember, 3pm


Tajuk Pameran : ‘ BEHIND THE WALL ‘
Tempat : Galeri Innovasi Dan RekaCipta , Pusat Seni , Universiti Sains Malaysia
( USM ) Pulau Pinang.
Tarikh : 15 Disember 2007 hingga 15 Januari 2008

Pameran Senilukis Artis STUDIO DI KALA JINGGA

Artis yang menyertai pameran:

Studio Dikala Jingga

1) Nurazmal @ Ali Md Yusoff, 29 tahun, pelukis dan bekerja sendiri,graduan UiTM



2) Zulkiflee Zainul Abidin, 29 tahun, pelukis dan bekerja sendiri,graduan UiTM

3) Haris Ahmad Hamsani, 31tahun , pelukis & pensyarah lukisan,graduan UiTM


4) Samsuddin Lappo, 30 tahun, pelukis & mengajar seni di Sekolah Menengah Tawau, Sabah, graduan UiTM

Artis Jemputan Studio Dikala Jingga

5) Shahrul Anuar Shaari, 30 tahun, pelukis & pensyarah seni di Fakulti Seni, USM, graduan UiTM

6) Mohd Khizal Mohd Saat, 30 tahun, pelukis & pensyarah seni di Fakulti Seni,USM, graduan UiTM

7) Nurhayati Md Yusoff, 33 tahun, pelukis dan bekerja sendiri, graduan Universiti Nebraska Lincon, U.S.A

8) Nizam Abdullah, 26 tahun, pengarca & pensyarah di Universiti Lim Kok Wing, graduan Universiti Kolej Lim Kok Wing

Latarbelakang Studio Dikala Jingga

Studio Dikala Jinggga ditubuhkan pada tahun 2000 oleh enam anak muda yang terdiri dari bekas graduan Sarjana Muda Seni Halus Uitm Shah Alam, yang membuat keputusan untuk menjadi artis dan memiliki studio seni sendiri.

Selain mahu berjaya dalam bidang ini, mereka percaya bergerak secara berkumpulan adalah lebih baik. Mereka aktif menghasilkan karya seni dalam pelbagai bentuk dan gaya antaranya catan, arca, installasi dan sebagainya.



Sebahagian daripada mereka tidak hanya aktif dalam senihalus tetapi juga dalam cabang seni yang lain seperti muzik,teater,puisi, persembahan seni dan juga aktiviti intelektual seperti forum dan diskusi.

Mereka juga begitu berminat dalam penyertaan dan penganjuran bengkel seni dan juga sedia mengadakan projek seni koloberasi bersama kumpulan atau komuniti seni dan juga mengadakan pameran berkumpulan.

Latarbelakang Pameran ’ Behind The Wall ’


Makna / Maksud ‘ Behind The Wall “ – Di Sebalik Dinding / Dibelakang Tembok

– merepresentasi sesuatu suara, bunyi, kejadian, yang berlaku disebalik dinding.
- DINDING secara simboliknya mewakili penghadang, pemisah , perantara dan juga batasan antara ruang bisu imajinasi dan kebisingan dunia nyata dan sebaliknya.

Fokus Pameran
- Secara keseluruhannya, pameran ini mahu membawa khalayak kepada ruang imajinasi kecil yang mewakili pemikiran dan amatan setiap pelukis tentang kenyataan kehidupan dalam masyarakat (Malaysia khususnya), baik dari sudut sosial, politik, keagamaan, kebudayaan dan sosio-ekonomi.

- Sebagai artis,kepekaan dan rasa tanggungjawab terhadap permasalahan dalam pembentukan masyarakat sezaman adalah menjadi keutamaan dalam penghasilan karya. Ia menjadi sesuatu yang perlu di beri tumpuan oleh artis (Karyawan) dalam menyedarkan dan mendidik selain dapat menbangun jati diri
Matlamat Pameran

- Mahu mewujudkan kesedaran tentang fungsi karya seni (lukisan) itu tidak seharusnya menjadi penghias dinding semata-mata; atau dengan bahasa lain ia tidak hanya mempersonakan mata, meelengkapi susun atur ruang rumah atau pejabat tetapi juga mempersonakan pemikiran...masyarakat umumnya lebih gemar menikmati rupa bentuk permukaan sesebuah karya dan kurang merenungi ’suara’ sebenar disebaliknya....
-
Aprisiasi Pameran

- Dalam pameran ini , pelukis cuba menampilkan gaya dan persembahan mengikut kefahaman masing-masing dalam karya mereka. Setiap pelukis membawa persoalan yang bereza-beza.

- Pelukis Nurazmal Md Yusoff cuba membawa persoalan Konflik dalam karya abstrak beliau ”Conflict Siries”, dilema dalam membuat pilihan yang umumnya dialami setiap manusia.

- Manakala Zulkiflee Zainul Abidin cuba melihat naluri manusia yang sentiasa mahu berasa ’bernasib baik’ dalam kehidupan dalam siri ” ...and Good Luck” beliau. Bagaimana manusia memperjudikan hidup dengan mencipta harapan-harapan baru.

- Bagi pelukis Samsuddin Lappo, mengenengahkan rasa bangga dengan asal-usul bangsanya; Bugis. yang memang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaan menguasai lautan. Beliau percaya setiap manusia akhirnya harus bersedia untuk kembali kepada akar bangsanya sendiri.

- Menjadikan ’Batu’ sebagai subjek utama siri catan ”Cheritera: SAKSI ”, pelukis Haris Ahmad Hamsani berpandangan bahawa batu adalah saksi nyata setiap peradaban manusia sejak dulu hingga kini selain unsur bumi yang lain.

- Catan ” Joy Ride” yang dihasilkan oleh satu-satunya pelukis wanita dalam pameran ini, Nurhayati Md Yusoff, memaparkan imej penarik beca dalam gaya Pointelisme seakan-akan digital pixel , seperti mewakili suara golongan marhain yang semakin dipinggirkan oleh kemajuan teknologi.

- Satu-satunya pengarca dalam pameran ini, Saudara Nizam Abdullah menzahirkan subjek yang begitu popular dalam masyarakat Malaysia iaitu ’Ayam’ dalam bentuk arca. Arca bertajuk ” Rebut Cacing” siri ” Sabong” dilihat lebih dekat dengan isu perebutan kuasa, ketamakan, survival dan persoalan intergrasi yang sering diperdebatkan masa kini.

- Siri ”Hujan” diinspirasi dari fenomena alam yang memberi pelbagai interpritasi dalam kehidupan sama ada baik ataupun buruk. Mohd Kizal Mohd Saad menjelmakan hujan dalam catannya dalam ekspresinya sendiri

- Shahrul Anuar Saari membahaskan isu asas/struktur dalam kehidupan lewat karya catan ”Going out from the Box” dizahirkan dalam komposisi garisan dan warna yang menarik


Sememangnya, pameran ini tidak lepas dari membahaskan isu kebebasan, namun persoalannya apakah ’suara-suara’ dalam karya-karya ini boleh melepasi ’dinding-dinding’ yang terus-terusan dibina yang sering menjadi batasan dan halangan untuk didengari oleh ’penghuni’ dibelakangnya?. Dan begitu juga sebaliknya..

Harus di ingat, kebebasan bukan percuma. Ada nilai yang yang harus dibayar. Ada jiwa yang menjadi korban. ’Behind The Wall’ adalah gabungan rasa dan jiwa 8 anak muda yang mahu menghargai ruang dan peluang yang terbatas. Mereka sangat yakin dan percaya untuk terus berbicara lewat karya seni, seterusnya karya terus dihargai dan diletakkan ditempat yang sewajarnya.

Labels: ,

 

 

Wednesday, December 26, 2007

Malay politics: an exposé


Malay politics: an exposé

亮剑-踢爆马来政治

Malay politics has never been monolithic, as usually depicted in Chinese-language publications or sources such as news articles or political statements.

Rich in details and meticulously presented, this compilation of 74 op-ed pieces explores the various themes in Malay politics over the last 50 years. In Malay Politics: An Exposé, young scholar and political activist Liew Chin Tong critically examines the careers and contributions of Tun Razak, Ghafar Baba and Harun Idris, amongst others.

The author’s love-hate relationship with Tun Dr. Mahathir sees many pages devoted to this controversial yet towering figure in Malaysian politics. Interesting snippets include Mahathir’s penchant for cars since his early years, confusion over his birth date and the bailout of firms owned by his son Mirzan which eventually led to a showdown between Mahathir and Anwar Ibrahim.

Last but not least, a lacklustre Abdullah Administration has disappointed many who had highly expected him to reform Malaysia.

The author concludes that systemic reform needs systemic change, not piecemeal promises from any one individual.

青年评论人、政治人、学人刘镇东的第一本评论集,“踢爆” 让华人社会不安、不解、不明、不碰的马来政治,还它本来面目。

Price: RM26 (excluding postage cost)

To order;

1. Pls SMS 019-2232002
(Type MALAY POLITICS)

Labels: , , ,

 

 

Tuesday, December 25, 2007

PSM Saman Majlis Bandaran Turunkan Kain Rentang

Parti Sosialis Malaysia (PSM) memfailkan saman terhadap Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di Mahkamah TInggi Taiping kerana dilarang menggantungkan kain rentang semasa perayaan.

Kain rentang tersebut diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan dipercayai kerana mengandungi tulisan ucapan Hari Raya Aidil Adha bersama slogan "Bersatulah Menentang Penswastaan Hospital dan Air".

Pada 10 Oktober lalu, PSM Sg Siput memohon permit bagi menggantungkan kain rentang yang mana pada awalnya diluluskan. Tetapi, selepas perkataan sedemikian tidak dibenarkan, PSM mengambil keputusan untuk menurut arahan yang diusulkan.

Namun, PSM kemudiannya menghantar surat kepada OCPD Sg Siput dan MPKK menyatakan arahan yang diberikan itu melanggar hak Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara yang diperuntukkan seperti dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami harap kedua-dua pihak merujuk kepada penasihat undang-undang masing-masing dan perbetulkan kesilapan mereka,” kata Letchumanan.

Letchumanan yang merupakan Bendahari PSM Sg Siput memberitahu wartawan bahawa MPKK telah melampaui kuasa mereka.

Penswastaan Kesihatan dan Air merupakan isu yang sedang dijalankan di Negara ini. PSM beranggapan bahawa isu tersebut memberi kesan kepada rakyat.

“Kami memberikan komen yang adil,” jelas Letchumanan.

MPKK tidak mempunyai kuasa untuk menolak permohonan kami melainkan ianya mengandungi kata-kata lucah dan meghasut,” jelas Letchumanan lagi.

Memandangkan MPKK tidak memberi apa-apa jawapan atas permintaan PSM untuk mengadakan dialog pada Oktober 2007, PSM membuat keputusan untuk membawa pihak terbabit ke Mahkamah Tinggi bagi memohom deklarasi supaya PSM diberikan hak untuk menggantung kain-kain rentang mereka.

Ini adalah pertama kali bgi sebuah parti politik mencabar pihak berkuasa tempatan yang tidak membenarkan mereka menggantung kain rentang semasa hari perayaan.

Kes tersebut difailkan di mahkamah melalui pejabat guaman Renuka Balasubramaniam bagi pihak PSM pada 17 Disember lepas.

Labels: , , , ,

 

 

Selamat Hari Jadi....

Pada malam sebelum menyambut Aidil Adha, kami mengadakan majlis menyambut hari jadi kepada tiga teman istimewa di PJ State.

Cynthia Gabriel (Pengarah Eksekutif CARAM Asia), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM) dan Tian Chua (Pengarah Eksekutif LRC).

Sungguhpun mereka lahir pada tarikh yang berlainan tetapi kami menyambutnya pada hari tersebut memandangkan keesokan harinya hari cuti (Hari Raya Haji).

Aku hadiahkan mereka dengan jam dinding. Aku tidak mengathui bahawa budaya cina pantang menerima jam sebagai hadiah kerana dianggap sebagai menggalakkan penerima 'jalan' bersama waktu. Namun, mereka tidak mengembalikan hadiah-hadiah tersebut. Dan aku pun tidak ketahui atau maklum kepada perkara berkenaan.

Teman-teman lain yang turut hadir termasuk Eric Paulsen, Nathaniel Tan, Alison Wee, Elizabeth Wong, Jonson Chong dan ramai lagi. Nasib baik ada Latheefa (Beebi) Koya. Kalau tidak, aku seorang sahaja beragama Islam yang berada dalam kumpulan berkenaan.

Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada mereka yang menyambutnya.

Labels: , ,

 

 

Saturday, December 22, 2007

Pulau Manukan: Alam Semulajadi Robek Dek Rasuah Sabah




Pada hari terakhir di Kota Kinabalu (17 Disember), temujanji aku dengan seorang peguam bagi membincangkan beberapa projek komuniti di sini dibatalkan kerana beliau terpaksa menyambung perbicaraan kes di Tawau.

Aku buat keputusan untuk ke pulau. Selepas membuat beberapa ‘research’ aku memilih untuk ke Pulau Manukan, kira-kira 20 minit menaiki bot laju dari jeti Jesselton.

Pulau Manukan berkeluasan 51 ekar dan berbentuk boomerang mempunyai pantai yang sungguh indah dan menjadikannya taman Tunku Abdul Rahman kedua terbesar. Pantainya berukuran 1.5 km.

Selain Manukan, Taman Tunku Abdul Rahman juga melibatkan lima pulau-pulau lain iaitu Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Sapi and Pulau Sulug.

Oleh kerana pantai ini dikatakan sesuai untuk snorkeling, aku membuat keputusan untuk bersantai dan mencuba pantai ini selepas beberapa pantai di Semananjung telah pun aku jelajahi.

Sudah semestinya perjalanan ke Manukan hanya untuk memberi sedikit ketenangan dan lari dari hingit-bingit kebobrokan kota, tapi talian telefon aku masih lagi boleh berfungsi. Telefon blackberry aku masih menghantar emel-emel dan terpaksa juga dalam beberapa ketika menjalankan tugas-tugas penting yang tidak dapat menunggu sehingga aku pulang.

Tiket untuk ke Manukan ialah RM17 untuk orang dewasa dan perlu ditambah RM6 untuk cukai. Setibanya di Manukan, aku diminta lagi RM3 sebagai tiket lawatan ke Taman TUnku Abdul Rahman.

Ada juga berita yang aku terima bahawa di Pulau Manukan ini sendiri terdapat beberapa kemalangan sehingga menyebabkan kematian di kalangan pelancong-pelancong luar negara semasa snorkeling. Ada yang digigit jellyfish hanya di persisiran pantai.

“Tapi, mautkan di mana-mana? Di lokap polis pun boleh mati (sama ada dibelasah atau keracunan makanan).”


Pengalaman Snorkeling


Aku sungguh kecewa bila mencecah kaki di laut kerana batu-batu karangnya banyak yang sudah mati, sama ada tidak ada usaha pemuliharaan, dicuri atau atau dimatikan akibat dipijak oleh pelancong-pelancong sendiri.

Aku terpaksa jauh ke tengah untuk melihat beberapa spesis ikan dan terumbu karang yang cantik.


Aku bertemu Udang Kara (ambar atas). Nama saintifiknya Panulirus. Spesis ini boleh berjalan ke hadapan dan ke tepi tetapi selalunya berenang ke arah belakang seperti sotong. Arah ke belakang ini dihasilkan dengan pergerakan ekor yang pantas.


Kima (gambar atas) pula merupakan moluska terbesar di dunia. Mantel yang berwarna-warni menghasilkan alga simbiosis yang memberikannya makanan.

Lelap di celah batu Manukan

Tidak ada apa yang lebih indah berbanding dengan membaca buku di tepi pantai terutama sekali bila berhadapa dengan laut yang luas. Bayu darat yang nyaman dan batu laut yang licin dengan pantasnya boleh membawa aku hanyut dalam tidur.

Oleh kerana aku begitu berhati-hati dengan perbelanjaan, aku tidak berbelanja apa-apa di Manukan. Semuanya aku bawa sendiri sebagai bekalan. Blackberry sentiasa menjadi teman dengan lagu-lagu merdu.

Sungguhpun tempat ini indah sebagai satu destinasi pelancongan ,sekiranya diberi pilihan, aku tidak lagi ke sini. Aku bercadang ke pulau yang lebih pendalaman dan lebih ‘dara’ berabanding dengan pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu,

Usaha-usaha kecil yang dibuat oleh pihak berkuasa dilihat dalam masa beberapa tahun lagi spesis-spesis laut, flora dan fauna ini tidak akan lagi dinikmati.

Penjualan koral secara haram oleh penduduk pulau berleluasa tanpa penguasaan ketat. Aku rasa pihak berkuasa lebih diberi arahan menjaga perhimpunan rakyat. Bagi pihak Ketua Menteri pula, tempoh khdimat lima tahun akan digunakan sebaik-baiknya untuk merompak segala harta estetika Sabah ini.

Semua kekayaan alam semulajadi ini telah dan akan berterusan menjadi habuan rasuah ahli-ahli politik Sabah yang semakin hari menjadi darah daging mereka.

Cuaca pula tidak bergitu terik. Aku yang sengaja tidak mahu menyapu sun-block tidak mengalami sebarang kupasan kulit tetapi sedikit gelap.

Pasar Ikan Masin

Sebelum pulang, aku bersiar-siar di Pasar Ikan Masin yang menjual pelbagai jenis ikan, udang dan sotong yang dikeringkan. Rakan-rakan ‘pemandu pelancong’ sukarela beri bermacam-macam cadangan menjadikan aku belanja sekitar RM100 (selepas ditawar habis-habisan) sehingga menjadikan beg pakaian aku berbau.

Labels: , , ,

 

 

Friday, December 21, 2007

Intimidasi Kerajaan Tidak berjaya



Tarikh: 19 Disember 2007
Tempat: Menara Tun Razak, Jalan raja Laut, Kuala Lumpur Bilangan protestor: 100 orang Bilangan polis dan FRU: 100 orang

"Kerajaan kata demonstrasi bukan budaya Negara kita.
Polis kata perhimpunan aman adalah haram dan lancarkan OPS PADAM 2 untuk mematahkan kebangkitan rakyat. Akhbar arus perdana pula membuat 'survey' yang menunjukkan kononnya rakyat Malaysia tidak menyokong hak berhimpun."

Ini adalah keadaan di Negara kita sejak 10 November lalu apabila rakyat Malaysia turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Propaganda negatif pihak Kerajaan dan penangkapan dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat. Pemimpin dan penyokong BERSIH dan HINDRAF dimangsakan.

Dalam situasi ini, lebih 400 orang yang mewakili dari 51 kumpulan masyarakat, organisasi bukan kerajaan (NGO), anak muda dan pelajar, parti-parti politik telah berhimpun di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mempertahankan hak berhimpun rakyat.

Perhimpunan yang diinisiatifkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mendapat sokongan pelbagai pihak yang percaya bahawa hak berhimpun adalah hak asasi rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. Di atas landasan ini satu Gabungan Mempertahankan Hak Berhimpun telah ditubuhkan demi menuntut hak rakyat yang kian dicabul oleh pihak berkuasa.

Perhimpunan yang bermula pukul 11 pagi, dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh S.Arutchelvan Setiusaha Agung PSM. Program yang diacarakan oleh Sdr.Sivan dan Sdr.Badrul diteruskan dengan ucapan-ucapan dari wakil kumpulan masyarakat. Masyarakat ladang diwakili oleh Sdr Sugu, Peneroka Bandar oleh Sdr.Noralizan, Anak Muda dan Pelajar oleh Sdr. Simon Ooi. Kemudian wakil dari parti politik Dr.Nasir dari PSM, Pak Sabu dari PAS, Sdr Sivarasa dari PKR, Sdr Ronnie Liu dari DAP telah menyampaikan pandangan masing-masing mengenai hak berhimpun. Tidak ketinggalkan Sdr Amer Hamzah dari Majlis Guaman Negara
dan Sdr Malik Hussein dari MAFREL telah berucap. Ke semua mereka telah menekankan hak berhimpun adalah hak asasi dan hak demokrasi setiap rakyat dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Mereka telah mengecam niat jahat kerajaan dengan menggunakan intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistreat dan iklan-iklan di media massa yang mencabul hak rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman.

Penyerahan Memorandum dimeriahkan lagi dengan sebuah persembahan oleh kumpulan anak muda, Food Not Boms (FNB) yang bertemakan kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Sejurus selepas persembahan Sdr. Arutchelvan telah membacakan tuntutan-tuntuan Gabungan Mempertahankan Hak Berhimpun Rakyat iaitu:

· Hak Berhimpun di bawah Perkara 10 – Perlembagaan Negara

· Menyokong pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis

· Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman



Gabungan ini menyeru SUHAKAM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap
penyalahgunaan kuasa ini. Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Denison bersama Dato
Sivasubramaniam dan Tan Sri Asiah Abu Samah telah menerima memorandum dari
Gabungan Pertahankan Hak Berhimpun.

Perhimpunan yang penuh bersemangat dan aman ini berakhir tanpa sebarang masalah. Walaupun kebelakangan ini banyak penangkapan dan ugutan ISA dibuat oleh kerajaan atas nama perhimpunan haram, namun perhimpunan ni berjaya memecahkan tembelang dan sekaligus memberikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat pasti akan turun ke jalan untuk menuntut hak mereka walau apapun halanganya.

Hidup Rakyat Hidup Perjuangan Rakyat !

 

 

ISA Arrests of HINDRAF 5 – Operation Lalang 2 coming?



Date: 21 December 2007 (Fri)
Time: 7.30pm
Venue: KL Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur.
Speaker: Sdr Lim Guan Eng, Sdr Lim Kit Siang, Sdr M Kulasegaran, Sdr Fong Kui Lun, Sdr A Sivanesan.

Enquiries, call 03-79578022

During the event, TOKOBUKU will bring its collection on ISA books including writings from Dr Badrulamin, Saari Sungib and others.

Labels: , , , , , ,

 

 

Filem Anak Halal: Undang-undang Bermula dengan Sistem Negara




Aku dijemput untuk menghadiri prebiu sebuah filem yang aku nanti-nantikan di bawan cerita asal Osman Ali.

Tayangan prebiu diadakan pada 6 Disember lalu di Mid Valley.

Kali ini, Osman tidak lagi terkapai-kapai dari segi kewangan dalam membikin filem kerana beliau telah pun memasuki hanyutan mainstream.

Osman yang aku kenali lebih gemar mengeluarkan filem-filem pendek dan independen.

Filem berani Osman Ali kali ini berjaya mendapat klasifikasi ‘U’ (Untuk Tayangan Umum) selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) membuat dua potongan.

Filem yang memfokuskan keadaan remaja kota yang terpinggir ini memaparkan keadaan hampir sebenar keadaan yang berlaku di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.



Babak yang tidak mendapat kelulusan LPF ialah ketika Milya lakonan Raja Farah dirogol oleh salah seorang gangster lakonan Fauzi Nawawi yang menuntut hutang daripada keluarga Milya sebagai ‘bayaran hutang’. (Gambar atas)

Babak lain ialah apabila Osman Ali cuba tayangkan ‘pesta lalok’ oleh anak-anak muda yang sedang gian menikmati najis dadah di sebuah gudang yang ditinggalkan.

Namun, terdapat banyak lagi adegan-adegan ganas dalam filem ini yang tidak sepatutnya membolehkan Anak Halal mendapat ‘U’ seperti aegan lepasan geram Milya terhadap mayat ketua gangster lakonan Zulhuzaimi.

Kisah Benar

Menurut Osman Ali, isu-isu yang cuba diketengahkan dalam filem beliau kali ini berdasarkan realiti sungguhpun watak-watak di dalamnya dicipta.


Suggguhpun Osman tidak menafikan bahawa pembikinan filem ini banyak dipengaruhi oleh filem City of God, Osman memberi latar belakang budak-budak jalanan yang menghabiskan masa bersama rakan-rakan mereka di bawah jambatan dan di atap rumah pangsa.

Kedua-dua filem ini memaparkan babak bapa yang terjebak dalam jenayah atas kesempitan hidup dan kedua-duanya membawa kesimpulan di mana undang-undang yang bermula dengan sistem di dalam Negara itu sendiri.

Tujuan beliau yang cuba mempamerkan gejala-gejala sebenar di ‘belakang kota’ adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Mesej filem ini jelas bahawa dadah adalah satu perkara yang jangan didekati sama sekali.

Filem ini bermula dengan seorang lelaki bernama Hisham lakonan Rosyam Nor, seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam (Mislina Mustaffa), seorang perempuan gila.

Penjenayah tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan.

Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Indraputra (Putra) lakonan Farid Kamil dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya Johanna (Jo) lakonan Maya Karin seorang gadis lasak yang dalam diam menyukai Putra. Namun, kebahagiaan Putra bersama ibunya berakhir apabila dipisahkan oleh pihak berkuasa.

Putra kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha (Kartina Aziz) yang membawa Putra dan Jo berpindah ke Kuala Lumput dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putra dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta manakala Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi.

Erzan (Adi Putra) dan Amira Atikah (Fasha Sandha) pula antara sahabat rapat Putra dan Jo. Mereka terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Amira Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menaggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham.


Linear Story Telling

Berbanding dengan filem-filem lain yang pernah ditulis oleh Osman Ali, Anak Halal berbentuk linear di mana filem ini ‘bercakap’ dalam bahasanya tersendiri.



Ianya bermula daripada filem pendek di bawah tajuk yang sama dan kemudiannya diberi kepercayaan oleh pengeluar filem supaya Anak Halal diterbitkan dalam format yang panjang.

Berbanding dengan filem Osman yang lain seperti Puaka Tebing Biru, filem yang memakan masa 50 hari penggambaran dan 180 gulung filem itu lebih berupa filem non-linear.

Pelakon Tak Sesuai

Barisan pelakon yang menerajui Anak Halal dirasakan kurang sesuai. Mungkin kerana watak-watak yang dipilih itu mempunyai nilai dalam memasarkan filem tersebut.



Maya Karin (atas) tidak mempunyai rupa paras seorang gadis penjual buah-buahan. Dialeknya juga gagal menyamai budak-budak yang dibesarkan di belakang kota.

Begitu juga Bront Palarae yang melakonkan watak Danial, rakan Adiputra.

Farid Kamil, Fasha, Rosyam, Adi Putra, Zulhuzaimi, Fauzi dan Mislina bawa watak masing-masing dengan sungguh berkesan.


Filem keluaran Tayangan Unggul ini diterbitkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai dan diselaras oleh Hazil Izham Ismail. Muzik di bawah nukilan Nor Zaidi dan Audi Mok manakala adegan-adegan stunt di bawah arahan William.

Labels: , , , , , , , , , , , , ,

 

 

Tuesday, December 18, 2007

Tugu Memperingati Perancangan Bunuh Ketua Menteri Sabah Pertama


Lawatan ke Kota Kinabalu kali ini memberi satu lagi lagi peristiwa menarik apabila aku dibawa ke Grace Point di mana terdapatnya Tugu Peringatan Double Six bagi memperingati persitiwa terhempasnya kapal terbang yang membawa Ketua Menteri Sabah Pertama, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens.

Pada tanggal 6 Jun 1976, kapal terbang yang membawa allahyarham cuba mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Menurut sumber yang dipercayai, kapal terbang tersebut gagal mendarat ke lapangan terbang kerana dihalang oleh pihak berkuasa yang mengarahkan pengurusan lapangan terbang bagi pesawat tersebut mendarat.

Selepas berlegar-legar di sekitar Kota Kinabalu, pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan.

Semua krew yang kesemuanya seramai enam orang termasuk Allahyarham Tun Mohd Fuad sendiri terkorban.

Tugu Peringatan di mana di tempat di mana titik kapal terbang tersebut terhempas.
Sembulan terletak kira-kira 10 minit dari Bandar kota Kinabalu. Di seberang jalan utama Tugu ialah Sutera Harbour; salah sebuah tempat peranginan dan penginapan mewah mengadap laut di Kota Kinabalu.


Sejarah yang Disembunyikan

Menurut maklumat yang disediakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah, Tugu Peringatan Double Six dinyatakan sebagai satu tragedi penting dalam sejarah Sabah.

Tidak ada sebarang risalah yang disediakan oleh pihak Pusaat Pepancongan Sabah bagi mendapatkan maklumat mengikut versi yang disediakan oleh kerajaan Sabah. Tiada papan tanda di mana-mana di Grace Point tersebut. Khabarnya, sebelum ini terdapat sekeping tembaga yang menceritakan sejarah mengenai tugu peringatan ini.

“Dah diambil budak kumpul besi buruk”, kata teman aku.


Siapa Tun Mohd Fuad Stephens?


Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah Pertama pada 1963-1964. Pada waktu itu, beliau memimpin United National Kadazan Organisation (UNKO). Kemudiannya, dipilih sekali lagi sebagai Ketua Menteri Sabah kelima pada 1976 menerusi BERJAYA. Malangnya, perkhidmatan beliau hanya selama 44 hari sahaja sebelum perancangan membunuh beliau dibuat.

Semasa hayatnya, beliau yang masa itu dikenali sebagai Donald Stephens menyertai North Borneo News sebagai wartawan pada 1949. Donald menyedari pentingnya sebuah akhbar yang berkaliber dan mengetuai dalam penubuhan Sabah Times.

Donald membentuk Sabah Times sehingga menjadi sebuah akhbar yang berupaya menyampaikan berita-berita sahih di Sabah dan pengaruh daripada situ, beliau menjadi ketua Menteri Sabah yang pertama semasa Sabah Berjaya memperolehi kemerdekaan.

Bagaimana Untuk Sampai

Teksi dari Bandar Kota Kinabalu berharga RM15 (sehala). Anda juga boleh dapatkan bas bernombor 17B (yang tertulis ‘Putatan’) dari stesyen bas Wawasan Plaza berharga RM1.50 (sehala). Bas memulakan perkhidmatan seawall 6.30 pagi hingga 8 malam.


Gambar menunjukkan tempat yang dahulunya diletakkan plat penerangan tugu dan kini sudah tiada lagi.

Labels: , , , , ,

 

 

Wednesday, December 12, 2007

Kalau Aku Jadi Tan Sri Rashid




1. Aku malu bila tengok polis ramai cuba halang rakyat serah memorandum.
2. Aku malu bila rakyat ditahan kerana tak mahu aku jadi Pengerusi.
3. Aku malu bila orang ramai tahu aku pengaruh Peguam Negara batalkan kes Likas.
4. Aku menyesal keluarkan kenyataan kecam Tuan Guru Hadi Awang tentang pakaiannya.
5. Aku menyesal keluarkan kenyataan mengenai Likas ketika aku di Sbah minggu lepas.
6. Aku takut bila sekretariat BERSIH nak dedahkan rakaman yang aku suruh BERSIH pergi jumpa Agung.
7. Aku takut nak ambil tindakan kat polis yang dijumpai topi BN dalam kereta perondanya masa kempen di Ijok.
8. Aku takut nak ambil tindakan kat BN yang salahguna jentera kerajaan dalam kempen mereka.
9. Aku segan nak bagitahu yang aku salahguna Akta Pilihanraya.
10. Aku berhenti daripada kerja yang aku sebenarnya tahu aku gagal laksanakan.
11. Aku akan baritahu semua pihak yang sebenarnya aku takut dengan menteri-menteri BN.
12. Aku tolak tawaran untuk sambung khidmat sebagai Pengerusi SPR atas dosa-dosa yang aku telah lakukan kepada rakyat Malaysia.
13. Aku cadang kepada Agung tidak ada guna ada suruhanjaya kerana sememangnya tidak ada 'level playing field'
14. Aku letak aje jawatan dan bagi orang lain yang lebih berani.

Labels: , ,

 

 

Tangkapan BERSIH: Polis Tak Mahu Bacakan Hak Rakyat

Semasa Razak dan Tian Chua ditahan semasa dalam perjalanan ke Bangunan Parlimen, mereka gagal mengeluarkan waran tangkap dan bila diminta membacakan hak mereka sebagai rakyat Malaysia, mereka buat tak tahu.

Labels: , , ,

 

 

BERSIH: Delegasi Serah Memo Ditahan



Wong Chin Huat, wakil dari Writers' Alliance for Media Independence (WAMI) yang berada di perkarangan letak kereta Parlimen ditahan polis kerana mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Beliau ditahan selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Parlimen untuk dibawa ke pengetahuan Tuan Speaker.

Wong Chin Huat merupakan salah seorang delegasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang membantah pindaan Perlembagaan Persekutuan secara tergesa-gesa bagi membolehkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) disambungkan tempoh perkhidmatan setahun lagi.

Selain Chin Huat, Pengarah Eksekutf Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng dan Pengarah Eksekutif Centre for Media Independence (CIJ), V.Gayathry juga ditahan di tempat yang sama.

Labels: , , , , , ,

 

 

Sunday, December 09, 2007

KONFLIKTING Lahir Secara Rasmi

Majlis pelancaran buku oleh Busarin dan Nik Nazmi


Tidak ada apa yang lebih menggembirakan aku selepas upacara pelancaran buku "Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING" berjaya dijalankan walaupun dalam keadaan yang sungguh sederhana.

Pihak Frederich Naumann Stiftung yang hadir pada program yang dianjurkan ini juga dilihatkan berpuas hati.

Buku ini dilancarkan bersama oleh Pengarah Program Malaysia, Dr Busarin Deesariyawong dan Pengarah Eksekutif Open Dialogue Centre, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi juga sempat mengulas buku ini dengan mengatakan ianya memberi sedikit nafas kepada anak muda untuk menyatakan ide mereka dalam isu-isu semasa.

Rozan deklamasi sajaknya dengan selamba. Gambar diambil oleh Salman. Thanks beb!

Aku diapit oleh Rahimi (kiri) dan Marini (kanan) dari Anwar Ibrahim Club.


BLOGS+WALLET

Zulkifli Jalil yang mewakili GUA memberi perspektif bagaimana pihak pengiklan melihat kriteria blogger dalam menjana mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di blog.


Roslan SMS pula memberi pembentangan mengenai blog nya yang sesungguhnya telah mengubah cara hidup kepada satu cara hidup yang tidak bersifat hipokrit.


Aku juga diminta untuk membentangkan kajian kes mengenai TOKOBUKU yang secara realitinya sudah pun memberi pulangan kewangan. Alhamdulillah.

Aku benar-benar berharap agar mereka yang datang faham dengan pembebelan aku kerana pendekatan yang aku buat bukan seperti syarahan-syarahan biasa di dewan kuliah.

Kedua-dua program ini ditunda beberapa kali akibat perkara-perkara yang datang dan tidak dapat dielakkan.

Untuk celebrate, kami pergi ke Pelita yang hanya melintas jalan dari Hotel Corus sampai 2 pagi.

Kerana terlalu penat, aku bercadang untuk check-in di Prince Hotel. Mandi kolam dude!

Program tersebut dibuat pada 1 Disember 2007.

Sebahagian daripada acara ini juga dipaparkan dalam WTV8.

 

 

Thursday, December 06, 2007

PENGHARGAAN


Syukur ke hadrat Illahi, “Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING”; koleksi artikel liberal ini dapat menemui pembaca buku dalam bentuknya sekarang, selain alam maya berkat sumbangan banyak pihak. Sungguhpun hasrat untuk memiliki sebuah buku karya sendiri masih belum tercapai kerana kekangan kerja, tetapi peluang yang diberikan untuk menyunting koleksi artikel-artikel anak muda telah saya peroleh apabila saya diberi kepercayaan oleh Yayasan Friedrich Naumann.

Dengan ini, saya ingin menyatakan jutaan terima kasih saya kepada pihak Yayasan khususnya kepada Dr Busarin Dusadeeisariyawong dan rakan-rakan di pejabat di Bangkok. Disamping itu, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan Blog Bugs atas dorongan mereka. Idea-idea mengarut yang saya lontarkan menjadi perhatian mereka.

Buku ini tidak akan terlaksana tanpa penglibatan beberapa pihak yang sanggup bersengkang mata dan mengkritik konsep yang saya ketengahkan. Pihak penerbitan Gerak Budaya Enterprise yang sentiasa menyokong kebebasan bersuara dan penerbitan buku penulis tempatan dan sudi menerbitkan buku ini, studio Di Kala Jingga atas karya seni mereka, Ampang Press yang sudi mencetak buku yang tidak seberapa ini dan Anwar Ibrahim Club yang memeriahkan.

Tidak ketinggalan pembaca-pembaca blog http://faisalmustaffa.blogspot.com yang setia dan memberi prangsang dank omen bernas setiap kali blog tersebut dikemaskinikan.

Akhir sekali, tetapi tidak kurang istimewanya, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kaum keluarga; ibu, abang, adik-adik dan anak-anak buah atas sokongan moral dan menerima perjuangan ini sungguhpun sedikit kecewa.

Buku ini diterbit khusus untuk Allahyarham Ayahanda Mustaffa Menfari yang sentiasa tersemat di sanubari ini.

Wabillah-hi taufiq wal-hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullah-hi wabarakatuh!

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com