Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, December 31, 2007

Pak Lang...Semoga Ditempatkan Bersama Mereka yang Beriman


Gambar kenangan: Aku (duduk kiri) bersama Pak Lang dan isteri (duduk di atas kerusi). Badrul, menantu duduk di tengah. Azif berdiri.



Aku dikejutkan dengan SMS pada 5 pagi, 30 Disember mengenai berita sedih pemergian Kapten (b) Md. Zaki Abdul Rasid (Pak Lang) , 62 tahun selepas mengalami barah tulang.

Allahyarham menghembuskan nafsnya terakhir pada jam kira-kira 4.30 pagi di rumah beliau di Kg Teras Jernang, Bangi.

Aku sampai agak lewat (12.30 tengahari) dan sempat menatap wajah terakhir arwah, membacarakan Al-Fatihah dan surah Yaasin.

Pada jam 1pm, Allahyarham dibawa ke Masjid As Syakirin, Bangi dan kemudiannya dikebumikan di kampung yang sama.

Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar.

Aku pulang pada jam 4 petang.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Rehan Bte Ibrahim yang juga merupakan adik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aku sendiri pernah meluangkan masa melawat beliau di rumahnya pada Hari Raya Ketiga Aidilftri yang lalu.

Keadaan Allahyarham pada waktu itu memang menyedihkan, tidak dapat bergerak cergas dan terpaksa membuang air kecil melalui saluran yang disediakan.

Aku sempat berbual kosong dengan Allahyarham dan keluarganya untuk beberapa jam.

Aku mengenali rapat Allahyarham semasa beliau mengendalikan latihan untuk Angkatan Muda di Janda Baik beberapa tahun yang lalu.

Beliau menggunakan pengalaman beliau semasa di tentera untuk latihan kami pada waktu itu. Nasib baik Allahyarham tidak menggunakan kaedah ala-komando. Kalau tidak, memang aku balik.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuru rahmat.

Alfatihah.....

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com