Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, December 25, 2007

PSM Saman Majlis Bandaran Turunkan Kain Rentang

Parti Sosialis Malaysia (PSM) memfailkan saman terhadap Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di Mahkamah TInggi Taiping kerana dilarang menggantungkan kain rentang semasa perayaan.

Kain rentang tersebut diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan dipercayai kerana mengandungi tulisan ucapan Hari Raya Aidil Adha bersama slogan "Bersatulah Menentang Penswastaan Hospital dan Air".

Pada 10 Oktober lalu, PSM Sg Siput memohon permit bagi menggantungkan kain rentang yang mana pada awalnya diluluskan. Tetapi, selepas perkataan sedemikian tidak dibenarkan, PSM mengambil keputusan untuk menurut arahan yang diusulkan.

Namun, PSM kemudiannya menghantar surat kepada OCPD Sg Siput dan MPKK menyatakan arahan yang diberikan itu melanggar hak Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara yang diperuntukkan seperti dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami harap kedua-dua pihak merujuk kepada penasihat undang-undang masing-masing dan perbetulkan kesilapan mereka,” kata Letchumanan.

Letchumanan yang merupakan Bendahari PSM Sg Siput memberitahu wartawan bahawa MPKK telah melampaui kuasa mereka.

Penswastaan Kesihatan dan Air merupakan isu yang sedang dijalankan di Negara ini. PSM beranggapan bahawa isu tersebut memberi kesan kepada rakyat.

“Kami memberikan komen yang adil,” jelas Letchumanan.

MPKK tidak mempunyai kuasa untuk menolak permohonan kami melainkan ianya mengandungi kata-kata lucah dan meghasut,” jelas Letchumanan lagi.

Memandangkan MPKK tidak memberi apa-apa jawapan atas permintaan PSM untuk mengadakan dialog pada Oktober 2007, PSM membuat keputusan untuk membawa pihak terbabit ke Mahkamah Tinggi bagi memohom deklarasi supaya PSM diberikan hak untuk menggantung kain-kain rentang mereka.

Ini adalah pertama kali bgi sebuah parti politik mencabar pihak berkuasa tempatan yang tidak membenarkan mereka menggantung kain rentang semasa hari perayaan.

Kes tersebut difailkan di mahkamah melalui pejabat guaman Renuka Balasubramaniam bagi pihak PSM pada 17 Disember lepas.

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com