Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, December 18, 2007

Tugu Memperingati Perancangan Bunuh Ketua Menteri Sabah Pertama


Lawatan ke Kota Kinabalu kali ini memberi satu lagi lagi peristiwa menarik apabila aku dibawa ke Grace Point di mana terdapatnya Tugu Peringatan Double Six bagi memperingati persitiwa terhempasnya kapal terbang yang membawa Ketua Menteri Sabah Pertama, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens.

Pada tanggal 6 Jun 1976, kapal terbang yang membawa allahyarham cuba mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Menurut sumber yang dipercayai, kapal terbang tersebut gagal mendarat ke lapangan terbang kerana dihalang oleh pihak berkuasa yang mengarahkan pengurusan lapangan terbang bagi pesawat tersebut mendarat.

Selepas berlegar-legar di sekitar Kota Kinabalu, pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan.

Semua krew yang kesemuanya seramai enam orang termasuk Allahyarham Tun Mohd Fuad sendiri terkorban.

Tugu Peringatan di mana di tempat di mana titik kapal terbang tersebut terhempas.
Sembulan terletak kira-kira 10 minit dari Bandar kota Kinabalu. Di seberang jalan utama Tugu ialah Sutera Harbour; salah sebuah tempat peranginan dan penginapan mewah mengadap laut di Kota Kinabalu.


Sejarah yang Disembunyikan

Menurut maklumat yang disediakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah, Tugu Peringatan Double Six dinyatakan sebagai satu tragedi penting dalam sejarah Sabah.

Tidak ada sebarang risalah yang disediakan oleh pihak Pusaat Pepancongan Sabah bagi mendapatkan maklumat mengikut versi yang disediakan oleh kerajaan Sabah. Tiada papan tanda di mana-mana di Grace Point tersebut. Khabarnya, sebelum ini terdapat sekeping tembaga yang menceritakan sejarah mengenai tugu peringatan ini.

“Dah diambil budak kumpul besi buruk”, kata teman aku.


Siapa Tun Mohd Fuad Stephens?


Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah Pertama pada 1963-1964. Pada waktu itu, beliau memimpin United National Kadazan Organisation (UNKO). Kemudiannya, dipilih sekali lagi sebagai Ketua Menteri Sabah kelima pada 1976 menerusi BERJAYA. Malangnya, perkhidmatan beliau hanya selama 44 hari sahaja sebelum perancangan membunuh beliau dibuat.

Semasa hayatnya, beliau yang masa itu dikenali sebagai Donald Stephens menyertai North Borneo News sebagai wartawan pada 1949. Donald menyedari pentingnya sebuah akhbar yang berkaliber dan mengetuai dalam penubuhan Sabah Times.

Donald membentuk Sabah Times sehingga menjadi sebuah akhbar yang berupaya menyampaikan berita-berita sahih di Sabah dan pengaruh daripada situ, beliau menjadi ketua Menteri Sabah yang pertama semasa Sabah Berjaya memperolehi kemerdekaan.

Bagaimana Untuk Sampai

Teksi dari Bandar Kota Kinabalu berharga RM15 (sehala). Anda juga boleh dapatkan bas bernombor 17B (yang tertulis ‘Putatan’) dari stesyen bas Wawasan Plaza berharga RM1.50 (sehala). Bas memulakan perkhidmatan seawall 6.30 pagi hingga 8 malam.


Gambar menunjukkan tempat yang dahulunya diletakkan plat penerangan tugu dan kini sudah tiada lagi.

Labels: , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com