Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, December 06, 2007
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi, “Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING”; koleksi artikel liberal ini dapat menemui pembaca buku dalam bentuknya sekarang, selain alam maya berkat sumbangan banyak pihak. Sungguhpun hasrat untuk memiliki sebuah buku karya sendiri masih belum tercapai kerana kekangan kerja, tetapi peluang yang diberikan untuk menyunting koleksi artikel-artikel anak muda telah saya peroleh apabila saya diberi kepercayaan oleh Yayasan Friedrich Naumann.
Dengan ini, saya ingin menyatakan jutaan terima kasih saya kepada pihak Yayasan khususnya kepada Dr Busarin Dusadeeisariyawong dan rakan-rakan di pejabat di Bangkok. Disamping itu, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan Blog Bugs atas dorongan mereka. Idea-idea mengarut yang saya lontarkan menjadi perhatian mereka.
Buku ini tidak akan terlaksana tanpa penglibatan beberapa pihak yang sanggup bersengkang mata dan mengkritik konsep yang saya ketengahkan. Pihak penerbitan Gerak Budaya Enterprise yang sentiasa menyokong kebebasan bersuara dan penerbitan buku penulis tempatan dan sudi menerbitkan buku ini, studio Di Kala Jingga atas karya seni mereka, Ampang Press yang sudi mencetak buku yang tidak seberapa ini dan Anwar Ibrahim Club yang memeriahkan.
Tidak ketinggalan pembaca-pembaca blog http://faisalmustaffa.blogspot.com yang setia dan memberi prangsang dank omen bernas setiap kali blog tersebut dikemaskinikan.
Akhir sekali, tetapi tidak kurang istimewanya, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kaum keluarga; ibu, abang, adik-adik dan anak-anak buah atas sokongan moral dan menerima perjuangan ini sungguhpun sedikit kecewa.
Buku ini diterbit khusus untuk Allahyarham Ayahanda Mustaffa Menfari yang sentiasa tersemat di sanubari ini.
Wabillah-hi taufiq wal-hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullah-hi wabarakatuh!
1 Comments:
congratulations!
Post a Comment
<< Home