Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, November 18, 2007

20 Belon Dipecahkan, Aku akan Bawa 20 Lagi Minggu Depan!

Gelombang Kuning: Polis pecahkan belon, rampas risalah Bersih
Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Salleh
Sat | Nov 17, 07 | 6:23:16 pm MYT

Kuala Lumpur, 17 Nov (Hrkh) - Kira-kira sepuluh minit 'Gelombang Kuning' dilancarkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di pekarangan Stesen Monorail KL Sentral, polis mula bertindak dengan merampas risalah yang diedarkan oleh pertubuhan tersebut.

ImageDalam pelancaran yang bermula jam 2.00 petang itu, selain risalah, belon berwarna kuning yang tertulis perkataan Bersih termasuk yang berada di tangan orang ramai dipecahkan dan dipijak serta kenyataan akhbar berbahasa Melayu mengenai pelancaran tersebut juga dirampas anggota keselamatan yang hadir.

Malahan tujuh orang daripada dua belas anggota Jawatankuasa Bersih termasuk Ronnie Liu dan Faisal Mustaffa yang mengetuai pelancaran tersebut turut ditahan polis serta disoal siasat dan diminta menunjukkan MyKad masing-masing.

Menurut Faisal, apa yang memeranjatkan, mereka ditahan oleh 20 orang anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam (polis preman) sedangkan polis berpakaian seragam turut berada di kawasan tersebut.

"Memang kami amat terkejut dengan penahanan tersebut. Sebaik sahaja ditahan, kami bertanyakan siapa mereka kerana mereka tidak memakai baju seragam polis. Mereka menyatakan mereka polis serta menunjukkan kad pengenalan sebagai anggota polis.

Image"Kami mempersoalkan kenapa kami ditahan. Katanya, kami ditahan di bawah Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 dan menyatakan risalah kami mengandungi unsur-unsur yang mencurigakan. Mereka menggugut untuk membawa kami ke balai polis. Namun hampir setengah jam kami disoal dan 'tercangak' di situ, kami tidak juga dibawa ke balai polis," kata Faisal sebaik sahaja dilepaskan polis.

Jelas Faisal, jika benar polis ingin menyoal siasat, mereka sudah bersedia untuk dibawa ke balai polis. Namun sungguhpun van polis sudah berada di kawasan tersebut, mereka tidak diarahkan untuk menaiki van tersebut.

"Kami memberitahu mereka kami memang bersedia untuk dibawa ke balai polis dan peguam kami juga sudah menunggu di sana. Tetapi mereka tetap tidak membawa kami. Bagaimanapun selepas setengah jam ditahan, kami dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang syarat, "katanya.

Dalam pada itu, jelas Faisal, pada waktu yang sama, difahamkan kira-kira 50 orang anggota polis berkawal di setiap sudut Stesen KL Sentral berkemungkinan maklumat yang disampaikan kepada mereka bahawa Bersih juga akan turut mengedarkan risalah di stesen tersebut.

ImageBagaimanapun kata Faisal, pihaknya tidak sempat ke stesen tersebut kerana mereka ditahan dan 200 risalah telah dirampas.

Sementara itu, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Jawatan Kuasa Bersih yang tiba sejurus tujuh orang AJK Bersih itu dilepaskan, menyatakan beliau sudah menjangkakan, selepas perhimpunan 10 November lalu, apa sahaja yang dikaitkan dengan Bersih akan diambil tindakan keras pihak polis.

"Mereka memang menggugut untuk menangkap pimpinan Bersih yang mengedarkan risalah untuk memperkenalkan Bersih kepada orang ramai,"katanya.

Jelas Dr Hatta, sebahagian masyarakat masih belum mengetahui dengan jelas perjuangan dan matlamat Bersih.

Tambahan pula katanya, kempen yang dibuat kerajaan mengenai Bersih dalam media rasmi menyebabkan rakyat semakin tidak memahami misi pertubuhan ini.

Dr Hatta yang turut tampil dengan berbaju kuning menyatakan tindakan kerajaan yang menggambarkan Bersih sebagai musuh kepada rakyat menyebabkan rakyat semakin kurang pemahaman mengenai tujuan Bersih ditubuhkan iaitu ke arah proses pilihan raya yang lebih telus.

Image"Sebab itu kami bertindak untuk mengedarkan sendiri risalah mengenai Bersih kepada rakyat. Nampaknya mereka menghalang untuk mengelakkan kita daripada mendidik masyarakat," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Bagaimanapun tegas Dr Hatta, pihak Bersih tidak akan berputus asa serta akan meneruskan usaha untuk menimbulkan Gelombang Kuning kepada rakyat.

Sehubungan itu katanya, Bersih akan terus menggerakkan usahanya menyampaikan maklumat kepada rakyat pada setiap negeri.

Untuk menggerakkan Gelombang Kuningnya, Bersih mengajak rakyat mengenakan warna kuning pada pakaian, tali leher, selendang, payung, topi, serta mengingat riben berwarna kuning pada antena kereta dan cermin sisi pada setiap hari Sabtu sebagai sokongan kepada usaha pertubuhan ini. - mks.

Labels:

2 Comments:

At 3:16 am, Blogger Selongsong said...

Saya cadangkan saudara Faisal meletakkan nota kecil (yang digulung; mengandungi kata-kata hikmah meyokong BERSIH) dalam setiap belon yang bakal ditiup.

Macam fortune cookies, bila dipecahkan ada mesej di dalamnya; begitulah juga dengan belon2 saudara Faisal.

Sekadar cadangan. =)

 
At 3:53 am, Blogger Selongsong said...

Mungkin juga tepung, just in case SB nak pecahkan... hehehe..

Fikirkan mengikut daya kreativiti masing-masing apa yang akan berlaku seterusnya. =)

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com