Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, November 24, 2007

Dua Teater Monolog Sedang Dalam Tayangan

Aku meluangkan masa untuk menonton teater monolog yang sedang ditayangkan pada hari pertama dalam minggu ini.

Aku sememangnya bercadang untuk menyaksikan pementasan ini pada hari Ahad, selepas aku melancarkan buku sulung aku; Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING di Hotel Corus, Jalan Ampang pada jam 2 petang.

Kerja-kerja di pejabat baru juga memenatkan aku. Ditambah lagi dengan kesesakan lalulintas di ibukota kerana sekatan jalanraya oleh pihak polis kerana mendapat berita terdapat satu lagi perhimpunan massa Ahad ini.

Keadaan aku yang tidak berapa sihat (mungkin kerana tidak cukup tidur malam sebelum itu kerana membuat persiapan untuk sidang media aku esoknya) dah mula rasa tidak betul dan tidak ada mood untuk pergi ke mana-mana selain daripada pulang ke rumah. Namun, kerana janji yang aku sudah nyatakan, aku kuatkan diri dan membuat keputusan untuk menaiki LRT.

Perempuan, Isteri & Jambu


Pementasan ini bukanlah cerita mengenai maknyah yang menolong pondan yang lain dengan membelikan panadol masa pementasan muzikal seperti cerita Osman Ali dalam Bukak Api.


Ia mengisahkan seorang pelajar kolej yang pintar yang diberikan tugasan oleh pensyarahnya untuk membuat kajian mengenai bangsa dan gender berdasarkan filem-filem Melayu 80an dan 90an.


Linda yang agak tertekan kerana tugasan tersebut terpaksa menemui beberapa pihak yang teruja dengan filem-filem lama.


Ada yang beranggapan bahawa apa yang disimpulkan oleh Linda secara politiknya tidak benar,namun ada juga yang beranggapan bahawa masih ada ruang bagi Malaysia meningkatkan martabat filem Melayu dengan memaparkan kisah sebenar keadaan budaya Melayu.


Monodrama ini ditulis dan dilakonkan oleh Joylynn Tan dan diarahkan oleh M.Rohaizad Suaidi.




How did the Cat get so Fat?

Rasa kurang senang aku dengan keadaan aku masih menjadi-jadi. Rasa lapar belum makan, mak yang belum pulang bermain-main. Beberapa kali aku memberi isyarat minta bantuan....tak diendahkan. Adakah aku menjadi masalah kepada mereka?


Selepas 15 minit rehat, aku kembali ke tempat asalku di hadapan untuk memberi tumpuan kepada pementasan ke dua. Aku akan cuba beri fokus.


Aku pernah mendengar mengenai Teater Ekamatra. Semasa rehat, aku perkenalkan diri kepada Pengarahnya, Zizi Azah. Tak cerita banyak kerana aku perlu duduk!


How did The Cat Gets So Fat? mengisahkan Fatimah, 9 yang datang dari keluarga yang bercerai ibubapa melayan fantasinya dengan patung Mr Minismen.


Pementasan ini menceritakan perjalanan khayalan Fatimah; berjumpa pekerja domestik, isteri kaya, pemandu teksi, dan pengusaha taman tema.


Aku memang terhibur dengan pementasan Siti Khalijah Zainal yang tidak kelihatan gugup membuat pementasan monolognya.


Selesai sahaja pementasan, Rohaizad datang kepadaku memberitahu bahawa beliau kurang senang dengan Lin. Aku beri semangat dan berjanji akan datang lagi selepas aku lancarkan buku aku


After had myhot shower and solat, I try to seek for help. But to no avail.I could not get my eyes close and let my dvd play its part...


Dates: Nov 22 (Thu) – 25 (Sun), 2007

Time: 8.30pm nightly

Venue: The Annexe Gallery, The Annexe, Central Market, KL.

Entry: By minimum donation of RM30 (Adults), RM15 (Students)

Booking: 03 2274 6542, 03 2070 1137

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com