Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, November 19, 2007

Pra nonton FILEM 9 SEPTEMBER: Aku lebih enjoy Makanannya


Pada 22hb Oktober lepas, aku mendapat jemputan untuk menyaksikan filem terbatu terbitan MIG Production, David Teo (kiri) di The Mines.

Atas beberapa masalah peribadi dan kerja-kerja yang masih perlu dibereskan, aku tidak dapat memfokuskan dalam tayangan filem ini.

Tetapi, apa yang aku ingat ialah kami dibawa untuk makan tengahari di restoran milik David, The Lemon juga di The Mines dan aku makan dengan banyaknya, di dalam hujan lebat.




Sinopsis

9 September sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu, dia menyimpan dendan terhadap lelaki. Mangsanya ialah Kogi (Pierre Andre) yang baik dan jujur.


Kali pertama mereka bertemu apabila Nia tersalah masuk ke rumah Kogi. Kogi dilihat seperti ‘malaikat’ yang menjaga Nia dalam keadaan apa jua sekalipun. Lama kelamaan mereka jatuh cinta antara sesame sendiri sehinggalah satu hari Andrian (Fahrin Ahmad) kekasih lama Nia kembali ke pangkuannya.

Andrian membawa Nia ke Jepun dan sekembalinya, Kogi dan Nia bertemu semula di pulau yang sama secara kebetulan.

Selepas Nia berlepas ke Jepun, Kogi mendapati beliau menghidap barah.

Nia yang tahu cinta sebenarnya kepada Kogi, bukannya Andrian (lakonan Fahrin Ahmad) akhirnya berkahwin. Sebagai tanda ingata, bayi yang mereka perolehi dinamakan Kogi.

Exposure kepada Pierre



Filem yang menelan belanja RM1.5 juta itu diberikan kepada Pierre selepas beliau meraih kejayaan cemerlag melalui skrip Jangan pandang Belakang. Pierre dikatakan pengarah filem cereka termuda di Malaysia.

Tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan dalam filem ini selain daripada sebagai satu pededahan kepada pengarah muda ini dalam bidang pengarahan selepas melibatkan diri dalam lakonan dalam beberapa filem sebelum ini.

Filem ini juga mendapat dibarisi pelakon-pelakon seperti Osman kering, Kaza, Zami Ismail, Shamsul Ghau Ghau dan Cat Farish.

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com