Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, December 12, 2007
Kalau Aku Jadi Tan Sri Rashid
1. Aku malu bila tengok polis ramai cuba halang rakyat serah memorandum.
2. Aku malu bila rakyat ditahan kerana tak mahu aku jadi Pengerusi.
3. Aku malu bila orang ramai tahu aku pengaruh Peguam Negara batalkan kes Likas.
4. Aku menyesal keluarkan kenyataan kecam Tuan Guru Hadi Awang tentang pakaiannya.
5. Aku menyesal keluarkan kenyataan mengenai Likas ketika aku di Sbah minggu lepas.
6. Aku takut bila sekretariat BERSIH nak dedahkan rakaman yang aku suruh BERSIH pergi jumpa Agung.
7. Aku takut nak ambil tindakan kat polis yang dijumpai topi BN dalam kereta perondanya masa kempen di Ijok.
8. Aku takut nak ambil tindakan kat BN yang salahguna jentera kerajaan dalam kempen mereka.
9. Aku segan nak bagitahu yang aku salahguna Akta Pilihanraya.
10. Aku berhenti daripada kerja yang aku sebenarnya tahu aku gagal laksanakan.
11. Aku akan baritahu semua pihak yang sebenarnya aku takut dengan menteri-menteri BN.
12. Aku tolak tawaran untuk sambung khidmat sebagai Pengerusi SPR atas dosa-dosa yang aku telah lakukan kepada rakyat Malaysia.
13. Aku cadang kepada Agung tidak ada guna ada suruhanjaya kerana sememangnya tidak ada 'level playing field'
14. Aku letak aje jawatan dan bagi orang lain yang lebih berani.
Labels: SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
2 Comments:
15. Saya akan bayar balik caruman KWSP para pekerja Kolej Legenda Langkawi semasa saya menjadi pengerusi Kolej itu.
16. Saya tidak akan lagi menggunakan perkataan "seluar dalam" di dalam mesyuarat dgn para pekerja saya.
:D
17. Saya tidak ingin menjadi Tan Sri Rashid walaupun saya adalah Tan Sri Rashid.Huhu. Camne tuh?
tak yah la jadi Tan Sri Rashid tu..Lebih baik jadi Peti Ais je,ade gak paedah..huhu.
Post a Comment
<< Home