Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, December 31, 2007
Selamat Tinggal 2007
gambar nukilan Nurazmal (Di Kala Jingga)Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tinggal kepada 2007 dan Selamat Datang kepada 2008.
Aku melihat tahun 2008 akan lebih mencabar dengan pelbagai projek-projek yang akan aku lakukan.
Aku bersama rakan-rakan aku akan menerbitkan dua buku; yang mana satunya lebih bersifat santai - dan akan dicetak sebelum pilihan raya umum ke 13.
Di antaranya; projek Blog Idol Pusingan Kedua dengan lebih banyak sumbangan dari pihak korporat dan badan yayasan (Insya-Allah, atas usaha murni), menerbitkan filem pendek bersama artis-artis yang selama ini aku rasa memang ada potensi serta kerja-kerja hak asasi bersama rakan-rakan di ASEAN.
Juga, aku diminta bekerjasama dengan Amnesty International (Malaysia) bagi gerakerja kempen mereka di negara ini.
Aku hanya berharap Tuhan membei aku kekuatan bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Aku selitkan juga di sini sajak yang ditulis oleh seorang rakan dan dimuatkan di dalam buku KONFLIKTING.
sajak untuk Malaysia kita
i.
lima puluh matari laung keramat telah disambut -
dalam sudah
menggali pengalaman benua dan jagat
jauh sudah
menggail pengetahuan laut dan angkasa,
namun sampai kapan hujah sebaris dialog sebuah karya
dalam adab sekadar berpendapat kekal berbahaya?
ii.
betapa arus pendapat kendiri lawan angin hukum hadari
pasti kalah dipukul ombak ramai. Cetus laju menjadi
racun sangsi dan konflik wajah. Amarah bahasa biasa,
kadangkala berubah bengis, kadangkala tukar amuk
berkali – kali atma bertanya
bagaimana toleransi-bicara berlainan minda
hanyut hilang sering gaduh tikam lidah?
bagaimana rasional-logika berlawanan intelek
lemas tenggelam dalam dendam rasa?
yang baru adalah asing adalah lemah adalah yuda.
Nada kematangan mudah tewas
dalam sorakan edan mereka yang tidak dan enggan faham.
iii.
ini pesanan sekaligus impian anak watan
moga gema sampai seluruh warga
agar tidak mudah jatuh dalam perangkap curiga
atau sesat di simpang takut,
kerna ini negara merdekademokrasi
semua sama dalam satu ikatan
panca rukun bangsa berdaulat
(semakin payah nadi kepercayaan bernafas)
iv.
Atau diam padam seketika
pabila datang hari – hari lebaran suci korban, natal
atau tahun baru mahupun pesta cahaya
cuma disambut dengan senyum maaf sementara
tetap hormat dan terus kekal.
v.
dan bakal kembali berulang adalah
persoalan itu selama – lamanya
“ Apakah pintu kepercayaan akan lebih terbuka? ”
ROZAN AZEN MAT RASIP
Gombak – Damansara Heights
28 – 30 Oktober 2007
0 Comments:
Post a Comment
<< Home