Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, September 30, 2007

Misteri kematian Sujatha Berterusan



Kes Kematian Sujatha: Ahli MPT beri Kenyataan Balas

KUALA LUMPUR 27 Sept- Berikutan daripada kematian artis terkemuka K.Sujatha awal Ogos lau yang dibawa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti keadilan Rakyat (keADILan), S.Manikavasagam, K.Ugendran memfailkan afifavit sivil saman terhadap ahli MPT tersebut.

Menurut Manikavasagam, kes kematian yang dibawa olehnya berdasarkan maklumat tepat yang diperolehi daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Bapa saudara kepada mendiang telah menghubungi Manikavasagam serta menerangkan perkara sebenar berlaku kepada anak saudaranya dan ingin mendapatkan keadilan.

"Berdasarkan kepada surat, dokumen, vcd, gambar dan keratan-keratan akhbar yagn dibekalkan, sebagai seorang yang perihatin kepada keluarga mangsa yang teraniaya, saya mengambil risiko untuk mendedahkan kematian Sujatha yang saya kira dirancang dan melibatkan beberapa individu yang berpengaruh di negara ini," jelas Manikavasagam.

Manikavasagam yang memberitahu para wartawan dalam satu sidang media hari ini bahawa beliau tidak gentar dengan ugutan yang dibuat oleh adik kepada mendiang bahawa kematian mangsa sebenarnya berpunca daripada kesilapan mangsa meminum racun paraquat yang disangkakan ubat batuk.

Sekiranya pihak polis atau pihak yang terbabit enggan mendedahkan perkara yang sebenar berkenaan dengan punca kematian Sujatha sebenar, Manikavasagam tidak teragak-agak untuk mendedahkan vcd yang diterimanya berkaitan dengan rakaman kronologi Sujatha yang jelas menunjunjukkan bahawa terdapat satu rancangan pembunuhan kepada si mati.

"Kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana mangsa merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan sudah tentu pandai membuat perbandingan antara botol ubat batuk dan botol racun," kata Manikavasagam.

Manikavasagam memberitahu, kematian Sujatha dipercayai adalah suatu yang dirancang oleh S.Velppari (anak kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu).



KeADILan akan Dedah vcd kerabat Samy Vellu

KUALA LUMPUR 27 Sept- Parti Keadilan Rakyat (keADILan) akan mendedahkan sekurang-kurangnya dua vcd yang melibatkan anak Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu; S.Vellpari dan skandal diantara Shaila Nair (isteri kepada Vellpari) bersama anak angkat Samy Vellu.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan, S.Manikavasagam, selepas adik kepada mendiang Sujatha, K.Ugendran memfailkan afidavit sivil saman terhadap ahli MPT tersebut.

Manikavasagam percaya tindakan Ugendran tersebut berpunca daripada paksaan orang-orang tertentu di dalam Maika Holdings. Ugendran juga seorang kakitangan di syarikat yang sama.

Saya percaya vcd tersebut dapat membuka mata orang ramai yang ingin tahu kematian sebenar pelakon terkenal drama Tamil, K.Sujatha awal Ogos lalu.

Menantu dan anak angkat Samy Vellu Berahi

Menurut Manikavasagam, vcd pertama yang diterimanya memaparkan Shaila Nair (isteri kepada Vellpari) yang sedang beraksi berahi dengan anak angkat Samy Vellu yang juga Presiden kepada Kongres India Malaysia (MIC).

Manikavasagam memberitahu bahawa satu salinan vcd tersebut telahpun diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan bagi membantu pihak polis menyiasat punca sebenar kematian Sujatha.

Beliau memberitahu bahawa Sujatha mengetahui hubungan sulit kedua-duanya dan percaya cuba untuk mendapatkan wang ugutan daripada Samy Vellu agar vcd tersebut tidak didedahkan.

Namun, Sujatha kemudiannya membuat salinan dan mengedarkan kepada beberapa pihak yang akhirnya menimbulkan rasa marah kepada beberapa individu.

Selain berlakon, Sujatha yang memiliki wajah yang cantik bekerja sebagai pemebantu peribadi kepada Vellpari di syarikat Maika Holdings.

Kronologi kematian Sujatha

VCD kedua ialah berkaitan dengan beberapa rakaman yang dibuat bermula daripada Sujatha diisytiharkan mati.

VCD tersebut jelas menunjukkan mayat Sujatha yang mempunyai kesan luka di badan, jelas bercanggah dengan afidavit yang dinyatakan oleh Ugendran.

Berikutan daripada kematian misteri Sujatha, polis tidak membuat sebarnag siasatan sehinggalah Manikavasgam membuat satu laporan polis lain, sebulan selepas itu dan mendapat paparan media khususnya media Tamil.

"Selepas tiga bulan, pihak polis masih lagi gagal memberi jawapan kepada punca kematian sebenar Sujatha", terang Manikavasagam.

Daripada sumber yang diperolehi, Manikavasagam berkata Sujatha mempunyai hubungan sulit dengan Vellpari sejak tujuh tahun yang lalu, selain daripada hubungan kerja di Maika Holdings.

Manikavasagam memberitahu, kematian Sujatha dipercayai adalah suatu yang dirancang oleh S.Velppari.

"Berdasarkan kepada surat, dokumen, vcd, gambar dan keratan-keratan akhbar yagn dibekalkan, sebagai seorang yang perihatin kepada keluarga mangsa yang teraniaya, saya mengambil risiko untuk mendedahkan kematian Sujatha yang saya kira dirancang dan melibatkan beberapa individu yang berpengaruh di negara ini," jelas Manikavasagam.

Manikavasagam yang memberitahu para wartawan dalam satu sidang media hari ini bahawa beliau tidak gentar dengan ugutan yang dibuat oleh adik kepada mendiang bahawa kematian mangsa sebenarnya berpunca daripada kesilapan mangsa meminum racun paraquat yang disangkakan ubat batuk.

"Kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana mangsa merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan sudah tentu pandai membuat perbandingan antara botol ubat batuk dan botol racun," kata Manikavasagam.

 

 

Saturday, September 29, 2007

Sami di Malaysia kurang perihatin


Semalam (27 September) aku terima sekurang-kurangnya tiga sms menjemput aku untuk turut serta dalam perarakan membantah penahanan lebih 100 sami yang berarak di Burma membantah kerajaan Junta.

Jadi, aku buat keputusan untuk pergi.Member-member yang buka puasa sama aku semalam saling memberi nasihat untuk berhati-hati kerana polis akan mengambil anggota-anggota RELA untuk menangkap demnsotran-demonstran yang turun membantah Junta atas alasan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin).

Keganasan di Burma bermula dua hari yang lalu di Rangoon dengan serangan gas pemedih mata, libasan rotan dan tembakan sehingga membawa kematian kepada empat orang awam termsuk tiga sami. Peristiwa tersebut berlaku di kuil Shwedagon

Di Mandalay, lapan anggota NLD (sebuah Parti politik yang aku adakan beberapa pertemuan semasa menjawat jawatan Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda KeADILan) ditahan. Par Par, pelawak terkemuka di Burma juga ditahan.

Di Kachin pula, sekurang-=kurangnya 90 sami dari pecan Moe Nyin ditahan. Lima anggota NLD juga ditahan.

Sehingga semalam, Sembilan orang lagi dilaporkan mati termasuk seorang wartawan dari Jepun dan ratusan yang lainnya ditahan dalam protes anti-kerajaan.





Aku tiba di LRT Ampang Park jam 9.38 pagi seorangan diri dan mula lihat Yusmadi Yusof (exco baru lantikan yang mengambilalih jawatan aku dalam Biro Antarabangsa) dan Khai Loon (Y4C).
Kami mengikuti perarakan dari situ ke tempat perhimpunan utama; Kedutaan Myanmar di Leboh Ampang. Sambil berjalan, aku mula terserampak dengan rakan-rakan dari Amnesty International, CARAM Asia, Women’s Aid Organisation dan rakan-rakan media lain.


Kedutaan China



Selepas lebih kurang setengah jam di sana, mereka mula berarak ke Kedutaan China. Kami berada di sana kerana membantah keputusan Kerajaan China yang bekerjasama dengan kerajaan junta Myanmar yang menumbangkan pemerintahan demokrasi pada tahun 1962 sewaktu pengambilalihan kuasa junta. (Gambar atas).

Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Luarnya, Dato Seri Syed Hamid Albar pula menyatakan pendiriannya untuk tidak mengambil pendirian terhadap Burma sungguhpun penindasan terhadap orang awam di Negara itu berterusan.

Bagi Syed Hamid konflik yang melanda di Burma adalah hal ehwal dalaman. Malaysia mempunyai pelaburan yang bear melalui gas dan petroleumnya di Burma. Kenyataan tersebut sudah tentu berdasarkan atas kepentingan sedemikian.

Kenyataan Syed Hamid Albar itu seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ kepada pencabulan hak asasi di rantau Asia Tenggara.

Kedutaan Russia

Selepas mengadakan protes di Kedutaan China untuk seketika, kami berarak pula ke Kedutaan Rusia yang mejalankan hubungan diplomatic dengan Myanmar.

Di sanalah kelihatan rakan-rakan aku yang lain seperti Eli Wong, Ginie Lim, Chan, Razak dan lain-lain. Oh ya, Shin pun ada sama. (Gambar di bawah ketika berada di kedutaan Rusia).







 

 

Friday, September 28, 2007

Sejarah Kuih Bulan


Kaum Tionghua baru sahaja menyambur perayaan Tanglung beberapa hari lalu.

Perayaan tersebut mempunyai perkaitan rapat dengan kuih bulan dalam memerpingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan menyeksa pada suaru ketika dahulu.

Rakyat di bawah pimpinan Xhu Yuan Zhang besama pengikutnya, Liu Bo Wen telah menggunakan kuih bulan ebagai alat sebaran maklumat.

Kuih bulan yang dijuak secara meluas di pasaran pada ketika itu telah diselitkan sepucuk nota menyeru rakyat untuk bangkit menggulingkan kerajaan pada malam 15 haribulan, yakni bulan kelapan dalam kalender lunar.

Pemberontkan itu akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintahan zalim. Sejak itu, kuih bulan bukan sekadar menjadi makanan tradisi, ia juga melambangkan nilai dan simbol memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.

Pada bulan September 1998, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan jawatanya oleh Dr Mahathir dan ditahan serta dizalimi. Maka, tercetuslah pergerakan Reformasi yang dipelopori rakyat.

Pada masa yang sama, kebetulan Pesta Tanglung juga pada masa itu. "Reformasi" telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Tionghua buat pertama kalinya dengan ertikata "Perjuangan tetap diteruskan". Tanglung yang tertera "Reformasi: dalam Bahasa Tionghua telah dibawa dalam perarakan Pesta Tanglung.

 

 

Wednesday, September 26, 2007

Forum Buka Minda


Aku diperkenalkan dengan satu laman forum maya yang baru: GUA.

Billboard untuk mempromosikan forum ini aku dah nampak di beberapa stesen-stesen LRT.

Masa laman ini ditunjukkan kepada aku dan sepupu-sepupu aku, gua tu apa?

Individu tu bagitahu.....gua tu kan terma baru untu saya, aku, gue,I....

Aku dah agak dah pun.

Topik Forum

Aku dah daftar dalam laman tu...Ada beberapa topik yang agak menarik adan ada juga topik poyo.

Topik Menarik

1. Dilema Pekerja Swasta Bergaji Sederhana
2. Boikot Harga Barang Mahal
3. Nurin Jazlin
4. Gigs & Concerts
5. Buku Baru Dalam Pasaran

Topik Poyo

1. CT DAN DATO K(imagine it) hahahah!!
2. Need Advice
3. Cars
4. Hororscope

Rata-rata, laman ini akan menjadi teman aku dalam mengorek cerita untuk bahan-bahan baru. Aku cuma berharap moderator dapat mengawal forum ini agar tidak ada komen-komen tak senonoh daripada orang ramai yang mencacatkan diskusi maya ini.

Selamat berforum.

 

 

Tuesday, September 25, 2007

HARTAL - Mana Perginya Perlembagaan Rakyat?



Perkataan HARTAL tidak terlintas dalam buku sejarah sewaktu aku belajar di sekolah kebangsaan.

Tiada di dalam kurikulum sekolah.

Perlembagaan Persekutuan yang yang kita ada sekarang jelas menunjukkan imperialisme yang kita tanggung sekarang.

Hartal ialah usaha menuntut agar negara kita adakan Perlembagaan sendiri yang dirangka oleh rakyat negara kita, bukannya suatu perlembagaan yang dirangkan leh penjajah sebagai syarat kita merdeka.

Pada waktu negara menejalankan hartal nya, seluruh rakyat di Malaya berkurung di rumah. Ekonomi negara pada waktu itu terencat buat seketika. Ia berlaku pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum kita mengumumkan kemerdekaan.



Hartal inilah yang dipaparkan oleh filem dokumentari atas penyelidikan yang dibuat oleh rakan saya, Fahmi. Tajuknya "10 Tahun Sebelum Merdeka".

Saya berjumpa nya dalam satu majlis sebelum beliau mulakan penggambarannya di beberapa lokasi di Pahang dan Perak.

Syabas saya ucapkan. Filem ini juga memenangi filem dokumentari pendek terbaik dalam Film Freedon Fest 2007. Tahniah Fahmi.

Saya menonton buat pertama kali, atas jemputan Fahmi sendiri pada 14 September lalu semasa program 50:44 diadakan di ibu kota (gambar kanan).

Dewan penuh sendat dengan orang ramai untuk menonton filem ini.

Saya menganggap filem ini filem berani yang memaparkan perjuangan rakyat dalam menengakkan kemerdekaan sebenar Malaysia.

Anda boleh lihat trailer bagi filem ini dengan klik di sini.


Fahmi ketika memberi menjawab soalan dari penonton

Reviews

"The best local political documentary I had seen... I came away inspired and encouraged." - Anil Netto, Deputy Editor, Aliran Monthly.

"Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka best embodied the spirit of the [2007 Freedom Film] festival, with its relentless research, fidelity to the truth, and powerful willingness to question conventional perspectives." - Zedeck Siew,
Kakiseni.com.

"Powerful and succinct in its story-telling, yet penetrating in its treatment of an almost forgotten time in our near past where the possibilities of what could be crackled in the air. This has raised the standards for independent (both politically and financially) documentaries to come" - Fahmi Fadzil, Bolehland.com .

"The relevance of this film to Malaysia's current social and political context cannot be stressed enough. Using as its starting point a most intriguing strategy of civil disobedience – the hartal – this film takes on issues of political participation, colonialism, freedom of association, assembly and expression, and even manages to ask razor-sharp questions about the function of a Constitution, all without skipping a beat. To have these issues explored right in the middle of a very interesting point in Malaysia's development - the state-led euphoria of 50 years of Merdeka and threats to the supremacy of the Constitution are two things that spring to mind – is courageous. To have these issues researched so thoroughly and presented so convincingly is an admirable exercise in intellectual integrity. And to have everything presented so confidently and engagingly, with such dramatic intensity, hails a most welcome development in Malaysian filmmaking. Fahmi's film will appeal to its target young audience, as well as Malaysians old enough to remember these events. A winner."

- Official citation from Judges of Freedom Film Fest 2007 , where Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka was awarded the 'Most Outstanding Human Rights Film'.

 

 

Monday, September 24, 2007

Ayub Yaakub, Kelam Kabut

(Dari kiri) Dr Syed Azman, Sivarasa, Liew Chin Tong


Setelah berhari-hari mengumpul fakta, kami membuat keputusan untuk menghantar fakta-fakta putar-belit kenyataan Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakub ke pengetahuan Ketua Polis Negara.

Menerusi blog yang dicipta khas untuk mengumpul semua fakta yang berkaitan dengan tragedi penembakan anggota polis berpakaian preman terhadap orang awam, kami dapat mengumpul fakta-fakta khusus yang menjurus kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ayub Yaakob.

Selepas membuat temujanji dengan Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Vennuvalan, beliau bersetuju untuk bertemu kami pada 21hb Septeber 2007 pada jam 11 pagi.

Menurut penerangan yang BERSIH berikan, terdapat tiga insiden penting yang mepertikaikan kredibiliti dan sikap profesional Ketua Polis Terengganu berkaitan dengan tragedi tersebut.



Perkara Pertama: Bilangan Das Tembakan


Antara Laporan terawal yang dikeluarkan Malaysiakini menyebut:

Katanya, semasa terjatuh penyerang terbabit berterusan menyerang anggota itu sehingga terkena di bahagian kepala menyebabkan anggota itu terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan satu das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Ayub berkata, tembakan itu berjaya menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan anggota polis berkenaan mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan diri dengan pergi ke arah pasukan FRU yang berada di kawasan berhampiran.


Dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September 2007:

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob pada sidang akhbar hari ini berkata, seorang polis berpangkat konstabel terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan dirinya setelah dipukul oleh 20 lelaki ketika dia mengawal keadaan di tempat letak kereta Hotel Permai Inn menyebabkan dua perusuh cedera

Dikekalkan kenyataan tersebut dalam laporan 11 September 2007:

Dalam kejadian pukul 9 malam kelmarin, kira-kira 750 orang dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh dan menyerang polis selepas diarahkan bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di Jalan Sultan Mahmud malam kelmarin.


Seorang konstabel polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahan diri setelah dipukul oleh 20 lelaki di tempat letak kereta Hotel Permai Inn menyebabkan dua perusuh terlibat cedera.


Tetapi bilangan tembakan 'dinaikkan jumlahnya' sebagaimana lapor Malaysiakini dalam edisi 11 September 2007 :

Anggota polis yang melepaskan tembakan ketika berlaku satu pergelutan di Kuala Terengganu malam Sabtu lalu, telah melepaskan empat das tembakan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan perkara itu ketika dihubungi petang ini.


Dalam insiden seumpama ini, kenapa boleh wujud kecelaruan sebegini? Melainkan das tembakan tersebut dilepaskan oleh pistol yang mempunyai silencer, kami kira pasti orang awam dan saksi-saksi boleh mengecam berapa das tembakan yang dilepaskan.


Perkara Kedua: Identiti Penembak



Laporan Utusan Malaysia hari ini, 12 September 2007:

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, perusuh dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh selama kira-kira lima jam di Jalan Sultan Mahmud di sini sehingga menyebabkan kerugian harta benda awam mencecah RM500,000.

Dua lelaki yang berumur 21 dan 38 tahun cedera di leher dan bahu akibat ditembak oleh seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri selepas diserang oleh sekumpulan lelaki.
Seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Hussein, 29, juga luka di tangan akibat terkena kaca dalam rusuhan tersebut.



Tetapi lain pula kenyataan yang diberikan oleh CPO Terengganu kepada Malaysiakini pada 11 September 2007:

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan perkara itu ketika dihubungi petang ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa anggota polis tersebut bukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Hussein, 29, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Anggota polis yang dikatakan melepaskan tembakan tersebut selepas diserang 20 lelaki, dikenalpasti sebagai Wan Abdul Aziz, 25.

Dalam keadaan polis tersebut berpakaian preman dan bukan menggunakan perisai FRU yang boleh menyembunyikan identiti beliau, adalah satu perkara yang pelik sekiranya identiti sukar dikenalpasti.


Dan kalau itu bukan FRU, dari cawangan mana polis tersebut datang?


Perkara Ketiga: Kecederaan Pihak Polis


Lapor Utusan Malaysia, 10 September 2007:

Selain itu, tambah beliau, seorang anggota FRU dan seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke hospital sama akibat kecederaan dipercayai terkena kaca dan batu.


Dalam The Star 11 September 2007 dikatakan ada alat tambahan, iaitu kayu:

About 20 men armed with sharp weapons and sticks then spotted Kons Azmi and shouted "This man is Special Branch!" before assaulting him.

SAC Ayub said Kons Azmi, 29, was beaten until he collapsed, bleeding from the head.


Tetapi sedikit berbeza dalam Utusan Malaysia hari ini, 12 September 2007:

Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang


Kenapa secara tiba-tiba datang 'bom api' sebagai bahan yang digunakan ke atas pihak polis?
Ini sekadar satu kekeliruan, dan pastinya ia menuntut penjelasan.


BERSIH mendesak agar Datuk Ayub Yaakob:

1. Bersikap professional dalam tugas beliau dan bertanggungjawab dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.
2. Dipersoalkan oleh pegawai polis peringkat tertinggi mengenai sikap beliau yang bertukar-tukar fakta.
3. Tidak mengulangi perbuatan yang sering menukar fakta dalam kenyataan beliau.

 

 

Sunday, September 23, 2007

Imigresen Rompak Pelancong


Terdapat Dua Pegawai Imigresen yang Terlibat dalam Kes di bawah ini:

1. Guna (012-6595937)
2. Maniam (016-9182036)

Minta sesiapa ada kredit lebih untuk menelefon mereka-mereka ini dan pulangkan wang RM15,000 dan dokumen-dokumen pelancong tersebut.

Beritahu mereka bahawa media-media di Sri Lanka sudah pun membawa kes ini ke pengetahuan rakyat mereka dan tindakan mereka itu mencemar buruk imej negara yang sedang mempromosikan Tahun melawat Malaysia.
Berikut ialah isi kandungan kes berkenaan:

KUALA LUMPUR 22 Sept - Seorang pelancong dari Sri Lanka, Krishnapillai Akileswaran mengadu bahawa pasport dan wang USD2,500 diambil oleh pegawai imigresen ketika memeriksanya di pejabat imigresen di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 11 September lalu.

Krishnapillai bersama rakannya, Piratheean juga dari Sri Lanka yang berhasrat untuk melawat rakan dan saudara-maranya di negara ini mendakwa pegawai imigresen Malaysia yang memeriksanya telah merampas pasport mereka lantas membuat laporan polis palsu menuduh kedua-dua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Seorang petugas berpakaian seragam meminta saya menunjukkan passport kami dan semua wang yang kami bawa," kata Krishnapillai dalam bahasa Tamil.

Beliau yang kini ditahan di Kem Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Semenyih memberitahu wakil Parti Keadilan Rakyat (keADILan), S.Manikavasagam yang terus membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada 19 September lalu. Manikavasagam melawat mereka di Pusat Tahanan tersebut pada 18 September lalu.


Bersama-sama beliau ialah saudara kepada mangsa, Prabakaran yang turut merasakan kecewa terhadap pegawai penguasa kerajaan terhadap saudaranya yang datang menyahut kempen Tahun Melawat Malaysia.

Menurut Manikavasagam, pegawai imigresen yang terbabit telah membuat satu laporan palsu menuduh bahawa kedua-dua mereka ini tidak memiliki dokumen yang sah.

Dalam laporan polisnya, Manikavasagam memberitahu bahawa selepas pegawai tersebut mengambil wang kepunyaan pelancong itu, beliau terus menghilangkan diri.

"Kedua-dua pelancong kemudiannya tidak dapat lagi berjumpa dengan pegawai tersebut," kata Manikavasagam.

Taktik Kotor
Mangsa mengesyaki taktik kotor dimainkan oleh pegawai-pegawai Imigresen dengan agen-agen imigresen di KLIA apabila mereka cuba bertanyakan kepada petugas-petugas imigresen yang lain setelah lama menunggu pegawai yang merampas passport dan barang kepunyaan mereka.

Pegawai lain yang berada di situ menahan mereka dan membawa mereka ke lokap imigresen KLIA atas alasan gagal menunjukkan dokumen pengenalan.

"Imigresen di Sri Lanka sungguh ketat bagi mengawal rakyat warganegara di negara itu keluar-masuk," jelas Manikavasagam yang kemudiannya membuat sidang media di Ibu Pejabat KeADILan 27 September lalu di sini.

"Mangsa menaiki pesawat dan bukannya tongkang untuk menyeludup masuk ke negara ini," tambah Manikavasagam lagi yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Pemantau Polis & Hak Asasi Manusia.

Semasa ditahan di lokap tersebut, seorang pegawai Imigresen yang bersimpat dengan nasib malang mangsa telah datang menemui mereka dan pegawai tersebut telah menunjukkan kepada mangsa-mangsa tersebut pasport mereka serta dokumen-dokumen lain. Beliau mengesahkan kesemua dokumen-dokumen tersebut milik mangsa.

KeADILan juga telah membawa kes ini ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Manikavasagam yang mewakili Parti menyerahkan satu laporan kepada peseruhjaya, Dato S.Siva Subramaniam pada 21 September lalu bagi pihak suruhanjaya meneliti kes berkenaan.

 

 

Friday, September 21, 2007

BPR Wilayah Tak Dapat Buka Fail Video Klip


Pada 20 September yang lepas, aku diarahkan untuk membuat temujanji dengan Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai isu video klip perbualan di antara Peguam VK Lingam dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz mengenai percaturan Ketua Hakim Negara.

Pengarah BPR Wilayah Persekutuan, Abu Zubir Mohd Hassan dikhabarkan bersetuju untuk menerima rombongan yang menghantar laporan berkaitan dengan rakaman video yang diambil pada tahun 2002 itu.

Rakaman video itu selama 8-minit itu diberikan salinannya kepada BPR menerangkan isi kandungannya yang jelas menunjukkan perlantikan Ketua Hakim Negara adalah satu percaturan.

Pegawai BPR, En Zulkifli yang menerima temujanji berdegil untuk menerima ramai wakil untuk berjumpa Pengarahnya.

"Tiga orang cukup."

Aku cuma berkata cuma sepuluh sahaja. beliau tetap berdegil dan aku tidak berkata apa-apa. Beliau juga memberi amaran bahawa wakil-wakil media tidak dibenarkan langsung untuk memasuki pejabat BPR bagi membuat liputan.

Selepas sidang media pendek yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta, kesemua rombongan Angkatan Muda dan Wanita bergegas untuk memanjat tangga ke tingkat teratas di mana pejabat Abu Zubir.

Jadi, adakah aku nak larang mereka naik? Adakah aku akan membiarkan wakil-wakil media berpanas di bawah? Baik aku biarkan sahaja.


Abu Zubir tak pandai buka fail Media Player

Selepas selesai, kami menuju ke kereta dan aku terima satu panggilan yang mengatakan bahawa pihka BPR menerima cakera yang tidak menganduingi apa-apa isi.

AKu bergegas memberikan telefon bimbit aku kepada Sivarasa untuk beliau sendiri memberitahu jumlah fail yang berada dalam cakera yang diserahkan itu.

Akhirnya, Sivarasa membuat keputusan untuk naik kembali untuk memastikan bahawa salinan fail tersebut sememangnya ada dalam cakera yang diserahkan itu.



Lama juga aku menunggu di kereta.

Selepas hampir 30 minit, Sivarasa berkata BPR masih menggunakan versi lama.

Sivarasa juga memberitahu bahawa pihak BPR terpaksa memanggil pegawai IT untuk menyelesaikannya.

"Ada pegawai IT rupanya," kataku.

Bagaimana satu Bahagian BPR Negeri yang mempunyai Jabatan IT nya sendiri masih meggunakan versi yang tidak lagi digunakan oleh kita semua?

Boleh juga aku terima alasan sekiranya laporan tersebut dihantar di pejabat BPR Temerloh ke Putatan ke.... tapi ini di BPR Wilayah Persekutuan, berhampiran dengan bangunan pencakar langit Dayabumi, di kota metropolitan.

Pengalaman Nathaniel Tan

Aku tak terperanjat kerana blogger Nathaniel Tan memberitahu bahawa semasa beliau ditahan di dalam lokap, beliau terpaksa menceritakan kepada Unit Siber Polis perbezaan di antara comments dan postings.

 

 

Thursday, September 20, 2007

IHRC Lancar Kempen Bebaskan Mat Sah Satray



KUALA LUMPUR 19 September – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (IHRC) sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpusat di United Kingdom melancarkan pek kempen anti-ISA khususnya kepada Mat Sah Mohd Satray yang ditahan sejak 2001.

Pek kempen tersebut mengandungi pelbagai maklumat mengenai kempen yang akan dijalankan oleh badan tersebut dalam mengecam penahanan Mat Sah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Antara lain, kempen tersebut melibatkan kempen menulis surat bagi seluruh Negara yang tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara yang dikenakan di bawah ISA.

IHRC pernah mengadakan kaedah yang serupa terhadap seorang wanita Turki, Gul Asian yang ditahan selama tiga tahun tanpa bicara di penjara Bandirma sehingga beliau dibebaskan pada Ogos 1999 kerana kes beliau dianggap sebagai suatu yang mencemar imej Negara.

Ribuan tahanan dari Bahrain, India dan Nigeria juga dibebaskan atas kempen besar-besaran yang dianjurkan oleh IHRC sebelum ini.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, GMI menyambut baik usaha yang dijalankan oleh IHRC kerana kes yang berlaku kepada Mat Sah dan tahanan-tahanan lain di bawah akta zalim ISA merupakan satu tindakan kejam pihak berkuasa terhadap seorang manusia.

Mat Sah ditahan sejak 17 April 2002 kerana dituduh sebagai ahli kepada Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti subversif terhadap kerajaan. Beliau berkali-kali menafikan pertuduhan tersebut dan tidak ada bukti setakat ini dikemukakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri atas pertuduhan tersebut.

“Semua kenyataan dan rayuan yang dikemukakan oleh Mat Sah diketepikan”, kata Syed Ibrahim dalam sidang media di sini hari ini.

Selain Mat Sah yang masih berada di Kem Tahanan Kemunting, Shukry Omar Talib, Mohammed Bin Kadar, Mohd Azmi Bin Abdul Karim dan Shahime Bin Ramli sudah pun dibebaskan dengan bersyarat pada Ogos 2007 yang lalu.

Sumber GMI juga melaporkan bahawa terdapat 90 tahanan masih dikurung di Kem Tahanan Kemunting iaitu 35 orang atas tuduhan JI, 27 orang atas pertuduhan memiliki dokumen dan pemalsuan, 5 dituduh kerana dipercayai pendatang asing tanpa izin / nucklear / perisik dan 10 lagi yang tidak diketahui punca penahanan mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh GMI, ISA telah melanggar Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (USHR) 1948 di bawah Artikel 9, 10 dan 11 serta Artikel 8 Kovenan Hak Sivil dan Politik. ISA juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah isteri Mat Sah, Norlaila Othman, peguam Edmund Bon, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin dan bekas-bekas tahanan ISA, Saari Sungib dan Abdul Ghani Haron.

Aku datang 18 minit lewat daripada masa yang diberikan. Tapi awal dari wartawan Harakah. SB melepak di ruang legar di mana GMI adakan sidang media mereka.

Gelabah juga aku sebab takut ditembak peluru hidup. Aku bercadang lain kali nak pakai baju kalis peluru macam cerita Mr & Mrs Smith tapi tak cukup duit. Lagi pun tak tahu kedai mana ada jual.

Pek kempen IHRC boleh dimuat turun di sini.

 

 

Sunday, September 16, 2007

LAPORAN MEDIA TRAGEDI BATU BUROK

Ramai yang tidak dapat hadir ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada 13 September lalu bagi mendengar sendiri penjelasan wakil-wakil BERSIH kepada Pesuruhjaya SUHAKAM dan meminta saya menjelaskan apa pembentangan saya pada hari tersebut.

Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk meletakkan di sini salinan pembentangan saya.

Sila klik di sini untuk melihat pembentangan saya.

Kronologi:

Insiden SB menembak berlaku pada 8 September.
Polis Terengganu adakan sidang media pada 9 September.
BERSIH adakan sidang media pada 10 September.


Laporan Berita Harian 10 September 2007

1. Empat Polis Cedera Rusuhan di Terengganu (halaman 1 & 2)
2. Polis Surai Rusuhan Ikut Budi Bicara (halaman 2)
3. Kerajaan Mahu Polis Ambil Tindakan Tegas (halaman 4)
4. Tiada Kompromi Bakar Bendera (halaman 4)
5. PM Simpati Anggota FRU Cedera (halaman 4)


Laporan Berita Harian 12 September 2007

1. Pembangkang Terdesak Cuba Jejas Imej Kerajaan (halaman 2)
2. Tolak Usul Isu Rusuhan (halaman 7)

Laporan China Press 10 September 2007

1. Ceramah Politik, Berakhir Rusuhan Jalanan (halaman 1)


Laporan China Press 11 September 2007

1. Tiada Halangan Dalam Ceramah Politik (halaman 3) VERSI BERSIH
2. Pembangkang Cuba Tarik Perhatian (halaman 3)
3. PAS Terengganu Tidak akan Hentikan Ceramah Politik (halaman 3)
4. Mahu Kerajaan Siasat Punca Rusuhan (halaman 3)


Laporan China Press 12 September 2007

1. PAS Kemukakan Bantahan (halaman 15) VERSI BERSIH
2. Polis Tembak Orang Ramai (halaman 15) VERSI BERSIH
3. PAS Adakan Mesyuarat Tergempar Isu Rushan (halaman 6) VERSI BERSIH

Laporan Guang Ming Daily 10 September 2007

1. Rusuhan di Terengganu (halaman 5)


Laporan Guang Ming Daily 11 September 2007

1. Ceramah Terbuka Tidak Dibenarkan (halaman 11)


Laporan Kwong Wah Yit Poh 10 September 2007

1. 23 Ditahan Diserang Polis (halaman 2)
2. Keadaan Stabil Tapi Masih Dirawat (halaman 3) VERSI BERSIH


Laporan Malay Mail 10 September 2007

1. Empat Ditahan Dalam Rusuhan (halaman 12)
2. Ceramah terbuka Diharamkan (halaman 12)

Laporan Malay Mail 11 September 2007

1. Mangsa Tembakan Stabil (halaman 13) VERSI BERSIH

Laporan The New Straits Times 11 September 2007

1. Polis Akan Soalsiasat Mangsa Tembakan (halaman 11)
2. Tubuhkan Suruhanjaya Isu Rusuhan (halaman 18) VERSI BERSIH



Laporan The New Straits Times 12 September 2007

1. Debat Panas Bakar Bendera (halaman 16)
2. Rusuhan Terengganu Dalang Pembangkang (halaman 2)


Laporan Oriental Daily 11 September 2007

1. Jawapan PKR (halaman 4) VERSI BERSIH
2. Ulasan PM Isu Rusuhan (halaman 2)


Laporan Sin Chew Jit Poh 11 September 2007

1. Perhimpunan Sebelum Pihanraya Diharamkan (halaman 14)
2. Ada Pihak Sengaja Timbulkan Huru-hara (halaman 14)
3. Pemuda UMNO Terengganu Buat Laporan Polis (halaman 14)
4. Respon Laporan (halaman 7)

Laporan The Star 11 September 2007

1. Bakar Jalur Gemilang Timbul Kemarahan (halaman 3)


Laporan The Star 11 September 2007

1. Lapor Polis Insiden Rusuhan (halaman 4)


Laporan The Sun 11 September 2007

1. Ambil Tindakan Tegas Terhadap Perusuh: Nazri (halaman 4)

Laporan Utusan Malaysia 11 September 2007

1. Ambil Tindakan Tegas (halaman 1)


Laporan Utusan Malaysia 12 September 2007

1. Rusuhan: Parlimen Tolak Usul PAS (halaman 9)


Lihat Betapa Media Cetak di negara ini berat sebelah dalam memberi liputan.

 

 

Saturday, September 15, 2007

Sallam al-Mubarak

Kain rentang gergasi yang diletakkan di Pantai Beserah dan Seremban.


Bermulanya bulan puasa, pergerakan aku agak perlahan sedikit. Tidak seperti hari-hari biasa.

Menulis hingga jam 4 pagi, atur pertemuan-pertemuan rasmi boss, BERSIH sana-sini, melayan kerenah pemimpin-pemimpin lain, bil, bil, bil....

Akibat daripada Tragedi Batu Burok, saya diarahkan mengumpulkan segala berita, pendapat orang ramai mengenai kejadian tersebut.

bagi Jawatankuasa Induk, satu arkib perlu ditubuhkan bagi mengumpulkan segala bentuk bahan daripada kejadian berdarah 8 September lalu.

William and Nat wrote a marvellous write-ups. U rock!

Maka terhasillah: http://tragedibatuburok.blogspot.com

Sidang Media BERSIH


Dalam sidang media yang kami aturkan pada 10 September lalu, wartawan, jurugambar punyalah ramai. Dah lama aku tak tengok crowd of reporters macam nie selepas pembebasan Anwar Ibrahim.

Tapi pada keesokan harinya, media perdana tidak membuat sebarang liputan. Adalah, satu dua sahaja. Itupun, ruang kecil.

Aku terfikir, sekiranya liputan muka hadapan diberikan untuk pihak polis Terengganu, aku akan jadi famous apabila kita memberi versi kita. Sepatutnya, begitulah bagi sebuah media yang profesional.

Pembentangan SUHAKAM


Kerja aku sepanjang malam 12 September lalu tidak sia-sia. Idea tersebut datang tengah malam. Ia memaparkan hak untuk mendapat liputan yang adil. Sivarasa suka.Dr Zulkifli lagi lah...siap nak ambil satu copy untuk bentang di Kuala Terengganu. Madeline pun nak tunjuk kat DAP. KeADILan? Ooopps...tak boleh kritik, nanti kena mengadap.

Gimik tersebut dapat liputan kecil. Aku puas hati. SUHAKAM ambil nak masukkan dalam laporan mereka nanti. Dato Siva Subramaniam jabat tangan aku.

 

 

Friday, September 14, 2007

Petition to The Agong

Malaysia Today is going to send a Peoples’ Petition (Petisyen Rakyat) to His Highness The Yang di-Pertuan Agong. I really do not need to go into the host of reasons for the dire need of this Peoples’ Petition. Amongst some of the issues which are of concern to the Malaysian people are:

1) The recent shooting of two people in Kuala Terengganu.
2) The reported gang clashes in Kuala Lumpur, Penang and Johore over the 50th Merdeka celebration holiday that resulted in a few deaths.
3) The Auditor-General’ s report that revealed gross and blatant abuses and transgressions in the management of the peoples’ money involving billions of Ringgit.
4) The state of affairs in the Royal Malaysian Police where even the former IGP Tun Hanif Omar admitted that corruption is a serious problem.
5) The state of affairs in the judiciary where senior judges have been bypassed in many promotion exercises in favour of candidates with blemished records.
6) The breakdown of law and order and allegations by serving police officers, who have signed Statutory Declarations or Affidavits, that the organised crime syndicate is running the police force.
7) The dangerous and alarming racial and religious divide.
8) Abdullah Ahmad Badawi’s implication in the Oil-for Food scandal.
9) The need for electoral reforms as proven by the incidences of gerrymandering and phantom voters in the many general elections before this and which will continue and prevail in the next general election.

Our concern is not confined to just these nine issues above but suffice that these nine demonstrate the urgent need for this petition. The actual text of the petition will be properly worded to meet the protocol requirements of a letter that is addressed to The Agong but the spirit of the petition will encompass the above.

If you support this Peoples’ Petition, please sign it in the blog below. You need not add any comments. In fact, we do not need your comments. Just add your name to it. If you do not support it then no need to do anything.

(Those not registered in Malaysia Today but would like to sign the petition just send me an e-mailed at raja.petra.kamarudi n@gmail.com with the message "Signed" and your name.)

 

 

Thursday, September 13, 2007

SB pasang kamera di 'konek'


Hari ini aku ada temujanji dengan pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). AKu terlambat sampai kerana tidak cukup tidur malam semalam menyiapkan pembentangan aku dan membuat sedikit penyelidikan mengenai pembentangan aku hari ini.

AKu dah beritahu rakan sekerja aku bahawa aku tidak akan mulakan sebarang pembentangan sekiranya ada pegawai cawangan khas (SB) berada dalam dewan itu nanti.

"Aku tak nak kena tembak."

Namun, bila aku tanya rakan-rakan, mereka mengatakan bahawa ramai SB di (tingkat) bawah. Bukan di dewan mendengar pembentangan kami.

Sewaktu pulang, (aku terakhir meninggalkan dewan inkuiri), SB-SB masih berada berlegar di bawah. Di pintu masuk Menara Tun Razak, aku perhatikan seorang SB sedang membuat rakaman orang-orang yang hadir hari ini.

Untuk tidak dikeji oleh orang ramai dan tidak dinampak terang-terangan, beleiau sengaja meletakkan kamera videonya di tempat kemaluan dalam mod terbuka (open mode).

Berikut ialah salah satu laporan yang melaporkan mengenai acara hari ini:

Suhakam to probe 'bloody' ceramah
Soon Li Tsin (Malaysiakini)

Sep 13, 07 --Beginning next week the Human Rights Commission (Suhakam) will start its fact-finding programme into the clash in Kuala Terengganu last Saturday.

Election watchdog Bersih handed a memorandum to the commission at its Kuala Lumpur office this morning demanding an immediate inquiry into the clash.

In the 30-minute meeting, commissioner N Siva Subramaniam said investigations into the matter will begin next Wednesday.

“We will visit the two men who were shot and we’ve arranged a programme on Sept 19 and 20 to have a meeting with the police and with the victims," he said.

Last Saturday, clashes broke out in Pantai Batu Buruk when the police refused to grant a permit for a public forum organised by the NGO and opposition-backed election watchdog Bersih.

As a result of the incident, two men, Suwandi Abdul Ghani, 37, and Muhamad Azman Aziz, 21, sustained gunshot wounds to the chest and neck respectively. Both, who have been hospitalised, are reported to be in stable condition.

Terengganu police chief SAC I Ayub Yaakob had clarified that the shooter was a 25-year-old constable Wan Abdul Aziz, who was said to have opened fire four times in self-defence after being set upon by an armed mob.

Siva said the commission has given three days for six Suhakam officers stationed in Kuala Terengganu to prepared a report for Suhakam chairperson Abu Talib Othman by Sept 25.

“We have been monitoring the situation and we understand the nature of what has happened. We will investigate into any human rights violations,” he said.

However, Siva said fact-finding programme does not guarantee that a public inquiry will be held as it is subject to the board of commissioner’s collective decision.

Bersih committee member R Sivarasa expressed concerns over the “systematic confiscation” of cameras that night and use of firearms by plainclothes police personnel acting as agent provocateurs.

Equal coverage

While the coalition’s secretariat member Faisal Mustaffa also urged Suhakam to look at how the mainstream media has been reporting on the issue.

He presented a slide show depicting how the press had carried comments from the police and the government but little or none from the coalition.
“We hope the commission will be able to advise these media agencies that they have a responsibility to report from both sides.

“We have a right to equal coverage too,” he said.

Bersih, or Coalition for a Free and Fair Election, is an alliance of over 26 NGOs and five opposition parties to campaign for electoral reforms.

Set up Royal Commission

A joint statement by 26 NGOs was also submitted to Suhakam condemning the excessive use of force by the police.

Suaram executive director Yap Swee Seng said the justification by the police for firing the shot was in self-defense was absolutely unacceptable.

“There was no reason at all for the police to carry guns with live ammunition when dealing with peaceful assembly.

“The carrying of guns was totally unjustified and disproportionate to the circumstances faced by the police, let alone discharging them,” he said.

The statement urged the government to set up a Royal Commission to conduct an independent and thorough inquiry into the incident to bring responsible police officers to court of justice.

Also, the NGOs are appalled that the incident has been used by some in the government as an excuse to propose a blanket ban on all public gatherings before the coming general election.

“This further reinforces the suggestion that the incident in Kuala Terengganu may have been pre-meditated and politically motivated by the government,” it stated.

 

 

Tuesday, September 11, 2007

Please Spell My Name Correct



Last Sunday, while happily coming home from a conference organised by SUHAKAM (Malaysia's Human Rights Commisioner), i was told that we will be having a press conference the next day (Monday, 10 September).

Didn't they know how nice to be stayed at home, watching paid channel and eating pizza on the sofa? Can't they respect my privacy?

I logged in to my computer and start coming up with a press advisory.

I doubled-checked the content, venue, time and what not...PERFECT.

We had the press conference peacefully...without armed police personnel. Oh yes, I see nobody in the room wearing uniforms (police uniforms) nor pinning a red ribbon (to identify themselves among other police officers).


Arrrggghhhhh.....they (the press) did it again! They got my name wrongly spelt!!!!

Take a look at one of the news report. Anyway, enjoy and see you on 13th September at SUHAKAM, 11am. We will handing our memorandum and present our facts.



Photograph session at Kuala Lumpur on 20th July 2007



Dituduh dalang rusuhan, KeADILan akan saman NST

Intan Abdullah Mon | Sep 10, 07 | 06:23:57 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas media yang menyiarkan laporan yang tidak tepat berhubung insiden yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September lalu.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata KeADILan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times yang menuduh parti itu menjadi dalang kepada rusuhan yang berlaku.

ImageKeADILan ujarnya berasa sangat tersinggung dengan laporan akhbar tersebut yang secara tidak langsung memalukan dirinya yang pernah menjadi Ketua Pengarah Eksekutif sebuah syarikat yang besar.

"Saya kesal dengan sikap media yang bertujuan untuk menjatuhkan pengaruh dan reputasi saya yang sebelum ini pernah menerajui sebuah syarikat yang agak besar. Apa yang berlaku ini akan turut memberi kesan kepada pelabur-pelabur luar yang pernah berurusan dengan syarikat tersebut," ujarnya kepada pemberita semasa Sidang Media anjuran PAS dan Gabungan Pilihan raya Adil dan Bersih (Bersih).

Khalid turut mengulas tindakan polis yang melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup bagi menyuraikan orang ramai yang telah menimbulkan ketakutan serta telah menyebabkan dua orang telah mengalami kecederaan yang serius.

"Ia adalah tindakan yang tidak sesuai dan tidak perlu, kerana ia merupakan sikap yang melambangkan tidak percaya kepada sistem pengawalan dan pengurusan sekuriti polis dan kerajaan," dakwanya lagi.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap tragedi yang berlaku terutamanya kepada keluarga mangsa yang terkena tembakan tragedi tersebut.

Sambil menyifatkan ia adalah insiden yang teruk, Khalid berpendapat kejadian itu merupakan petanda yang tidak baik kepada perjalanan demokrasi sesebuah negara.

"Walau bagaimanapun, apa yang berlaku ini bukan satu alasan kerajaan yang berusaha untuk mengurangkan kempen bagi memberikan penerangan tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Bersih bagi menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Sementara itu, Khalid turut meminta pihak media massa bersikap adil dan profesional serta mengelakkan mereka daripada diperalatkan oleh mana-mana pihak termasuk parti-parti politik.

"Media diharap agar menerangkan kebenaran dan tidak bersikap membodek kerajaan kerana ia bukan melambangkan elemen sebuah negara yang maju," katanya menyelar tindakan sesetengah media.

Sementara itu, Sekretariat Bersih, Faizal Mustafa memaklumkan bahawa Bersih telah mengusulkan supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kejadian di Batu Buruk itu. - mks.
__._,_.___

 

 

Anugerah Era 2007: Artis Malaysia Jangan Pakai Gaun Labuh


Aku dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian Anugerah Era 2007 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

Aku tinggalkan jemputan lain seperti perhimpunan pekerja di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor pada hari yang sama (8 September) kerana kami terpaksa bertolak awal ke Genting Highlands.

Bagi aku, Genting Highlands ialah tempat biasa bagi aku, tidak ada istimewanya kerana aku pernah bertugas di sana selama dua tahun (1992-93).

Apartment Ria no 1314 (Selangor Tower) tempat aku menginap selama itu bersama Rahim, Rajan dan lain-lain.

Pada 7:45 malam, aku sudah pun berada di kawasan karpet hijau (tempat laluan artis-artis) dan berada di dalam dewan.

Artis BerGown Labuh

Tema pada tahun ini ialah Trend & Tradisi. Jadi, artis-artis yang hadir beriya-iya memperagakan pakaian mereka dengan tema yang diberikan.

Yang aku ngeri ialah artis-artis wanita yang berpakaian labuh sehingga pakaian mereka boleh menyapu habuk-habuk yang berada di lantai.

Tedapat satu insiden di mana seorang krew yang bertugas semasa upacara itu hampir tercedera kerana terpijak pakaian labuh Pengurus Besar rangkaian Radio Era, Kusdia Kahar (kanan).

Kudsia yang memakai pakaian labuh berwarna merah kelihatan berada di kerusi hadapan pentas dan kemudiannya beramah mesra di kerusi-kerusi lain bagi menyambut kedatangan artis-artis yang sudah berada di dalam dewan lebih awal.

Dalam insiden yang berlaku itu, seorang krew wanita yang sedang bertugas di bawah pentas lalu berjalan dengan pantas di belakang Kudsia.

Tanpa beliau sedari, beliau terpijak kain labuh Kudsia yang pada ketika itu sedang berada di tempat penyanyi Ella dan tersungkur.

Melihat akan beliau telah jatuh kerana terpijak pakaian majikannya, beliau tidak membuat apa-apa teguran.

Saya diberitahu kawasan di bawah pentas, yakni di antara kerusi di bahagian hadapan dan pentas ialah kawasan larangan kecuali kepada petugas-petugas.

Selain Kudsia, artis-artis lain seperti Ella (kiri) dan Datuk Siti Nurhaliza (bawah) juga berpakaian labuh hingga kain mereka mencecah lantai.

Ella yang menyampaikan persembahan terakhir juga terpaksa memanggil krew pentas untuk mengangkatnya keluar dari pentas kerana tidak boleh berjalan dengan laju akibat pakaiannya yang labuh.



Hanya sebagai tambahan, Linda Onn mengungkit (melalui pantun - ketika menyampaikan anugerah) mengenai kontroversi pakaiannya pada satu masa dahulu.



Beliau membawa baju yang dicipta oleh pereka pilihannya untuk majlis anugerah di negara luar tetapi mendatangkan rasa iri hati seorang pereka fesyen lain.


Pereka fesyen tersebut menggunakan cable Kementerian untuk memaksa Linda Onn memakai baju ciptaannya.

Langsung, Linda Onn tidak muncul di hadapan televisyen dalam upacara gilang-gemilang yang disaksikan di seluruh dunia. Dunia gelak kat Malaysia beb!







Mawi Tak Masuk Dewan


Mawi yang dijangka memenangi banyak anugerah pada malam itu tidak kelihatan di dalam dewan sungguhpun beliau berada di Kota Keriangan itu.

Khabarnya, beliau dipaksa hadir oleh syarikat pengurusannya, Maestro walaupun sudah diberitahu bahawa beliau teramat keletihan kerana baru pulang dari negara luar atas urusan kerja.

Beliau akhirnya mengammbil keputusan untuk pulang dan tiga anugerah yang dimenananginya diserahkan kepada wakil Maestro untuk mengambil bagi pihaknya.


Pemenang Anugerah

1. Artis Harapan Pilihan: Mila

2. Anugerah Video Pilihan: Langit Biru (Mawi)

3. Irama Global Pilihan: Misha Omar (Nafas Cahaya)

4. Artis Inggeris Tempatan Pilihan: Point Blanc & Jaclyn Victor

5. Lagu Nasyid Pilihan: Al-Jannah (Mawi)

6. Vokal Wanita Pilihan: Datuk Siti Nurhaliza

7. Vokal Lelaki Pilihan: M.Nasir

8. Vokal Duo / Berkumpulan Pilihan: Jamal Abdillah & Mawi

9. Band Pilihan: Spider

10. Rock Pilihan: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)

11. Carta Era: Kenangan Terindah (Samson)

*Kenangan Terindah dimenangi kerana lagu tersebut berada dalam senarai tangga teratas yang paling lama.

12. Pop Pilihan: Persis Mutiara (Mila)

13. Kaki Wayang: Jangan Pandang Belakang (Metrowealth)

14. Seni: Alleycats

Anugerah Seni seolah-olah satu anugerah khas untuk artis yang banyak berjasa dalam industri.

15. Nada Dering: Jimbara


Persembahan

Artis-artis yang membuat persembahan:

1. Jimbara - Farhana

Lagu rock kapak ini mendapat sambutan dari kalangan pendengar radio Era.

2. Adam - Joget Lambak

Ringtone aku gunakan lagu ini. Adam menyani bersama rakan-rakan lamanya dari Sabah dan diiringi dengan penari-penari jambu.

3. Kristal & Kaza - Memburu Impian

Ditayangkan sekali filem Gila-gila Remaja. Faizal Hussein (hero filem) muncul dengam motosikal scrambler yang kononnya sebagai satu kejutan.

Ramia puji dengan persembahan ini.

4. Chakra Sonic - Puisi Rap & Rap Tamil

Kumpulan inilah kalau tak silap buat rap patriotik.

5. Idayu - Sayang di Sayang

6. Bob - Seri Siantan

7. Farah - Ulik Mayang

8. Akbar, Mirwana & Ahli Fiqir - Manusia Lupa

Lagu ni tak sama dengan puisi Tun Mahathir kerana Tun Mahathir mendakwa Melayu yang mudah lupa.

Aku suka gendang, suara latar Mirwana dan tudung Ahli Fiqir. Terasa insaf seskejap.

9. Mila- Aku Saja Yang Tahu, Ceritera Cinta, Pastikan, Kini Detik, Persis Mutiara.

10. Vince - Perjalanan, Cinta Zaman Berzaman, Saling Terpesona, Juwita Cinta Terindah, Lihatlah

Vince kali ini lebih bersedia dan membuat homework nya. Dalam persembahan selingan Konsert AF5 yagn baru lalu, Vince tidak hafal lirik dan memegang lirik lagu di tangannya walaupun beliau menyanyikan lagu sendiri.

11. Misha Omar & Andy (Flop Poppy)

Andy berpakaian paling sempoi; sweater dan jeans. Walaupun kad jemputan jelas memberitahu kanak-kanak tidak dibenarkan, beliau kelihatan mendukung anak kecil untuk dibawa duduk bersama artis-artis.

12. Fauziah Ahmad Daud & Urban Method - Wajah Rahsia Hati.

Persembahan yang aku paling suka. Urban Method pakai hood untuk nampak cool, Fauziah AHmad Daud pakai hood untuk tutup rambut.


13. Kerispatih - Mengenangmu, Tapi Bukan Aku.

Maaf, sekiranya gue ada wang lebih, gue tak beli cd kamu dong.

14. Anuar Zain - Lelaki Ini

Superb! All time favourite. Tapi aku sedih Anuar dibayar RM30ribuapabila diminta menyanyikan lagu tema filem CINTA. Anuar juga tidak muncul dalam videoklip lagu tersebut.



15. Diddy & Nikki - Hilang

Nikki buat lataran dengan suara soprano dalam nyanyian Diddy.Pakaian Nikki pada malam itu mungkin hasil cadangan managernya. Aku tak nak komen.

16. Dayang Nurfaizah - Hilang

I like!

17. Ella & pemenang bertuah - Rama-rama

Aku suka persembahan ini. Adik yang bertuah menyanyikan lagu tersebut bersama Ella cukup bersahaja dan aku terhibur.

Mawi yang merupakan jagoan dalam sebarang pertandingan yang melibatkan undi SMS juga memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Video Polihan melalui lagi Langit Biru dan Anugerah Duo/Berkumpulan Pilihan. Anugerah Duo/Berkumpulan dimenanginya bersama Jamal Abdillah.

Anugerah tersebut dipenuhi dengan persembahan artis-artis Akademi Fantasia dan beberapa artis lain seperti Misha Omar, Andy (Flop Poppy), Fauziah Ahmad Daud, Urban Method, Chakra Sonic, Jimbara, Anuar Zain, Nikki dan Dayang Nurfaizah.

Kumpulan dari Indonesia, Krispatih juga dijemput untuk membuat persembahan pada malam itu.

 

 

Sunday, September 09, 2007

Serangan Ganas Polis Terhadap Program BERSIH di Kuala Terengganu


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menjelaskan serangan pihak polis terhadap orang ramai yang hadir ke Program Konvensyen Rakyat BERSIH dengan tema ”Kembalikan Hak Rakyat” esok sehingga mengakibatkan dua orang cedera ditembak dan beberapa lagi cedera.


Berikut adalah butiran sidang media:


Tarikh: 10September (Isnin)

Masa: 1 tengahari

Tempat: Tingkat 5, Pejabat Agung PAS, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur


Akibat daripada tindakan ganas polis itu, seramai 13 orang yang hadir ditahan dan beberapa lagi cedera.

Pihak FRU pula menggunakan gas pemedih mata dalam usaha untuk memaksa orang ramai tidak hadir ke program tersebut.

Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran BERSIH oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (keADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berada di tempat kejadian sebagai salah seorang penceramah akan memberikan kenyataan terhadap peristiwa berikut.

Yang akan hadir bersama adalah Dato Mustapa Ali (PAS), Azmi (TERAS), Ronnie Liu (DAP), Tian Chua (keADILan).


KRONOLOGI PERISTIWA
PROVOKASI POLIS PADA 8 SEPTEMBER 2007BERTEMPAT DI BATU BURUK KUALA TERENGGANU

SEPT 2007

12 tengahari Petugas ceramah dirikan pentas

5 petang Polis arahkan rombak pentas Polis minta kad pengenalan petugas2 parti

8 malam FRU masuk dan mula arahkan bersurai

9.30 mlm Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.

9.40 malam Dato’ Pesuruhjaya dan lain2 penceramah tiba berhampiran Warong Pak Maidin Keselamatan buka kon yang menghadang jalan ke tapak ceramah di selekoh Warong Pak Maidin Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju. Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan. Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit

10.00 malam Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.

10.30 malam FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.

Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi. 12.00 malam

Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai tetapi disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut dikejar, dilontar batu sehingga rebah dan keluarkan pistol lalu menembak ke dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah.

Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Kedua2nya dikejarkan ke hospital.

9 Sept 2007

1.10 pagi FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata. Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.

1.30 pagi FRU dan polis berundur sepenuhnya. Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali. Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.


SENARAI MANGSA KEGANASAN POLIS

Suwandi Abd Ghani (No KP 691220 11 52013495)

Pekan Binjai Rendah21400 Marang.


AJK Pemuda Marang Ditembak di bahu dan peluru masuk ke paru-paru oleh polis preman2

Muhamad Azman bin Aziz 249 A Kg Masjid Hj KadirPasir Panjang (No KP 861010-46-5157)
Pemuda Pasir Panjang

Terkena percikan tembakan polis preman3

Ahmad Badarul Imsham bin Muhammad Kena pukul, cedera di kepala

Abdul Razak Ismail - Pembantu Pejabat di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu

Cedera di kepala5 17 orang kena tahan termasuk Abd Razak Ismail

 

 

Friday, September 07, 2007

Pameran Angkasa Lepas Tangguh Lagi


Tahun ini kita mempromosikan Tahun Melawat Malaysia di mana pelancongan menjadi salah satu sumber pendapatan kita yang utama.

Apabila saya melawat di negara luar, mereka mengenali Malaysia kerana iklan di waktu-waktu perdana CNN yang kononnya "Malaysia, Truly Asia".

Salah satu acara yang diaturkan ialah pameran Malaysia International Aerospace 2007.

Pameran Malaysian International Aerospace Adventure 2007 yang dijadualkan pada bulan ini ditangguh lagi tanpa memberi apa-apa alasan.

Sebelum ini, pameran tersebut dirancang diadakan pada Jun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Acara itu sepatutnya diadakan pada bulan ini dan kemudiannya ditangguh lagi hingga ke hujung tahun.

Promosi bagi pameran ini yang merupakan sebahagian daripada acara Tahun Melawat Malaysia 2007 dijalankan besar-besaran di seluruh dunia terutama sekali di Asia Tenggara melalui Kementerian Pelancongan yang bertindak sebagai badan yang menyokong acara bertaraf antarabangsa itu.

Kekecewaan jelas daripada pihak-pihak yang telah pun menempah dan membeli tiket bagi menyaksikan pameran tersebut. Tarikan terbesar pameran itu ialah Buran, roket yang dibawa khusus dari Rusia untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM25 (pelajar), RM48 (dewasa) dan RM24 (kanak-kanak).

Mereka memberitahu bahawa notis pembatalan (di atas) yang diberikan hanya dipaparkan di dalam akhbar dan laman web rasmi syarikat penganjur dan memberi tempoh hanya empat hari bagi mendapatkan pulangan wang. Ia mendatangkan kehampaan kepada orang ramai terutamanya ibubapa yang telah pun menempah tiket awal bagi menyaksikan pelbagai pameran yang melibatkan pengalaman di angkasa lepas seperti yang diwar-warkan dalam promosi mereka.

Isu tersebut didedahkan oleh Ketua Penerangan Wanita KeADILan, Elizabeth Wong (kanan) dalam sidang media Khamis lepas di ibu pejabat parti itu.

Menurut Elizabeth, penangguhan dua kali yang dibuat oleh pihak penganjur sememangnya memalukan Negara yang berkempen jutaan ringgit dalam mempromosikan Tahun Melawaat Malaysia yang pelaburannya berjuta-juta ringgit wang rakyat.

Elizabeth menuntut agar tempoh pemulangan wang diipanjangkan bagi setiap orang telah pun menempah tiket tersebut memperolehi wang mereka kembali.

Beliau mempersoalkan penangguhan sehinggaDisember ini benar-benar dapat menarik pengunjung antarabangsa untuk menyaksikan pameran tersebut kerana jumlah pengunjung teramai setakat ini ialah pada bulan September.

Elizabeth juga memberitahu bahawa beliau telah pun membuat beberapa penyelidikan di mana Best Venue Sdn Bhd, syarikat yang menganjurkan pameran ini sebenarnya ialah hanya sebuah syarikat pengiklanan yang mendapat kontrak daripada Kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang kotak-kotak iklan berlampu di seluruh ibu negara.

Justeru, Elizabeth mempersoalkan bagaimana syarikat tersebut berjaya mendapat kontrak dalam menganjurkan acara pameran yang bertaraf antarabangsa.

Selain itu, beliau juga mahu pihak Kementerian Pelancongan mendedahkan pemilik Best Venue, Billy Lee yang mempunyai saham berbayar sebanyak RMsejuta membuat papan iklan seluruh Negara kerana kos pengiklanan tersebut melibatkan wang rakyat seolah-olah tidak ada syarikat lain yang mampu membuat kotak iklan seperti itu.

Elizabeth memberitahu bahawa sikap penganjur dan Kementerian dalam menagguhkan beberapa kali penganjuran pameran tersebut menunjukkan sikap Negara kita yang tidak professional dalam mengendalikan acara antarabangsa.

 

 

Wednesday, September 05, 2007

GWANGJU: ASIAN CULTURE HUB CITY

Model Bandar Kebudayaan Gwangju


Semalam aku terima sepucuk warkah istimewa daripada Pembantu kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Korea, Byong-Hoon Lee.

Warkah tersebut memberi perkenalan beliau sebagai jawatan baru yang disandang dan tanggungjawab belaiu dalam memastikan projek Korea untuk membina sebuah bandar hub-budaya Asia berjalan seperti yang dirancang.

Gambar di kanan ketika aku dibawa melawat tugu peringatan dan makam pejuang-pejuang rakyat menegakkan demokrasi.


Projek pembinaan tersebut mrupakan sebuah projek yang memakan masa selama 20 tahun dalam membina Kompleks Kebudayaan Asia yang melibatkan Pusat pembelajaran Kebudayaan bagi kanak-kanak, Pusat Pertukaran Antara-Budaya Asia, Artlex Asia, Pusat Kebudayaan Asia Pusat Pembinaan Budaya Asia.

Menurut Byong-Hoon Lee, pelaburan keseluruha bagi projek tersebut ialah 720,000 juta KWN yang melibatkan 119,000 meter persegi. Ia diramalkan siap sepenuhnya pda Mei 2010.


Taman Rimba Milik Rakyat

Apa yang menariknya dengan projek ini ialah konsep alam sekitar yang dititikberatkan disamping tidak meninggalkan kesan sejarah yangbegitu penting buat rakyat Korea.

Bangunan kompleks terletak di bahagian bawah dan bahagian atasnya dijadikan sebeuah taman rimba yang dipenuhi dengan cahaya solar.

Kompleks yang merangkumi taman perumahan pula akan merentasi Sg Gwangju yang mengalir dari Gunung Mudeung hingga ke Sajik Park. Sungai tersebut akan dikekalkan agar tidak mengubah bentuk rupabumi asal Gwangju.

Bagiamana idea tercetus?


Ia tercetus daripada pengalaman Sejarah Kebangkitan Gwangju pada 18 Mei 1980.

Tarikh 18 Mei 1980 memberi seribu makna kepada rakyat seluruh dunia dalam aspek hak asasi manusia khususnya perjuangan kebebasan rakyat Korea Selatan di mana berlakunya pertempuran di antara aktivis mahasiswa dan tentera di hadapan pagar Universiti Kebangsaan Chonnam (Chonnam National University).

Pada waktu itu, pada 26 Oktober 1979 apabila Presiden Korea Selatan, Park Chung Hee, ditembak mati oleh seorang pengarah KCIA, Kim Jaegyu yang juga merupakan bekas sAhabat baiknya. Park Chung Hee dibunuh kerana dikatakan menjadi penghalang kepada demokrasi. Kim Jaegyu mendakwa bahawa tindakannya membunuh Park Chung Hee merupakan satu tindakan yang patriotik.


Kudeta Tentera

Seluruh negara pada waktu itu menjadi gempar apabila tragedi ini berlaku. Manakala pada 12 Disember 1979, pihak Tentera telah melakukan kudeta. Maka pemerintahan Diktator Tentera pun berjalan di bawah pimpinan Jeneral Chun Doo Hwan. Pemerintahan diktator tentera tidak disenangi oleh rakyat jelata maka demonstrasi-demonstrasi telah dianjurkan untuk membantah rampasan kuasa tersebut.

Akibat daripada kebangkitan rakyat Korea pada waktu itu melalui demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan, Jeneral Chun Doo Hwan telah mengisytiharkan Darurat pada 17 Mei 1980 bagi menekan para demonstran di seluruh negara.

Pada keesokan harinya; pada 18 Mei 1980, 100 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Chonnam telah berarak ke arah pintu pagar Universiti berteriak “berambus tentera”.

Pihak tentera yang mengawal di Universiti itu telah bertindak ganas dalam menangani demonstrasi ini. Mereka memukul para mahasiswa, menahan dan menggeledah rumah-rumah orang awam untuk mencari aktivis mahasiswa.

Dengan tekanan demi tekanan yang dijalankan oleh pihak tentera, mahasiswa telah meneruskan demonstrasi di jalananan dan ini sekaligus telah menjadi pencetus kepada peristiwa bersejarah “Kebangkitan Gwangju 18 Mei”.

Gabungan Rakyat dan Mahasiswa

Pada 20 Mei 1980, majoriti rakyat Gwangju telah menyertai demonstrasi mahasiswa dan mereka telah menawan dan membakar stesen TV MBC kerana mendakwa MBC telah memberikan laporan salah tentang para demonstran dan tidak melaporkan tentang keganasan yang dilakukan oleh tentera.

Pada 21 Mei 1980, 300,000 rakyat telah menyertai demonstrasi menentang kekuasaan Jeneral Chun Doo Hwan. Tempat simpanan senjata dan balai polis telah ditawan dan senjata telah dirampas oleh rakyat. Mereka (baca:rakyat) telah menubuhkan Tentera Rakyat yang telah melawan semula tentera yang mengganas. Hampir semua jalan keluar masuk ke Gwangju telah dikepung oleh pihak tentera pemerintah.

Walaupun begitu, bandar tersebut menjadi komuniti masyarakat yang efektif. Wakil komuniti telah dilantik untuk mengawal keamanan dan untuk berunding dengan kerajaan diktator tentera.

Keamanan telah berjaya dikawal tetapi rundingan dengan kerajaan gagal. Pada 27 Mei 1980, kerajaan diktator tentera pimpinan Jeneral Chun telah menghantar Unit Khas dari 5 bahagian tentera untuk merempuh masuk ke bandar Gwangju dan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan.

Semasa pemerintahan diktator Jeneral Chun, kerajaan mengatakan bahawa pemberontakkan yang berlaku di Gwangju merupakan pemberontakkan Komunis. Tetapi setelah rakyat Korea Selatan menamatkan pemerintahan diktator tentera pada 1987, “Kebangkitan Gwangju 18 Mei” telah mendapat pengiktirafan sebagai Gerakan Demokrasi melawan pemerintahan diktator dan diiktiraf sebagai usaha untuk menempatkan sistem Demokrasi di Korea Selatan.

Selepas tamatnya pemerintahan diktator Jeneral Chun, kerajaan baru telah memohon maaf secara formal kepada penduduk Gwangju dan telah membina Tugu Peringatan untuk para syuhada yang terkorban dalam “Kebangkitan Gwangju 18 Mei.”

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com