Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, September 23, 2007

Imigresen Rompak Pelancong


Terdapat Dua Pegawai Imigresen yang Terlibat dalam Kes di bawah ini:

1. Guna (012-6595937)
2. Maniam (016-9182036)

Minta sesiapa ada kredit lebih untuk menelefon mereka-mereka ini dan pulangkan wang RM15,000 dan dokumen-dokumen pelancong tersebut.

Beritahu mereka bahawa media-media di Sri Lanka sudah pun membawa kes ini ke pengetahuan rakyat mereka dan tindakan mereka itu mencemar buruk imej negara yang sedang mempromosikan Tahun melawat Malaysia.
Berikut ialah isi kandungan kes berkenaan:

KUALA LUMPUR 22 Sept - Seorang pelancong dari Sri Lanka, Krishnapillai Akileswaran mengadu bahawa pasport dan wang USD2,500 diambil oleh pegawai imigresen ketika memeriksanya di pejabat imigresen di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 11 September lalu.

Krishnapillai bersama rakannya, Piratheean juga dari Sri Lanka yang berhasrat untuk melawat rakan dan saudara-maranya di negara ini mendakwa pegawai imigresen Malaysia yang memeriksanya telah merampas pasport mereka lantas membuat laporan polis palsu menuduh kedua-dua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Seorang petugas berpakaian seragam meminta saya menunjukkan passport kami dan semua wang yang kami bawa," kata Krishnapillai dalam bahasa Tamil.

Beliau yang kini ditahan di Kem Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Semenyih memberitahu wakil Parti Keadilan Rakyat (keADILan), S.Manikavasagam yang terus membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada 19 September lalu. Manikavasagam melawat mereka di Pusat Tahanan tersebut pada 18 September lalu.


Bersama-sama beliau ialah saudara kepada mangsa, Prabakaran yang turut merasakan kecewa terhadap pegawai penguasa kerajaan terhadap saudaranya yang datang menyahut kempen Tahun Melawat Malaysia.

Menurut Manikavasagam, pegawai imigresen yang terbabit telah membuat satu laporan palsu menuduh bahawa kedua-dua mereka ini tidak memiliki dokumen yang sah.

Dalam laporan polisnya, Manikavasagam memberitahu bahawa selepas pegawai tersebut mengambil wang kepunyaan pelancong itu, beliau terus menghilangkan diri.

"Kedua-dua pelancong kemudiannya tidak dapat lagi berjumpa dengan pegawai tersebut," kata Manikavasagam.

Taktik Kotor
Mangsa mengesyaki taktik kotor dimainkan oleh pegawai-pegawai Imigresen dengan agen-agen imigresen di KLIA apabila mereka cuba bertanyakan kepada petugas-petugas imigresen yang lain setelah lama menunggu pegawai yang merampas passport dan barang kepunyaan mereka.

Pegawai lain yang berada di situ menahan mereka dan membawa mereka ke lokap imigresen KLIA atas alasan gagal menunjukkan dokumen pengenalan.

"Imigresen di Sri Lanka sungguh ketat bagi mengawal rakyat warganegara di negara itu keluar-masuk," jelas Manikavasagam yang kemudiannya membuat sidang media di Ibu Pejabat KeADILan 27 September lalu di sini.

"Mangsa menaiki pesawat dan bukannya tongkang untuk menyeludup masuk ke negara ini," tambah Manikavasagam lagi yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Pemantau Polis & Hak Asasi Manusia.

Semasa ditahan di lokap tersebut, seorang pegawai Imigresen yang bersimpat dengan nasib malang mangsa telah datang menemui mereka dan pegawai tersebut telah menunjukkan kepada mangsa-mangsa tersebut pasport mereka serta dokumen-dokumen lain. Beliau mengesahkan kesemua dokumen-dokumen tersebut milik mangsa.

KeADILan juga telah membawa kes ini ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Manikavasagam yang mewakili Parti menyerahkan satu laporan kepada peseruhjaya, Dato S.Siva Subramaniam pada 21 September lalu bagi pihak suruhanjaya meneliti kes berkenaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com