Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, September 20, 2007

IHRC Lancar Kempen Bebaskan Mat Sah Satray



KUALA LUMPUR 19 September – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (IHRC) sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpusat di United Kingdom melancarkan pek kempen anti-ISA khususnya kepada Mat Sah Mohd Satray yang ditahan sejak 2001.

Pek kempen tersebut mengandungi pelbagai maklumat mengenai kempen yang akan dijalankan oleh badan tersebut dalam mengecam penahanan Mat Sah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Antara lain, kempen tersebut melibatkan kempen menulis surat bagi seluruh Negara yang tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara yang dikenakan di bawah ISA.

IHRC pernah mengadakan kaedah yang serupa terhadap seorang wanita Turki, Gul Asian yang ditahan selama tiga tahun tanpa bicara di penjara Bandirma sehingga beliau dibebaskan pada Ogos 1999 kerana kes beliau dianggap sebagai suatu yang mencemar imej Negara.

Ribuan tahanan dari Bahrain, India dan Nigeria juga dibebaskan atas kempen besar-besaran yang dianjurkan oleh IHRC sebelum ini.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, GMI menyambut baik usaha yang dijalankan oleh IHRC kerana kes yang berlaku kepada Mat Sah dan tahanan-tahanan lain di bawah akta zalim ISA merupakan satu tindakan kejam pihak berkuasa terhadap seorang manusia.

Mat Sah ditahan sejak 17 April 2002 kerana dituduh sebagai ahli kepada Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti subversif terhadap kerajaan. Beliau berkali-kali menafikan pertuduhan tersebut dan tidak ada bukti setakat ini dikemukakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri atas pertuduhan tersebut.

“Semua kenyataan dan rayuan yang dikemukakan oleh Mat Sah diketepikan”, kata Syed Ibrahim dalam sidang media di sini hari ini.

Selain Mat Sah yang masih berada di Kem Tahanan Kemunting, Shukry Omar Talib, Mohammed Bin Kadar, Mohd Azmi Bin Abdul Karim dan Shahime Bin Ramli sudah pun dibebaskan dengan bersyarat pada Ogos 2007 yang lalu.

Sumber GMI juga melaporkan bahawa terdapat 90 tahanan masih dikurung di Kem Tahanan Kemunting iaitu 35 orang atas tuduhan JI, 27 orang atas pertuduhan memiliki dokumen dan pemalsuan, 5 dituduh kerana dipercayai pendatang asing tanpa izin / nucklear / perisik dan 10 lagi yang tidak diketahui punca penahanan mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh GMI, ISA telah melanggar Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (USHR) 1948 di bawah Artikel 9, 10 dan 11 serta Artikel 8 Kovenan Hak Sivil dan Politik. ISA juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah isteri Mat Sah, Norlaila Othman, peguam Edmund Bon, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin dan bekas-bekas tahanan ISA, Saari Sungib dan Abdul Ghani Haron.

Aku datang 18 minit lewat daripada masa yang diberikan. Tapi awal dari wartawan Harakah. SB melepak di ruang legar di mana GMI adakan sidang media mereka.

Gelabah juga aku sebab takut ditembak peluru hidup. Aku bercadang lain kali nak pakai baju kalis peluru macam cerita Mr & Mrs Smith tapi tak cukup duit. Lagi pun tak tahu kedai mana ada jual.

Pek kempen IHRC boleh dimuat turun di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com