Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, September 07, 2007

Pameran Angkasa Lepas Tangguh Lagi


Tahun ini kita mempromosikan Tahun Melawat Malaysia di mana pelancongan menjadi salah satu sumber pendapatan kita yang utama.

Apabila saya melawat di negara luar, mereka mengenali Malaysia kerana iklan di waktu-waktu perdana CNN yang kononnya "Malaysia, Truly Asia".

Salah satu acara yang diaturkan ialah pameran Malaysia International Aerospace 2007.

Pameran Malaysian International Aerospace Adventure 2007 yang dijadualkan pada bulan ini ditangguh lagi tanpa memberi apa-apa alasan.

Sebelum ini, pameran tersebut dirancang diadakan pada Jun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Acara itu sepatutnya diadakan pada bulan ini dan kemudiannya ditangguh lagi hingga ke hujung tahun.

Promosi bagi pameran ini yang merupakan sebahagian daripada acara Tahun Melawat Malaysia 2007 dijalankan besar-besaran di seluruh dunia terutama sekali di Asia Tenggara melalui Kementerian Pelancongan yang bertindak sebagai badan yang menyokong acara bertaraf antarabangsa itu.

Kekecewaan jelas daripada pihak-pihak yang telah pun menempah dan membeli tiket bagi menyaksikan pameran tersebut. Tarikan terbesar pameran itu ialah Buran, roket yang dibawa khusus dari Rusia untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM25 (pelajar), RM48 (dewasa) dan RM24 (kanak-kanak).

Mereka memberitahu bahawa notis pembatalan (di atas) yang diberikan hanya dipaparkan di dalam akhbar dan laman web rasmi syarikat penganjur dan memberi tempoh hanya empat hari bagi mendapatkan pulangan wang. Ia mendatangkan kehampaan kepada orang ramai terutamanya ibubapa yang telah pun menempah tiket awal bagi menyaksikan pelbagai pameran yang melibatkan pengalaman di angkasa lepas seperti yang diwar-warkan dalam promosi mereka.

Isu tersebut didedahkan oleh Ketua Penerangan Wanita KeADILan, Elizabeth Wong (kanan) dalam sidang media Khamis lepas di ibu pejabat parti itu.

Menurut Elizabeth, penangguhan dua kali yang dibuat oleh pihak penganjur sememangnya memalukan Negara yang berkempen jutaan ringgit dalam mempromosikan Tahun Melawaat Malaysia yang pelaburannya berjuta-juta ringgit wang rakyat.

Elizabeth menuntut agar tempoh pemulangan wang diipanjangkan bagi setiap orang telah pun menempah tiket tersebut memperolehi wang mereka kembali.

Beliau mempersoalkan penangguhan sehinggaDisember ini benar-benar dapat menarik pengunjung antarabangsa untuk menyaksikan pameran tersebut kerana jumlah pengunjung teramai setakat ini ialah pada bulan September.

Elizabeth juga memberitahu bahawa beliau telah pun membuat beberapa penyelidikan di mana Best Venue Sdn Bhd, syarikat yang menganjurkan pameran ini sebenarnya ialah hanya sebuah syarikat pengiklanan yang mendapat kontrak daripada Kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang kotak-kotak iklan berlampu di seluruh ibu negara.

Justeru, Elizabeth mempersoalkan bagaimana syarikat tersebut berjaya mendapat kontrak dalam menganjurkan acara pameran yang bertaraf antarabangsa.

Selain itu, beliau juga mahu pihak Kementerian Pelancongan mendedahkan pemilik Best Venue, Billy Lee yang mempunyai saham berbayar sebanyak RMsejuta membuat papan iklan seluruh Negara kerana kos pengiklanan tersebut melibatkan wang rakyat seolah-olah tidak ada syarikat lain yang mampu membuat kotak iklan seperti itu.

Elizabeth memberitahu bahawa sikap penganjur dan Kementerian dalam menagguhkan beberapa kali penganjuran pameran tersebut menunjukkan sikap Negara kita yang tidak professional dalam mengendalikan acara antarabangsa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com