Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, August 21, 2007

Bertemu Penulis Pejuang Kiri

Bersama Agnes (tengah) dan Habri (kanan)

Pada bulan 20 Julai lalu, sewaktu aku selesai menghadiri satu forum. 'No to Police State in Blogosphere' anjuran DAP, aku makan-makan di Restoran Sri Paandi tidak jauh dari rumah. AKu tumpang team Gerak Budaya dan seorang lagi wanita bersama-sama.

Selepas aku perhatikan betul-betul, aku memberanikan diri menanyakan identitinya.

Aku tidak salah, beliau ialah Agnes Khoo, seorang penulis buku kiri yang mengkhususkan tentang perjuangan wanita. Beliau berasal dan menetap di Singapura.

Agnes berada di Malaysia untuk melihat peluang-peluang yang ada untuk menerbitkan lebih banyak kajiannya di Malaysia.

Aku sememangnya berminat sekiranya diberi peluang untuk menterjemahkan buku-buku tulisan beliau ke bahasa ibunda aku.

Life As The River Flows

Dalam salah satu bukunya, 'Life As The River Flows' (2004) pejuang-pejuang kiri wanita yang dipaparkan ialah Suria @ Atom, Lim Guan Ying, Chen Xiu Zhu, Zhu Ning, Cui Hong, Luo Lan @ Luo Yue Er, Lin Dong @ Lin Dai, Zhao Ya Yin @ Qiang Lin, Meng Yue Ying, Huang Xue Ying, Ropiah bt Mat Yatin @ Mak Chu, Siti Meriyam bt Idiris @ Atom, Xiao Hua, Feng Shu Qiong @ Xiu Ning, Guo Ren Luan @ Lin Mei dan Guan Shui Lian.

'Life As The River Flows' Sebuah buku yang menceritakan pergerakan 16 pejuang wanita dari Thailand, Malaysia dan Singapura semasa darurat telah dibukukan oleh Agnes Khoo yang bertujuan untuk menyampaikan fakta sejarah kepada generasi muda.

Buku bertajuk 'Life as the River Flows: Women in the Malayan anti-Colonial Struggle' itu menyimpang daripada kajian sejarah dahulu yang memfokuskan kepada personaliti-personaliti raja dan dinasti. Buku tersebut memberitahu mengenai pergerakan rakyat terbanyak, kehidupan seharian, yang menjadi sejarah sosial bagi rantau ini.

Buku itu juga memberi pengetahuan mengenai peranan dan penyertaan wanita dalam pergerakan-pergerakan sosial seperti kesatuan sekerja dan penyertaan mereka dalam Parti Komunis Malaya.

'Life as the River Flows' juga memberi keseimbangan dalam puak kanan dan kiri serta sejarah pejuang lelaki dan wanita.

Menurut Agnes, beliau mengambil 6 tahun dalam menyiapkan buku tersebut sehingga terpaksa berkampung di selatan Thailand selama setahun untuk berjumpa mereka dan mendapatkan maklumat mengenai perjuangan mereka dahulu.

Agnes juga percaya bukunya yang setebal 312 halaman itu akan merapatkan hubungan Malaysia-Singapura yang mana selama ini diasingkan dengan propaganda, Menurut kajian beliau, kedua-dua negara ini mempunyai sejarah awal yang sama untuk dinikmati.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com