Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, August 13, 2007
Selamat Tinggal Abdul Razak Ahmad (1939-2007)
Sempena Pemergian Allahyarham Abdul Razak Ahmad
Al-Fatihah
Hari ini (12 Ogos) kau agak bosan untuk pergi kerja. Kerja kerja kerja.
Tapi kerja menjadi tanggungjawab, aku terpaksa laksanakan.
Misi aku ialah ke Melaka. Sesampai sahaja aku di Alor Gajah, aku mendapat maklumat bahawa seorang pejuang idola aku, sdr Razak Ahmad meninggal dunia.
Aku bergegas ke Johor Bahru. Aku pecut 160km/sejam. Dalam perjalanan, Ginie, boss dan aku asyik berbincang mengenai sejarah perjuangan Razak Ahmad sepanjang hayatnya.
Tak sangka boss banyak mengetahui mengenai arwah. Boss pulak berulang kali menyatakan bahawa dia rasa bersalah memujuk arwah menjadi Pengerusi Perhubungan Johor sungguhpun mengetahui arwah tidak sihat.
Semasa aku bertugas sebagai wartawan di Suara PRM dulu, aku pernah berpeluang melakukan temuramah ekslusif bersama beliau. Aku diperkenalkan kepadanya oleh Pak Rusatam (Rustam A Sani).
Sebelum aku menemuramahnya, Pak Rustam memberitahu bahawa sungguhpun beliau sering tidur semasa mesyuarat JKP (Jawatankuasa Pusat PRM), di masa mudanya sungguh berani dan berlari ke sana-sini perjuangkan hak rakyat.
Sebagai peguam, isu yang sering dibawa ialah melindungi hak peneroka bandar di Johor.
Beliau juga pernah menghalang keretapi dengan berbaring di atas landasan.
Malangnya, aku tidak lagi menyimpan transkrip temuramah kami kerana komputer aku sudah dicuri orang.
Allahyarham juga, semasa menuntut di Singapura dalam jurusan undang-undang menjadi pemimpin mahasiswa dan menentang penahanan ahli-ahli politik serta mengkritik hebat dasar Lee Kuan Yew.
Beliau sehingga kini tidak dibenarkan untuk memasuki Singapura.
Tiba jam 3.20pm aku sampai di Tropical Inn di mana sedang berlangsung dialog Anwar Ibrahim dengan orang ramai.
Orang ramai mula berkerumun dengan boss tetapi kami beberapa kali memberitahu bahawa niat kami bukan untuk bersama-sama dalam program tetapi melawat jenazah.
Kami tiba di Taman Kolam Air mengikut Pak Habib (Syed Hamid Ali). Ada juga beberapa muka kaki bodek yang aku tak suka tengok berada di tempat tersebut. Aku tak berapa ambil hal kerana aku cuma mahu melawat jenazah. Tak kesampaian hajat aku kerana jenazah sudah pun dibungkus dan sedia untuk dibawa ke surau berdekatan untuk disembahyangkan.
Sakit Dada
Menurut Mazlan (pro PRM Johor), semalam lagi arwah sudah mengadu sakit dada. Pak Habib lah yang mengurut dadanya. Dia risau mengenai persiapan lawatan kerja Anwar ke Johor keesokan harinya dan membuat beberapa keputusan terakhir bagi pelancaran program Anwar.
Menurut Hassan Karim yang aku bertemu di surau Hj Mohd Amin, Pak Razak dibawa ke Hospital Tun Aminah jam 4 pagi setelah beliau mengalami kesukaran bernafas. Semasa di hospital, doktor memberitahu bahawa terdapat pendarahan di jantungnya dan beberapa blocking yang menyukarkan oksigen sampai ke kepala mengakibatkan dia pitam beberapa kali.
Arwah pengsan dan kemudiannya tidak bernafas lagi.
Setiap kali aku mengadakan lawatan ke Johor, aku sering mengambil kesempatan untuk bertanya pendapatnya mengenai beberapa perkara terutamanya 'line' poliitk yang perlu diambil dalam menjawab beberapa pencabulan hak asasi yang berlaku di negara ini.
Beliau menjawab setiap soalan dengan penuh yakin dan melalui jawapannya, kita tahu yang dia sememangnya berpengalaman.
Jumpa Kali Terakhir
Aku beritahu boss yang kali terakhir aku dapat bercakap dan berjabat tangannya ialah semasa Konvensyen Keadilan Rakyat di Anjug Rahmat pada 4hb Ogos lalu. Arwah meminta aku uruskan kain rentang program Anwar di Johor dan aku minta bawakannya risalah BERSIH untuk kempen kesedaran di negerinya.
Aku tak berpeluang cerita banyak sebab pada masa itu, aku sibuk melayan karenah anggota-anggota lain dan dia aku perhatikan sibuk membaca risalah konvokesyen tidak jauh dari aku.
Allahyarham Abdul Razak meninggal dunia pada usia 68 tahun.
Aku ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Abdul Razak, dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home