Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, August 03, 2007

Filem CINTA: Semoga Berjaya di FFM20


Esok (4 Ogos 2007) ialah penyampaian anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) di mana akan menyaksikan 13 filem tempatan bertanding merebut 20 anugerah.

Majlis ini akan diadakan di Pulau Pinang. Sewaktu aku mendarat di Bayan Lepas untuk ke Sg Petani minggu lalu (27-29 Ogos), bunting-buntin sudah digantungkan bagi memberi mood kepada festival tersebut.

Aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang bertanding. AKu berdoa agar CINTA dapat membolot seberapa banyak anugerah di festival kali ini.

Dalam FFM20, CINTA akan bertanding dalam 10 kategori.


CINTA akan bertanding dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Sharifah Amani), Lakon Layar Terbaik (Mira Mustaffa/ARA), Cerita Asal Terbaik (Mira Mustaffa/ARA), Sinematografi Terbaik (Madnor Kassim), Penyunting Terbaik (Akashdeep Singh), Penataan Bunyi Terbaik (Tee Kim), Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Pembantu (Dato Haji Rahim Razali), Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Nanu), Poster Terbaik,


Aku menonton filem ini banyak kali; termasuk sebelum ianya ditayangkan di pawagam lagi. Aku rasa tonton CINTA tak bosan.Satu sessi khas ditayangkan untuk ahli keluarga aku. Kebanyakan keluar panggung menangis. Dada terpaksa mengambil masa untuk keluar panggung selepas selesai tayangan kerana tidak tahan menangis. Dada terus mahu dihantar pulang. Kita saksikannya di One Utama.

CINTA mengandungi lima kisah cinta dalam satu cerita. Ada yang mengatakan filem ini menyerupai "Love Actually." Saya tiada komen.

Apa yang penting ialah setiap watak yang dilakonkan dalam CINTA adalah kita sendiri dalam dunia realiti.

Sebab itu rasanya 80 peratus daripada wanita yang menyaksikan filem ini menangis.


Kisah Tulus 1:

Dilakonkan oleh Pierre Andre dan Sharifah Amani.

Arianna (Sharifah Amani) adalah seorang gadis yang datang ke kota untuk mencari kekasih yang telah hilang tanpa berita. Dalam mencari cinta dia dibantu oleh Taufiq (Pierre), seorang wartawan budiman yang tidak dikenalinya.

Kisah Abadi 2:

Dilakonkan oleh Que Haidar dan Nanu.

Dyan (Nanu) adalah seorang arkitek yang sentiasa terperangkap dalam cinta tiga segi. Kasih Dyan sebenar terhadap adiknya, Dhani (Que) yang malangnya enggan mengikut cara hidupnya.

Kisah Unggul 3:

Dilakonkan oleh Dato Haji Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar.

Cinta tidak mengenal usia. Cikgu Elyas (Rahim) seorang duda yang baik hati sering ke gerai Rubiah (Fatimah), seorang janda yang mengasihaninya.

Kisah Romantis 4:

Dilakonkan oleh Eizlan Yusoff dan Fasha Sandha.

Cinta kadangkala datang apabila tidak dijangka. Pertemuan yang tidak diduga telah mencetus cinta yang mendalam di hati Azlan (Eizlan), seorang hartawan yang mengetuai empayar media percetakan, terhadap Azura (Fasha), seorang pembantu kedai buku.

Kisah Sepenuh Jiwa 5:

Dilakonkan oleh Rashidi Ishak dan Rita Rudaini.

Harris (Rashidi), seorang arkitek, memiliki segalanya – Airin, isteri jelita (Rita), anak tersayang dan kehidupan yang selesa. Tanpa disangka, dia menyedari kehidupannya hanya sebuah ilusi. Adakah Harris mampu untuk menyelamatkan cintanya atau mungkinkah erti cinta sebenar adalah melepaskan orang yang tersayang pergi untuk selamanya…

Setiap cerita berjalan pada satu masa.

Ianya diarahkan oleh Kabir Bhatia.

PS: All the best to you....ARA.. Kalau menang kita celebrate kat Festival Filem Jepun.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com