Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, July 26, 2007
Malaysia-Today, Blogs, Friends or Foes
Pada 22 Julai yang lalu. Blog Bugs bersama Anwar Ibrahim Club (AIC) menganjurkan satu forum bertajuk Blogs: “Friends or Foe” (Kawan atau Seteru). Para peserta didedahkan dengan pengalaman-pengalaman benar dari pengendali-pengendali blog muda terkemuka sepanjang menulis di dalam blog dan pandangan mereka mengenai perkembangan maklumat. AKu bertindak sebagai moderator untuk forum tersebut.
Pemenang Anugerah Weblog 2004 dan Malaysia Top Blog 2004 ini menceritakan bagaimana pihak penerbit Akademi Fantasia dapat maklumbalas cepat dalam memperbaiki mutu rancangan mereka.
Malaysia-Today dibaca ketika aku berada di Korea. Selain Malaysia, laman ini juga dibaca oleh 131 negara lain di seluruh dunia.
Jadi, pada fikiran aku, pergilah tanya orang-orang yang member komen itu!
Soallah Norza Zakaria dan Azalina Osman yang dilantik oleh Presiden UMNO, Abdullah Badawi yang ditugaskan menggaji pihak-pihak tertentu sebagai cyber-trooper dalam laman-laman web berita alternatif, bukannya Raja Petra.
Aku pergi ke IPK Dang Wangi bagi memberi solidariti terhadap Raja Petra khususnya kepada Kak Marina (isteri Raja Petra).
Tidak lama kemudian, Raja Petra dibebaskan. Kak Marina nampak lega selepas menunggu hampir lapan jam di IPK.
Aku setuju bahawa pihak polis telah menjalankan selective investigation (siasatan yang berat sebelah) yang berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhammad Taib.
Aku juga cabar Muhammad untuk membuat laporan polis terhadap pertuduhan rasuah yang dilaporkan dalam Malaysia-Today yang melibatkan beliau, menteri-menteri serta para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) temasuk Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Ketua Menteri Sabah sekiranya laporan Malaysia-Today selama ini tidak benar.
Lepas semuanya selesai, aku terus balik kerana pembentangan kertas kerja aku di Sungai Petani 27-28 Julai nanti belum dihadamkan sepenuhnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home