Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, July 16, 2007

Free Nathaniel Tan Now!

Gambar oleh Salman

Malam tadi (15hb Jun) aku berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atas jemputan beberapa rakan menunjukkan solidariti terhadap rakan kami, Nathaniel Tan.

Pada sebelah siangnya, aku mempengerusikan bengkel penulisan untuk wartawan dan blogger di Petaling Jaya dibawah tiket BERSIH.

Walaupun penat, mujur ada Hilmi dan Ros sanggup datang ke rumah untuk membawa aku ke Jalan Stadium. Sebelum ke sana, kami singgah di Strawberry Park, State PJ untuk makan malam.

Pada waktu kami tiba (8.30pm), kira-kira 50 orang sudah pun memenuhi kawasa pejalan kaki di hadapan pintu masuk IPD.

Mereka bergilir-gilir member ucapan, menyanyi. Aku? Duduk diam. Lilin yang aku nyalakan sudah pun mewakili diriku.

Sesekali, aku ikut laungkan "Bebaskan Nat!", "Free Nat Now!"

Beliau direman selama empat hari di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermula jam 3.15 petang semalam.

Beliau direman atas tuduhan memiliki satu dokumen yang menunjukkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharum terlibat dalam kesalahan rasuah, iaitu menerima RM5 juta bagi membebaskan beberapa pesalah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat 1969.

Menurut sumber, Tan,26 telah ditahan oleh tiga orang polis berpakaian biasa di pejabat yang bertempat di Phelio Damansara Petaling Jaya pada 4.30 petang, 13 Julai.

Saya juga diberitahu bahawa peguam dan keluarga Tan tidak dapat mengetahui kedudukan Tan serta tuduhan ke atasnya sehingga jam 11 malam semalam kerana pihak polis enggan mengesahkan tangkapan tersebut serta alasan tangkapan.

Hanya pada kira-kira jam 11.15 malam, peguam Latheefa Koya mendapati bahawa Tan ditahan di lokap IPD Dang Wangi, Jalan HS Lee selepas berkali-kali bertanyakan kepada pihak polis.

Soalan SUARAM

1. Kenapa perlu hantar anggota polis berpakaian preman untuk bawa Nat disoal-siasat? Sekurang-kurangnya, mereka ini menunjukkan kad keanggotaan mereka kepada rakan-rakan Nat di pejabat.

2. Anggota polis itu tidak nyatakan bahawa nat sebenarnya ditangkap malah memberitahu bahawa Nat perlu dibawa ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman untuk siasatan. Mengapa pihka polis perlu berselindung dalam menjalankan tugas mereka?

3. Menurut Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi tugas angota polis untuk memberitahu tujuan penahanan pada masa beliau ditahan dan membenarkan Nat berhubung dengan peguamnya. Adakah pihak polis cuba untuk mengelak daripada memberitahu orang yang ditahan sebab sebenar kononnya beliau dipanggil untuk disoalsiasat tetapi sebenarnya beliau ditahan?

4. Oleh kerana anggota polis yang membawa Nat gagal untuk menunjukkan kad pengenalan diri mereka kepada Nat dan gagal untuk memaklumkan penahanan tersebut dalam tempoh enam jam, keluarga bersama rakan-rakan beliau bercelaru ke Balai Polis Dang Wangi, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dan Jabatan Jenayah Perdagangan yang kesemuanya terletak di tempat-tempat yang berlainan. Apabila Ibu Pejabat Bukit Aman memaklumkan kepada peguam bahawa mereka tidak tahu-menahu mengenai penahanan tersebut, satu laporan polis terpaksa dibuat yang mana terpaksa menyatakan bahawa Nat dibawa oleh orang yang tidak dikenali. Sekiranya anggota-anggota polis itu memaklumkan kepada rakan-rakan Nat dari balai mana mereka bertugas, perkara sebegini tidak akan berlaku.

Apa yang berlaku kepada Nathaniel Tan (poor Nat) sudah tentunya akan mendatangkan kegusaran kepada para blogger dalam melaksanakan hak mereka untuk bersuara.

Sesungguhnya, aku berasa sedih bila mana Perdan Menteri tidak pegang pada janjinya dalam memastikan urustadbir kerajaan adalah terbuka, telus dan berintegriti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com