Aku Masuk Suratkhabar
Gambar hiasan (tidak ada kena-mengena dengan isi artikel ini): Ekspresi kanak-kanak Korea Selatan yang digantung dan diletakkan di dinding bangunan dewan bandarayanya di mana gerakan kebangkitan rakyat bermula. Gambar diambil pada 29 Oktober 2006 ketika penulis melawat Gwangju)
Ada diantara kita yang rasa gembira sekiranya berita mengenai diri sendiri dipaparkan di akhbar. Lebih-lebih lagi sekiranya dipaparkan dalam akhbar perdana yang mempunyai pembaca seramai 1,026,802 orang.
Tetapi ia mungkin tidak emndatangkan keseronokan apabila berita tersebut tidak mendatangkan satu tambah nilai kepada perkembangan diri.
Pada 2hb Julai lalu, aku diberitahu bahawa nama aku disebut-sebut oleh ahli politik yang kecewa atas tugas yang kononnya berniat jahat dan tidak menerapkan cirri profesionalisme aku.
Aku tidak mula melatah mahupun teruja. Nama aku pernah terpapar beberapa kali sama ada berita baik, menerima anugerah mahupun diburuk-burukkan.
Selepas beberapa rakan mula menelefon, aku mula mencari berita tersebut dan benar (bukan berita itu) bahawa nama yang disiarkan itu adalah aku.
Tergerak untuk aku mengambil tindakan balas, tetapi selepas mendapat nasihat daripada pihak-pihak tertentu, aku diberitahu untuk tidak berbuat apa-apa.
Ya, sesuatu berita itu, terutama yang tidak benar perlu diberikan hak untuk aku membela atau membalas. Tetapi, atas dasar organisasi yang aku wakili dan agenda yang lebih besar untuk kita capai, aku terima mereka (untuk tidak membuat kenyataan balas).
Apa yang aku ingin nyatakan ialah aku berterima kasih kepada Dato Nallakaruppan kerana memberi sedikit publisiti. Aku lebih suka jika blog ini yang menerimanya, wartawan yang menulis dan editor, khususnya kerana menyiarkan nama aku.
Sila klik untuk dapatkan keratan berita.
1 Comments:
akum bro..biar la..tu semua org2 yg kecewa dgn pencarian politik mengarut mereka...at least,blog anta akan dpt publisiti sikit.hahahha
Post a Comment
<< Home