Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, June 11, 2007

Anugerah Planet Muzik 2007 - Siti Nuraliza diganding dengan gadis 13 tahun!


Estranged dari Malaysia menyampaikan persembahannya. Rich, penyanyinya lebih terserlah daripada menyanyi solo - Rich ialah salah satu produk dari Akademi Fantasia.



Saya berkesempatan untuk hadir ke salah satu majlis berprestij di rantau Asia Tenggara, Anugerah Planet Muzik 2007 yang setiap tahun diadakan di Singapura.

Kali ini majlis tersebut diadakan di Stadium Tertutup Singapura.

Bagi persembahan sebelum mengumumkan Lagu Terbaik, wakil dari setiap negara akan membuat persembahan.Sepatutnya persembahan tersebut mestilah diwakili oleh penghibur-penghibur yang berpengaruh dari negara-negara yang diwakili.


Malaysia diwakili oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Singapura diwakili oleh pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah. Gandingan tersebut diletakkan bersama seorang penyanyi berusia 13 tahun, Gita Gutawa. Gita Gutawa diapit oleh Siti Nurhaliza (Malaysia) dan Taufik Batishah (Indonesia)


Gita Gutawan ialah anak kepada komposer terkenal di seluruh nusantara, Erwin Gutawa

Sungguhpun, Gita mampu menyanyi dengan baik, tetapi gandingan tersebut merendahkan tahap Siti Nurhaliza dan Taufik.


Sepanjang majlis anugerah itu, kami dhiburkan dengan persembahan dari artis-artis ketiga-tiga negara seperti Tafik Batishah (Singapura), Ira Ajmain (Singapura), Hadi Mirza (Singapura),Irwansyah & Acha Septriasa (Indonesia), Gita Gutawa (Indonesia), Kris Dayanti (Indonesia).
Persembahan mantap dari Jaclyn Victor. Jaclyn tidak memenangi sebarang anugerah.

Dari Malaysia, kita dihidangkan dengan Estranged, Noryn, Jaclyn Victor, Siti dan Diddy.

Bagi kumplan pengacara pula, Aznil yang dibanggakan sebagai pengacara nombor 1 di Malaysia tenggelam dengan pengacara-pengacara lain dari Indonesia dan Singapura.

Persembahan penutup


Penonton lebih terhibur dengan kelucuan Suhaimi berbanding dengan Aznil. Saya kira Bo Azrai dan Afdlin juga tidak sehebat Suhaimi.

Ada beberapa kategori yang diseraha kepada pembaca internet ntuk mengundi dan ada juga kategori yang diserahkan kepada juri untuk membuat penilaian.



Persembahan dari diva Kris Dayanti selepas diumumkan sebagai penerima
anugerah khas Cinta APM2007



bagi kategori 'popular' keputusannya berdasarkan kepada pengundi di internet manakala kategori 'terbaik' diserahkan kepada juri.

Artis Lelaki Paling Popular - Mawi
Calon-calon lain:

Ajai Malaysia
Awie Malaysia
Faizal AF4 Malaysia
Glenn Fredly Indonesia
Irwansyah Indonesia
Iwan Falls Indonesia
Hady Mirza Singapora
Marcell Indonesia
Mawi Malaysia
M.Nasir Malaysia
Once Indonesia
Taufik Batisah Singapura

Artis Wanita Paling Popular - Siti Nurhaliza

Calon-calon lain:

Acha Septriasa Indonesia
Adibah Noor Malaysia
Agnes Monica Indonesia
Audy Indonesia
Ella Malaysia
Jaclyn Victor Malaysia
Kris Dayanti Indonesia
Melly Goeslaw Indonesia
Misha Omar Malaysia
Ning Baizura Malaysia
Rossa Indonesia
Siti Nurhaliza Malaysia

Kumpulan Paling Popular - Sofaz
Calon-calon lain:

Ahli Fiqir Singapura
Dewa 19 Indonesia
Gigi Indonesia
Letto Indonesia
Nidji Indonesia
Peterpan Indonesia
Pretty Ugly Malaysia
Radja Indonesia
Samsons Indonesia
Search Malaysia
Sofaz Malaysia
Ungu Indonesia

Lagu Paling Popular - Kian
Calon-calon lain:
Aku Ada Karena Kau Ada Radja
Biarlah Rahsia Siti Nurhaliza
Demi Waktu Ungu
Diari Seorang Lelaki Pretty Ugly
Juwita Citra Terindah M.Nasir
Kenangan Terindah Samsons
Kian Mawi
My Heart Irwansyah & Acha Septriasa
Sedang Ingin Bercinta Dewa 19
Sudah Itu Sudah Imran Ajmain
Tak Ada Logika Agnes Monika
Terlalu Istimewa Adibah Noor

Artis Lelaki Baru Terbaik - Imran Ajmain
Calon-calon lain:
Faizal AF4 Best of Faizal AF4
Imran Ajmain Dengan Secara Kebetulan
Irwansyah Original Soundtrack 'Heart'
Izwan Pilus Erti Kasih

Artis Wanita Baru Terbaik - Noryn
Calon-calon lain:
Acha Septriasa Original Soundtrack 'Heart'
Farhan AF4 Best of Farhan AF4
Noryn Aziz Alam Maya
Reika Roslan Bercerita
Terry Terry

Noryn bukanlah sebenarnya artis baru. Beliau pernah melahirkan album pada satu masa dahulu.


Duo / Kumpulan Baru Terbaik - Letto
Calon-calon lain:
Kerispatih Kerispatih
Letto Truth, Cry, Lie
Nidji Breakthru
Rea 1/2 Gila
Samsons Naluri Lelaki

Artis Lelaki Terbaik - M.Nasir
Calon-calon lain:
Aris Lasso Selalu Ada
Glenn Fredly Aku & Wanita
Iwan Fals Iwan Falls In Love
Marcell Marcell
M.Nasir Sang Pencinta

Artis Wanita Terbaik - Siti Nurhaliza
Calon-calon lain:
Agnes Monica Whaddup A?1
Audy 2303
Jaclyn Victor Inilah Jac
Noryn Aziz Alam Maya
Siti Nurhaliza Transkripsi

Duo / Kumpulan Terbaik - Dewa 19
Calon-calon lain:
Dewa 19 Republik Cinta
Kerispatih Kerispatih
Letto Truth, Cry, Lie
Samsons Naluri Lelaki
Ungu Melayang

Lagu Terbaik - Biarlah Rahsia
Calon-calon lain:
Biarlah Rahsia Transkripsi
Cinta Terakhir Selalu Ada
Demi Waktu Melayang
Hapus Aku Breakthru
Juwita Citra Terindah Sang Pencinta
Kenangan Terindah Irfan

Album Terbaik - Transripsi

Calon-calon lain:
Breakthru Nidji
Kerispatih Kerispatih
Naluri Lelaki Samsons
Republik Cinta Dewa 19
Sang Pencinta M.Nasir
Transkripsi Siti Nurhaliza

Anugerah Khas Cinta diberikan kepada Zainal Abidin (Malaysia) (atas) dan Kris Dayanti (Indonesia).

Jalan-jalan di Kota Singa

Sebelum pulang ke tanahair, aku dibawa bersiar-siar di Singapura. Seronok juga melihat tempat orang setelah beberapa bulan berhempas pulas bekerja, tanpa mengira masa,makan dan minum.

Kami dibawa ke Jalan Mustafa untuk makan dan membeli-belah, Orchard Rd untuk membeli-belah lagi dan ke Esplanade untuk mencuci mata.

Sesungguhnya Singapura memang berbangga dengan Raffles dan Ritz Carlton nya.

Perjalanan aku ke Singapura menggunakan Linkedua yang melepasi Johor Bahru.

PS: Patutlah pembinaannya satu kontroversi Malaysia-Singapura

1 Comments:

At 11:32 am, Anonymous Anonymous said...

wrong info best album went to that indo band not siti.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com