Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, May 22, 2007
Konsert Akhir AF5: Kenapa meleret untuk Aznil?
Selalunya jemputan untuk majlis anugerah aku tidak tolak. Sungguhpun persiapan untuk Kongres Nasional Tahunan 2007 memeningkan kepala aku, aku tetap hadir. Pada 19 Mei yang lalu, berlangsunglah Pusingan Akhir Pertandingan Nyanyian Akademi Fantasia Musim ke 5. Aku tidak pasti bahawa selama lima musim, produk yang dihasilkan seorang penyanyi.
Tak sangka pula aku diletakkan di antara barisan hadapan. Terima kasih.
Jangkaan daripada awal musim AF sentiasa meleset. Juara SMS kali ini (pemenang berdasarkan 100% daripada undian SMS) berpihak kepada Mila.
Dalam peringkat awal program ini dibuka, Mila jarang mencecah tangga pertama hingga kelima. Kebanyakan daripada minggu yang ditayangkan, Mila sering berada di tangga corot.
Dalam analisis aku, sering aku andaikan Mila lah yang akan terkeluar tetapi nasib sentiasa berada di pihaknya.
Jumlah Undi
Selama 10 minggu tayangan siri Akademi Fantasia ie Diari, Konsert, Debat; secara keseluruhan Astro menerima 6.6 juta undian. Jika satu undi berharga RM2 bayangkan berapa banyak rakyat Malaysia bazirkan untuk program TV reality seperti Akademi Fantasia yang sudah masuk musim ke lima.
Menerusi fakta-fakta yang boleh dipercayai. Mila memperolehi 32% daripada jumlah undi yang dikumpul.
Pada malam konsert akhir sahaja, Mila mendapat 1.9 juta undian SMS.
Persembahan Mila
Lagu Persis Wanita yang digubah oleh Ajai disampaikan oleh Mila dengan baik sekali. Cuma ketika Mila meneyampaikan lagu Cinta Pura-pura (original Ezlynn) ruang nada tinggi itu jelas kedengaran Mila menjerit dan tidak nyaring.
Walau bagaimana pun, Mila Berjaya memukau dan menerima standing ovation (termasuk aku sekali).
Aznil
Aku yang duduk di barisan hadapan stadium mula merasa kebosanan apabila Pertandingan itu meleret member penghargaan dan ‘persembahan’ selamat tinggal kepada Aznil.
Dan mulalah, semuanya, termasuk pelajar-pelajar lelaki menangis macam hilang mak. Kalau Hishamuddin Hussein (Datuk Seri) dia juga akan menangis terisak-isak.
Raja tangisan yang lain terdiri daripada Khairy Jamaludin (semasa menafikan skandal bersama Maya Karin), Rafidah Aziz (semasa bercerita tentang AP seraya memegang kitab al-Quran) dan mamak Bendahara Tun Mahathir (sewaktu mengumumkan meletak jawatan sebagai Presiden Umno).
Mereka-mereka akan bersama yang lainnya dalam stadium akan menangis beramai-ramai mengucap selamat tinggal kepada Aznil
Perlu diambil perhatian kepada para para peganjur bahawa orang yang datang dan membayar tiket untuk melihat dan mengetahui juara AF bukannya saksikan pemergian Aznil. Dia hanyalah hos.
Perlu diteruskan
Selepas lima tahun adakah perlu Akademi Fantasia diteruskan? Royalti kepada LaAcademia tidak pasti samada sudah dijelaskan memandangkan format asal daripada rancangan Mexico itu dikekalkan bagi meningkatkan SMS.
Sekiranya kita melihat produk-produk AF, berapa ramai yang mampu bersaing dalam professionalisme sebagai penghibur?
Mawi hanya mampu untuk menjadi Raja SMS. Tarian tukang-langgang. Sebutan lari. Bahasa Inggeris terus tak boleh.
Faizal? Belum dapat diuji.
Jawapan samada perlu diteruskan atau pun tidak, lihat kepada objektif kewangan Astro. Kalau nak dinaikkan keuntungan, baik diteruskan, tetapi sekiranya melahirkan penghibur, lupakan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home