Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, May 07, 2007

10 + 1 Sebab Mengapa ASP Rafik (Gombak) perlu dinaikkan pangkat

1: Dia boleh hisap rokok masa bertugas di ceramah di Bukit Badong (apabila ditegur, dia memberitahu bahawa dia boleh menghisap rokok semasa bertugas)

2: Dia berani nak rampas microphone KeADILan di program di Bkt Badong dan arah supaya program ceramah dihentikan.

3: Beliau tidak membuat sekatan untuk kempen Umno. Kalau kempen sebelah-menyebelah, pihak yang kena batalkan program ialah KeADILan.

4: Beliau mengumpul semua risalah yg KeADILan edarkan untuk para pengundi.

5: Beliau menjaga Timb Presiden UMNO semasa Timb Presiden UMNO itu berkempen. Gambar di sebelah diambil ketika polis tiba mengiringi ketibaan Presiden UMNO ke pusat pembuangan undi di Bukit Badong.

6: Beliau berjaya pastikan bas pengundi hantu yang bernombor pendaftaran PFY7000 sampai ke Balai Polis tanpa sebarang kecederaan.

7: Beliau berjaya ketepikan pasu bunga yang dikatakan menghalang laluan Najib Tun Razak.

8: Beliau cepat bertindak dengan mengarahkan FRU meletakkan kenderaan di tempat ceramah apabila Anwar Ibrahim tiba di tapak ceramah.

9: Beliau berjaya membuat sekatan jalanraya seolah-olah menyukarkan orang ramai hadir di program ceramah yang dianjurkan oleh KeADILan.

10: Beliau beriya-iya mengatakan bahawa setiap program dalam kempen mesti ada permit (sungguhpun bila berhubung dengan peguam, dia mengatakan perlu maklum kepada pihak polis sahaja).

11: Beliau tidak perlu membuat sebarang siasatan kepada banyak laporan polis yang dibuat oleh KeADILan terhadap keganasan UMNO sehingga ada yang koma dan kepala berjahit 16 jarum akibat dihentak Pemuda UMNO.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com