Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, May 05, 2007

10 SEBAB MENGAPA PARTIBAN MENJADI MOST ELIGIBLE BACHELOR

1. Beliau dapat menang di Daerah Mengundi Bukit Badong dan Jaya Setia tanpa perlu menemui pengundi di tempat tersebut.

2. 2. Beliau tidak perlu menggunakan segala jentera kerajaan dalam kempennya seperti yang dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO dan Menteri Besar Selangor.

3. 3. Beliau ialah anak didik Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu

4. 4. Beliau dapat menarik sehingga lebih 90% pengundi untuk membuang undi mereka. Satu angka yang luar biasa.

5. 5. Beliau dapat menandingi seorang yang pernah mendapat anugerah CEO of the Year 1997, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil DUN 11 Ijok.

6. 6. Beliau hanya memberitahu media bahawa beliau “Good Looking’ apabila wartawan elektronik bertanya mengapa pengundi perlu undinya walhal KeADILan telah mengeluarkan pelan pembangunan kepada Ijok.

7. 7. Samy Vellu sendiri menawarkan untuk memilih calon isteri Partiban

8. 8. Orang Oxford seperti Khairy Jamaluddin sanggup menjadi samseng untuk memastikan Partiban menang

9. 9. Pengundi yang sudah mati bangkit untuk turut sama memastikan kemenangan Partiban

10. 10. Beliau akan menjadi orang paling setia meluluskan semua undang-undang Kerajaan Negeri Selangor di bawah MB Khir Toyo

Faisalmustaffa juga mengenalpasti bahawa Ijok telah memecahkan dua rekod dunia:

1. 1. Kenduri arwah (funeral) termahal iaitu melebihi RM100juta dalam masa Sembilan hari perkabungan mendiang Sivalingam (bekas ADUN Ijok).

2. 2. Ladang Tuan Mee adalah kawasan kediaman kecil yang mempunyai mesin jahit terbanyak selepas dihadiahkan oleh Kerajaan BN dalam memancing undi, Ladang Tuan Mee bukanlah sebuah kawasan yang berindustrikan fabrik.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com