Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, April 13, 2007

ZOMBI KAMPUNG PISANG – Lebih Baik Tengok Doraemon

Pembikinan dan tayangan filem terbaru Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Zombi Kampung Pisang adalah satu kerugian besar kepada industri perfileman.

Daripada kita menghabiskan wang kita RM10 untuk menonton filem ini, lebih baik dinasihatkan untuk duduk di rumah dan menonton kartun alih suara Doraeomon ataupun Skinchan. Sekurang-kurangnya, kartun-kartun tersebut ada unsur-unsur nasihat.

Dalam kita berada dalam era kebangkitan dan mula mendapat perhatian daripada penggemar filem tempatan untuk ke pawagam dan memilih filem Melayu berbanding dengan filem luar negara, kita didatangi dengan sebuah filem yang kualitinya 20 tahun lalu.

TUSB sepatutnya meneliti pelaburan yang dibuat dalam memilih produser dalam membikin sesebuah filem itu.

Namun, unit panel skrip professional yang ditubuhkan pada 2004 yang dipanggil X|Consultative Committee berpendapat Zombi Kampung dikeluarkan. Panel tersebut terdiri daripada Prof Madya Dr Asiah Sarji, Prof Madya Raja Ahmad Alauddin, Fatimah Abu Bakar, Jeffry Ab Talib, Mohamed Juhari Shaarani dan Shafiuddin Shariff.

Tak Kelakar

Zombi Kampung Pisang sepatutnya sebuah filem seram komedi yang dikatakan lari dari noorma lazim filem tempatan yang tampil dengan unsure ‘spoof’.

Tetapi apabila pergi menyaksikan tayangan medianya, amat mengeceweakan kerana dri awal hingga ke akhir tidak ada babak pun yang menggeletekkan.


Pelakon-pelakon yang menjayakan filem tersebut juga tidak mencerminkan sebuah filem yang dirasakan boleh bersaing dengan filem-filem Melayu yang ada kebelakangan ini.

Ezlynn yang diberi kepercayan untuk memegang watak utama gagal dalam tanggungjawabnya. Mungkin kerana beliau terikat dengan mutu skrip sedemikian. Begitu juga Awie.



Que Haidar pula berlakun sebagai seorang pemuda Kelantan bernama Deris yang sepatutnya kelakar menggunakan dialek tetapi langsung tidak berkesan.

Filem ini juga dijayakan oleh AZ Mizal, Nadia Mustafar, Soffi Jikan, Zami Ismail, Jalil Hamid, Loloq dan Ruminah Sidek.

Sepatutnya, sesebuah penghasilan filem yang baru mestilah sesuatu yang lebih bermutu daripada apa yang ada atau pernah ditayangkan.

Lebih Baik Buat Cerekarama

Zombi Kampung Pisang bukan tarafnya untuk difilemkan. Mamat Khalid sepatutnya menayangkan untuk siaran televisyen untuk slot cerekarama. Kos pembikinan filem tersebut ialah sebanyak RM1.2 juta. Boleh dikatakan jumlah tersebut satu pembaziran dan jumlah tersebut dirasakan mampu untuk menghasilkan mutu filem yang jauh lebih baik daripada Zombi Kampung Pisang.

Sebagai seorang yang menyokong industri filem Negara merasakan malu apabila kita mengatakan bahawa filem kita mampu untuk bersaing dengan filem tempatan.

Kita pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat festival antarabangsa, termasuklah filem Dari Jemapoh ke Manchestee arahan Hishamuddin Rais. Saya rasa belanja filem Hishamuddin tidak setinggi Mamat Khalid.

Mamat Khalid juga bertindak sebagai Pengarah Lakon Layar dan Cerita Asal.

Mamat Khalid juga baru sahaja selesai membuat penggambaran filem terbarunya yang juga diterbitkan oleh TUSB berjudul Kala Malam Bulan Mengambang.

Zombi yang Bukan Zombi

Filem ini adalah berkisar mengenai Keadaan di sebuah Kampung terpencil, Kampung Pisang yang pada awalnya tenteram bertukar menjadi kecoh dan huru-hara akibat daripada kematian mengejut bilal kampong tersebut.

Kematian bilal tersebut dimaklumkan kepada ketua kampong dan juga menerima nasib yang sama.

Mayat kedua-duanya tiba-tiba hilang dan menjadi zombi. Zombi mencari manusia dan mencari otk manusia sebagai makanan mereka.

Sejak dari itu, lebih banyak Zombi timbul yang berpunca daripada kesan makanan daripada sebuah warong yang makanannya mengalami curahan toksik.

Punca tersebut dikenalpasti daripada pembantu perubatannya yang sebenarnya mengalami masalah mental. Begitu juga pegawai polis yang datang untuk membuat siasatan.

Zombi-zombi tersebut kemudiannya dikepung oleh skuad polis dan diberikan suntikan agar ‘zombi’ mereka dipulihan.

Zombifikasi

Hanya satu yang menarik dalam filem ini iaitu lagu tema, Zombifikasi nyanyian Awie dan AZ Mizal hasil lirik Mamat Khalid dan ciptaan Shamril Salleh.

Zombi Kampung Pisang akan mula ditayangkan pada 22 April ini.

7 Comments:

At 6:41 pm, Blogger Ajami Hashim said...

Salaam faisal..

mungkin kau kena tengok 'subtext' nya kot baru kau boleh hargai ZKP :-)

btw.. itu pndpt memasing lah kan.. aku hormati pndpt kau gak.. huhu!

 
At 3:29 pm, Anonymous Anonymous said...

Cerita ini satu peniruan semata mata...dari pada movie Shaun of The Dead. Banyak aksi komedi juga ditiru juga dari filem itu.

http://www.imdb.com/title/tt0365748/

amat memalukan......sudah la karya asal ditiru , kualiti pun rendah.

 
At 6:50 pm, Anonymous Anonymous said...

negara kita sudah ketandusan filem. jadi ZKP ni pun difilemkan untuk mencuci mata peminat filem tempatan...
mungkin itu sahaja kemampuan yang ada pada pengkarya kita ataupun mungkin pelakon kita terlalu mengikut apa yang ada pada skrip. jarang sekali pelakon kita yang punya kelulusan dalam bidang yang mereka ceburi menyebabkan kombinasi tidak mantap. inilah yang akan berlaku pada filem kita setiap tahun sekiranya pemilihan watak dilihat dari paras rupa dan rate popularnya.

p/s: mungkin filem malaysia pun perlukan reformasi. LOLL!

 
At 4:59 pm, Anonymous Anonymous said...

salam menginterpretasi
aku dah tengok cerita ni kat panggung, first aku puji mamat khalid kerana berjaya meletakkan satu sempadan baru dalam dunia filem tempatan... iyelah politik habis dalam cerita dia, dalam beb, sebagai orang yang sentiasa mahukan perubahan REFORMASI, aku rasa ZKP ni ada banyak yang perlu difahamkan dengan mata hati bukan mata yang memandang kosong...
petik sikit dari dialog Awie : zombi tu macam orang yang ikut ajaran sesat, politik sesat... dalam maksud zaombi tu. (siapa dia nak sindir dalam dunia kita.
Kampung pisang : aku pernah terdengar tentang Banan Republik. so harap korang semua pun tahu la kot.... apapun dasar filem ni banyak sangat metafor yang cuba disiniskan, terlalu dalam kepada penonton yang kurang memahami. aku terbacaa juga banyak blog yang menulis, ada yang kata zombi mamat tak macam xzombi lah, merugikan duit tayangan unggul lah... macam2lah, tapi aku rasa mamat berhak menentukan apa sebenar yang cuba disampaikan.
bila aku fikir selepas menonton filem ni aku rasa malaysia pun banyak sangat zombi, politik, tatasusila, agama... dah serupa manyat hidup....
lama gak aku memikir kenapa mamat meletakkan anaknya dengan adengan menembak zombi... fikir punya fikir dan jawapan yang aku rasa sesuai maksudnya... dia nak remaja sekarang bukan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuartu masalah.. bila dah tahu itu adalah masalah so selesaikan secepat mungkin... dasar watak yang cuba ditonjolkan setiap watak ada maksudnya... contoh watak shy8 kalau tak salah aku sebagai penari lembut. bila dah pergi kesesuatu tempat dah menganggap yang betapa hebat dirinya walhal vbaru pergi kenegara jerman untuk seminggu dan terus mengagungkan cara diorang... kan kepeliknamanya tu... setahu aku ramai gak rakyat malaysia yang pounya perangai macam tu. pergi je kenegara luar sebulan balik dah lupa adat dan pemikiran sebelumnya... pedasssss.
secara keseluruhan yang aku faham la... cerita zombi kampung pisang ni cuba membawa masyarakat kita berfikir jangan terlalu cepat menerima pandangan, menerima ideologi atau menerima apa saja tanpa usul periksa.. pastu terus menggangungkannya, sedangkan benda2 tu semua salah...
mamat ko sebenarnya baku aku seorang reformasi yang unik, menegur orang tak semestinya memerlukan dengan keras, cukup sekadar kita sinis... kalau bodoh maknanya orang tu tak faham le...
bab meniru... dalam dunia ni mana ada orang yang tak meniru...
aku pun banyak meniru waktu aku sekolah dulu, tujuannya untuk menjadi yang terbaik... hehehehe tapi aku ada wawasan dan aku ada SPM....

sama-sama kita tafsirkan semula zombini... kosongkan fikiran pastu buat perbandingan dengan diri sendiri.

aku tengok cerita ni 3 kali, sekali aku tengok untuk hiburan, kedua aku tengok untuk fahamkan dan ketiga aku tengok untuk nilaikan apa yang aku faham...

so aku rasa mamat khalid ni semua filem dia ada maksud tertentu... eh dengar2 cerita terbaru mamat KALA MALAM BULAN MENGAMBANG guna konsep NUAR & Hitam puti... apa lagi mamat cuba nak reformasikan kali ni ye...

aku tak sabar nak tengok

sekian saja aku punya pandangan beb... aku sebenarnya dah banyak sangat dengar komen tentang filem ni... hari yang ketiga baru aku semapt pergi tengok... pastu malam berikutnya pun aku peri tengok...

salam reformasi zombi untuk semua ya...

zombi zaidi...

 
At 8:14 am, Anonymous Anonymous said...

Menonton filem terbaru karya Mamat Khalid kali ini benar2 membuatkan saya berfikir secara kritis.Merungkai yang tersurat dan tersirat dalam filem yg sesetangah orang melabelnya sebagai ‘ntahapa-apa’,mengarut,dan mungkin ada yang keterlaluan melabelkan filem ini filem sampah.Saya bukan cerdik pandai seni yang berhak mengkritik dan menyampaikan pendapat dan pada masa yang sama menilai filem-filem yang lahir dari tangan-tangan penerbit dan pengarah filem dalam industri ini.Tapi bagi saya,ini pendapat dan ulasan dari peminat seni yang positif dan kritis memikirkan benar atau tidak filem-filem Malaysia layak digelar filem bermesej dan sejauh mana sampainya mesej dalam sesebuah filem.

Lewat filem komedi Zombi Kampung Pisang ini,saya nampak satu idea yang saya tak pasti adakah benar sudah tersemat di minda Mamat untuk mempertontonkan mesej tersebut kepada khalayak penggemar filem Malaysia.Isu ‘mayat hidup’ yang diapungkan Mamat dalam flem ini sudah terang lagi bersuluh ingin dirujuk kepada masyarakat kita sendiri yang mengamalkan ajaran-ajaran songsang dan semakin runtuh akhlaknya.Menyedut sedikit dialog Husin dalam filem itu,”mayat hidup tu macam orang yang amalkan ajaran sesat,politik sesat”-lebih kurang begitulah dialognya,saya pun hampir lupa keseluruhan dialog itu.Apa-apapun,mungkin Mamat sebenarnya banyak mendedahkan apa sebenarnya mayat-mayat hidup dalam komuniti kita yang berbilang kaum dan semestinya berbilang perangai dan amalan hidupnya ini.

Zombi yang dihidupkan dalam cerita ini merupakan gambaran kepada sebilangan masyarakat yang’ tercemar’ akalnya akibat tumpahan ‘sisa-sisa toksik’ yang berbahaya,yang datang dari pihak-pihak yang mementingkan keuntungan diri sendiri dan ingin memecah belahkan keharmonian masyarakat.Golongan zombie ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Pemimpin masyarakat,golongan yang dianggap alim dan dihormati,ahli-ahli pasukan keselamatan,termasuklah juga orang seni yang nampak begitu tidak berilmu.

Kisah polusi dalam komuniti mereka bermula akibat amalan hidup mereka yang boleh dikatakan materialistik’suka makan disuap’ dan makan suap.Maksud saya di sini jelas kerana apabila Pak Munawer (pemilik warung di mana sisa radioaktif tumpah) menawarkan makan’free’ pada hari tersebut.Maka pada hari itu ramailah yang datang ke warungnya (mendampinginya) untuk makan ‘free’.Namun begitu,akibat keghairahan makan ‘free’ itu,mereka tidak sedar yang mereka akhirnya terkena satu padah yang tak tersangka.

Golongan zombie ini diakatakan juga suka memakan otak manusia yang berIQ tinggi.Saya pun kurang pasti tentang ‘taste’ zombie-zombie itu tetapi pada tafsiran saya,memang golongan mayat hidup dalam masyarakat suka mengambil kesempatan atas kelebihan orang lain.Orang-orang yang dimakan otak ini dalam dunia realitinya merupakan orang-orang yang selalu ditindas oleh kekuasaan dan kekayaan.Mungkin saya juga ingin merujuk kepada situasi yag dapat kita lihat pada amasa ini yang mana cerdik pandai kita lah yang selalunya tersesat dan terpedaya.Ambil saja contoh pengikut-pengikut Ayah Pin (jika masih ingat)Bukankah mereka ini golongan cerdik pandai malah ada yang berkelulusan Universiti Al-Azhar.Senang cerita,boleh kiranya saya labelkan Ayah Pin sebagai zombie yang kerjanya memburu manusia-manusia berIQ tinggi ini untuk kepentingannya sendiri..mungkin itu lebih jelas..(hanya pada pandangan 2 dimensi saya )

Zombie-zombie rempit juga ditonjolkan dalam filem ini.Haha..saya kira ini sindiran yang juga jelas tapi tak semua orang terutamanya Mat-Mat rempit di dunia sebenar ini faham.Husin sekali lagi menyindir secara tersurat dengan menyatakan ayat yang maksudnya lebih kurang begini;sudah dasar Mat Rermpit,dah jadi zombie pun masih nak merempit.Macam yang dilihat di sekeliling kita,golongan seperti ini,(sebilangannya) susah benar untuk insaf.Walau dah berapa kali ditahan polis,masuk keluar hospital,masih juga mahu merempit.Sama juga situasinya dengan Mat Pet,Mat Gian dan sebagainya..Hal ini jelas juga ditunjukkan di pengakhiran filem apabila kisah sebenar si penjahat iaitu Sofi Jikan atau Jack didedahkan.Sofi tidak pernah insaf dan puas dengan apa yang telah dilakukannya.Sudah adat manusia agaknya..(sebilangannya)

Filem ini mungkin nampak mengarut secara keseluruhannya.Mana mungkin wujud zombie terutamanya dalam kalangan kita yang berpegang teguh pada ajaran agama.Namun,sesuatu yang saya suka mengenai filem ini ialah bagaimana filem ini mengangkat lelaki-lelaki muda biasa,dari pelbagai negeri(dengar pada loghatnya) -yang tidak ada SPM sebagai hero yang menyelamatkan Kampung Pisang daripada serangan zombie dalam satu malam.Sedangkan golongan yang ada SPM,dihormati dan dianggap berpengetahuan tinggi pula yang mengeruhkan keadaan dan menimbulkan kekecohan..Mereka nampak bodoh-bodoh alang dan kurang amalan agamanya tetapi ada wawasan tersendiri.Lihat saja watak Husin.Tidak ada SPM,katanya dia ada wawasan.

Ironinya,walaupun mempunyai impian tinggi,(bergelar rockers seperti Amy Search)menganggap dirinya berwawasan,dia masih berada di bawah tempurung,tidak mahu menjengah ke luar kampungnya untuk mengejar cita-cita.Mungkin yag boleh dibanggakan ialah rasa cintanya terhadap kampung Pisang,yang menyebabkan dia terus menetap di situ walaupun kerjanya hanya melepak dan memetik gitar sepanjang hari.Mungkin hasratnya tinggi tetapi dikekang rasa takutnya untuk bersifat lebih berani dan terbuka untuk ke dunia luar.Jika ada inisiatif itu,mungkin dia boleh berjaya seperti watak A. Kasman,yang sanggup melupakan kekasih hatinya di kampung semata-mata kerana mementingkan kariernya sebagai penyanyi rock.

Zombie Kg Pisang sebenarnya filem yang terkesan di hati kalau penontonnya mampu menafsir secara kritikal apa yg tersirat dalam filem ini.Kalau malas berfikir pun,sekurang-kurangnya dapatkanlah mesej yg tersurat disebut dalam beberapa baris dialog yang diungkapkan pelakon-pelakonnya..

 
At 2:06 pm, Blogger yanmaneee said...

nike air force
christian louboutin outlet
cheap mlb jerseys
lebron 14
fitflops sale clearance
nike huarache
puma fenty
goyard handbags
yeezy boost
nike air force 1

 
At 5:05 pm, Anonymous Anonymous said...

bape
bape sta
yeezy boost 350
gap yeezy
kyrie 7

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com