Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, May 03, 2007

Rasuah Tertinggi dalam Sejarah Pilihan Raya Malaysia


Saya sudah mula terlibat dalam kempen secara langsung dalam pilihan raya sejak 2004 sungguhpun dari awal 1980an ketika masih belajar sudah mula menghadiri kempen-kempen parti politik dalam meraih undi.

Kempen di PJ Selatan untuk Sivarasa Rasiah dan Padungan untuk Dominique Ng. Akhir sekali di Ijok untuk Tan Sri Khalid Ibrahim.

Di Ijok sahaja, dalam tempoh sembilan hari, aku dapat anggarkan BN dan telah menaburkan RM100 juta untuk memancing undi; dari mentarkan seluruh jalan di Ijok, menghadiahkan 200 mesin jahit kepada penduduk di Ladang Tuan Mee sehinggalah menghadiahkan wang saguhati sekurang-kurangnya RM100 kepada pengundi yang mengundi mereka.

Gambar di atas menunjukkan salah seorang menteri kabinet yang menggunakan kenderaan milik kerajaan dengan escort yang sudah tentu dibayar oleh kerajaan untuk hadir di hari penamaan calon.


Kali ini aku diberi peranan yang penting iaitu mengetuai sebuah Daerah Mengundi yang mempunyai pengundi teramai di seluruh Daerah Mengundi di Ijok iaitu di Bukit Badong yang mempunyai pengundi seramai 1,913.

Sepanjang tempoh kempen, aku kena berhadapan dengan majoriti ahli kabinet yang menggunakan seluruh jentera kerajaan dalam kempen mereka di Bukit Badong (Bukit Badong mendapat undi pemabangkang dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu).

Namun, aku diberi semangat dengan hadirnya Dominique, Presiden, dan beberapa rakan luar yang meminta aku untuk bertahan dan terus dengan kempen-kempen yang aku sudah aturkan. Mereka percaya bahawa aku boleh lakukan.

Dalam tempoh kurang dari sembilan hari, aku teliti senarai pemilih, anjurkan program ceramah, ber maklumat tepat dalam kempen, serang pihak lawan secara berhemah.

Dalam tempoh itu juga, aku secara tiba-tiba dapat simpati penduduk Bukit Badong kerana mereka melihat aku sedang berhadapan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan yang penuh dengan korupsi.

Mengikut keputusan yang diterima bersama segala penipuan, Bukit Badong hanya kalah dengan majoriti 12 undi.

Aku rasa, aku telah menang!

Senarai Pemilih

Dalam senarai pemilih yang diberikan, aku dapat keluarkan seramai lebih kurang 30 pengundi yang berusia 75 tahun ke atas. Dengan bantuan penduduk kampong, aku dapat pastikan yang 10 daripada nama tersebut memang sudah meninggal dunia. Daripada 10 yang meninggal dunia, aku Berjaya dapatkan tiga sijil kematian sebagai dokumen yang membuktikan yang nama-nama tersebut sememangnya sudah meninggal dunia.

Pengundi Hantu

Semasa hari pengundian, aku mendapat tahu bahawa pihak BN telah membuat satu jalan masuk belakang di Tempat Pengundian. Inilah jalan masuk yang diboloskan pengundi-pengundi hantu. Mereka masuk mengundi awal pagi (8 am) supaya perjalanan mereka tidak diketahui.

Kami hanya dapat kenalpasti apabila hanya mereka mahu beredar untuk pulang ke Utara (kemungkinan ke Perlis) pada sebelah petang dan bas tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Gambar di sebelah merupakan pengundi hantu yang keluar daripada bas yang disyaki pengundi hantu dan menyelinap masuk mengikuti pintu belakang Pusat Pembuangan Undi.

Rakan-rakan wartawan (Singapore Straits Times, Asia 247 dan Malaysiakini) hadir untuk mendapatkan maklumat dan aku beri seluruh kerjasama kepada mereka.

Apabila aku arahkan penumpang bas untuk turun, aku dipegang oleh seseorang yang tidak dikenali dari luar bas dan mahu menghentak aku. Rupa-rupanya bas tersebut di’escort’.

Aku bernasib baik polis sudah pun tiba dan mereka tidak mengapa-apakan aku.

Kempen Kotor BN

BN juga menyerang kami dengan permainan kotor dengan menayangkan kain-kain rentang yang menayangkan kononnya Anwar Ibrahim agen Yahudi serta mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Wolfowitz.


Ceramah sewaktu kempen perlu Permit

Salah satu ceramah yang aku anjurkan di perkarangan rumah persendirian diancam polis, ASP Rafik dari Gombak supaya dihentikan kerana aku didakwa tidak mempunyai permit.

Aku persoalkan hak kami untuk berhimpun dan aku juga beritahu bahawa tempoh kempen pilihan raya tidak perlu memohon sebarang permit, Rafik ancam untuk rampas alat pembesar suara kami.

Rafik juga secara samseng berlegar-legar di tapak ceramah (perkarangan rumah persendirian) menghisap rokok. Bila aku persoalkan samada beliau melakukan kesalahan kerana merokok sewaktu bertugas, dia menjawab bahawa dia boleh merokok sewaktu bertugas. Rafik juga memakai pakaian seragam polis dengan lencana ‘Saya Anti-Rasuah’.

Aku patuh untuk program keesokannya di Ladang Bukit Badong dengan memaklumkan kepada pihak polis.

Apabila sampai di tapak ceramah (No 36, Ladang Bukit Badong), kami diberitahu oleh pihak yang bersetuju bahawa mereka mendapat panggilan daripada polis untuk adakan ceramah untuk tidak meneruskan niat untuk adakan ceramah pada malam itu atas tujuan keselamatan.

Berikut ialah salah satu keratan akhbar yang menjelaskan Keadaan rasuah yang berlaku sewwaktu pengundian di Bukit Badong.


Election official witnesses 'vote-buying'
Soon Li Tsin (Malaysiakini)

May 2, 07 -- The polling process may be a highly guarded and secretive act of democracy but a source has revealed that the Ijok by-election was tainted with vote buying and other misdemeanours.

The source who was by official duty stationed in a polling station in Ijok, said that all polling officials, agents and observers were first required to sign a form that protects the secrecy of the process.

“But nobody really follows it anyway,” the source who declined to be named told malaysiakini.

The official then gave an eyewitness testimonial about a woman voter who asked for money from the presiding officer (the Election Commission officer in charge of the polling station).

“I remember her name and she was 27 years old. She was a rather plump Malay woman and she was wearing an aerobic-like suit.

“After voting, she showed a letter to the presiding officer and said ‘Mana duit untuk tambang?’ (Where is the money for the journey)," said the official.
"The presiding official was embarrassed and let the woman walk out of the room,” said the official.

However, the source pointed out that she looked much older than her stated age in her IC.

An election observer managed to take a picture of the woman and her vehicle after receiving a tip off from the official inside.
Asking money from PKR too
Parti Keadilan Rakyat’s international bureau chief Faisal Mustaffa who was in charge of the that particular polling station said the said woman was in their ‘suspect’ list of questionable voters.


Gambar di atas menunjukkan antara pengundi hantu yang turun dari bas PGY 7000 dan mengundi memasuki pintu belakang yang dirobohkan di bahagian belakang Pusat Pengundian di Bukit Badong.


“The list consisted of about 30 names of voters who had incomplete addresses and were not known by the people in the area.

“She was on that list and we had it confirmed that she made an appearance,” he said.

He said he later received an SMS bearing her name and her IC number asking for payment because she claimed voting for PKR.

“[...] asked where to collect fare. She has a claim form with her name and a letter from Umno. She is [her voter number],” the text message read.

Faisal said he was highly suspicious of her intent and did not reply to it.

“I did not reply and I don’t know who she is. She then sent a second SMS asking me not to circulate her first SMS,” he said.

In Saturday’s by-election, PKR candidate Khalid Ibrahim lost to Barisan Nasional’s K Parthiban by a 1,850 vote majority amid allegations of election irregularities and phantom voters.

2 Comments:

At 12:24 am, Anonymous Anonymous said...

Aku kesian tengok perkembangan politik di Semenanjung,....perkara ini sebenarnya taktik kotor BN telah lama digunapakai di negeri Sabah ketika menumbangkan kerajaan rakyat PBS.
Mereka memeberikan kuasa PTI mengundi dimana senarai daftar nama pengundi telah disediakan oleh SPR,...nama penggundi yang telah lama meninggal dunia hidup kembali ketika pilihanraya.Orang kampung di sogok dengan bantuan express seperti zink dan tangki,serta wang RM50-RM300 seorang,...peruntukan2 dari kerajaan Persekutuan telah disekat oleh BN dan Dtk Pairin di samakan pemimpin Yahudi dan Tengku Razaleh di samakan sebagai pemimpin kristian.Propaganda BN dari media masa,TV dan road show adalah alat mereka utk merosakkan minda orang Sabah.Pesta kaamatan di adakan di Tokong Cina Luyang semasa kemuncak perayaan tersebut di adakan pada 30-31/05/1994.BN telah lama memasterkan kerajaan mereka ini yang telah menjadi penipu besar di Malaysia.Bangkitlah anak2 Malaysia,...hapuskan kronisme dan rasuah yang berleluasa. Kepada siapa lagi kita akan sandarkan kuasa untuk mengubah nasib masa depan kita.

 
At 8:43 pm, Blogger jasonbob said...

kd 10
steph curry shoes
off white
pandora bracelet
lebron 15
kyrie irving shoes
golden goose sneakers
bape clothing
outlet golden goose
supreme clothing

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com