Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, May 29, 2007
Kongres keADILan: Mana Zunar?
Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rayat ke-4 berlangsung pada25-27hb Mei lalu. Perancangannya dijalankan bermula dari awal tahun lagi. Tarikh Kongres tersebut juga sudah diketahui ramai melalui notis-notis yang dikeluarkan kepada para perwakilan dan disiarkan sendiri oleh akhbar rasmi Parti Suara Keadilan. Satu dunia mengetahui mengenainya tetapi satu persoalan yang sukar untuk dijawab: di manaka Zunar?
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee merupakan Ketua Pengarang akhbar lidah rasmi Parti Suara Keadilan. Sepanjang acara Kongres yang diadakan di Seremban itu, kelibat Zunar tidak kelihatan. Selain pegawai pemasarannya, Wanti, kakitangan yang lain hadir, sibk membantu dalam pelbagai masalah yang datang sepajang upacara Kongres.
Persoalannya, perlukah seorang Ketua Pengarang hadir dalam Kongres itu? Sebagai seorang yang mengetuai lidah rasmi Parti, sudah tentu hukumnya wajib; melainkan ada alasan-alasan tertentu yang tidak memungkinkan beliau hadir. Sekiranya alasan hendak pulang ke kampung, ianya tidak dapat diterima. Surat tunjuk sebab perlulah diarahkan untuk Ketua Pengarang berikan kepada pihak Parti atas ketidakhadiran itu.
Plagiat Berita
Suara Keadilan mempunyai enam orang kakitangan sepenuh masa (tidak termasuk Ketua Pengarangnya). Penghasilan berita tidak sehebat tabloid-tabloid yang ada di pasaran.
Sunggupun terdapat penulis dan wartawan sepenu masa, Suara Keadilan masih menciplak berita-berita yang terdapat dari laman-laman web. Gambar-gambar yang disiarkan juga kelihatan seperti diambil dari sumber-sumber lain; dan ianya tidak dikreditkan. Apatah lagi panggilan telefon meminta kebenaran menyiarkan gambar-gambar tersebut.
Selepas lebih setahun Suara Keadilan berada di pasaran, kualitinya tidak diperlihatkan mengandungi sebarang peningkatan; dari segi isi kandungannya mahupun percetakannya. Tiada siapa yang seharusnya dipersalakan kecuali Ketua Pegarangnya. Beliaulah yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kandungan isi dalam sesebuah penerbitan.
Siapa yang mejadi mangsa plagiat? Banyak pihak mengeluh bahawa berita-berita mereka yang disiarkan dicplak Suara Keadilan. Blogger, laman Kelab Anwar Ibrahim, Harakahdaily dan lain-lain mengeluh dengan sikap Pengarang Suara Keadilan yang tidak beretika itu.
Perangai (mencuri) ini juga pernah diutarakan oleh blogger bebas (termasuk yang ini) kepada pihak atasan, tetapi tindakan masih tidak diambil terhadap Ketua Pegarangnya. Malah, alasan mereka ialah ketidakcukupan kakitangan yang membuat liputan.
Permit Penerbitan
Selepas setahun Suara Keadia menggunakan lesen penerbitan daripada akhbar Suara PRM, permit tersebut tidak disambungkan oleh pihak pengeluar permit.
Apakah tindakan yang dibuat berkaitan dengan permit ini? Semuanya diserahkan kepada Parti. Di manakah Ketua Pengarangnya ketika ‘sit-in protest’ dibuat ole Ketua Penerangan di Putrajaya? Beliau berada di peabat empuknya di Brickfields. Bukankah perancangan-perancangan dalam memberi tindakan terhadap pihak penguasa haruslah dketuai oleh sidang penerbitan itu sendiri? Tidakkah mereka ketahui bahawa periuk nas mereka adalah hasil daripada penjualan Suara Keadilan?
Pengalaman di Ijok
Kempen pilihan raya DUN Ijok yang disertai oleh KeADILan banyak berlaku kes-kes yang memerlukan perhatian umum. Parti juga memperuntukkan sebuah pejabat khusus untuk para media agar berita-berita ini dihebahan. Zunar tidak juga kelihatan.
Melukis Kartun
Adalah dicadangkan agar Zunar pulang kepada kerjaya awalnya, sebagai pelukis kartun. Ituah sebaik-baik tugas beliau , bukannya seorang pengarang akhbar tabloid sebuah Parti yang bercita-cita tinggi untuk satu hari nanti menjadi sebua parti pemerintah.
Hasil penjualan buku koleksi kartun-kartun beliau nampaknya laris sewaktu K ongres berlangsung.
15 Comments:
Saudara pengarang,
Saya amat berharap saudara mengesahkan fakta sebelum memberi sebarang komen.
Adakah saudara tahu waktu kongres zunar masuk hospital dari 25 Mei - 27 Mei?
Sekian, saja
Yes, thanks you Anonymous, for the check and balance.
En. Faisal, saudara sebagai BEKAS journalist di pejabat suami saya, seharusnya lebih tegar dan tahu tentang prinsip TRUE JOURNALISM yang mengkehendaki anda mengesahkan berita ini sebelum menyiarkan.
and you even get the name of the pegawai pemasaran wrong.
Paling-paling tidak, please have the guts to personally check with either me, the wife, or my husband of my husband whereabouts. Whether dia sihat ka, sakit ka, or maybe ada kematian di kampung di Kedah ka.
On Ijok's case, he was there, a couple of times, INCLUDING the whole day pada hari pengundian. Maybe in your own personal bitterness, hatred and vendetta towards my husband, all these have clouded your view.
somehow, you've sounded very much unprofessional like Mr.Petra sendiri. and you know how bad Suara Keadilan was like before my husband took helm.
atau mungkin beliau sahabat baik anda sekarang???
I am VERY surprised to stumble across this kind of article, coming from an ex-colleague of my husband. VERY highly UNprofessional. mungkin sebab itu jadi EX-colleague?
I never masuk campur dalam hal kerja my husband. but i have ears, i have eyes. My husband may have not read this article; or he may have but not bothered to comment, just because that's what he is: dia tak suka cari gaduh and cucuk2 orang just like the kind of person you are, dan tak guna nak layan benda-benda macam ni because he knows what he's doing.
dan sudah pastikah kalau tuan sendiri berada in his shoes, you can be sure that Suara Keadilan boleh mencapai lebih kegemilangan than this? or have you personally tried to understand the different mechanisms that run behind, say, Harakah, Siasah, Suara Keadilan and Malaysiakini?
Allahu a'lam.
hidup buruh, hidup revolusi, hidup faisal@acai... hehe
black and white
oh my god! This has become a domestic affair thingey!! wifey come to the rescue...mr cartoonist, where are you?? But i envy you..well hiding behind yr wife's skirt...isnt that something??
after petra, i have not been reading this Seruan Keadilan. i do not want to insult my intelligence..i think it has become Gila-Gila magazine...well, what do you expect from a cartoonist???
i suggest this cartoonist to be in the malaysia book of record..the one and only cartoonist to be a political editor in a newspaper!Malaysia Boleh beb!
Why the Suara keadilan's sales is dropping?
Is it true that Zunar was there in Ijok during the by election?
Why did Zunar refuse to share SK pictures with others? While he is taking other's picture without any permission?
Sorry to say, Zunar is not good in writing at all.
Is there any annual report from SK during the congress?
I heard that there is a new comer in the SK, someone who is connected to the editor. And the newcomer has no exp. in writing political news. And the new comer is earning more than a senior SK journalist.
To Mrs. Zunar, dont be stupid.. if ure really a good wife, u must know ur husband is dumb enough to keep his job.
Mrz Zunar, ur talking about TRUE JOURNALISM while ur husband wants all his journalist to be at the office most of the time. How can journalist stay at the office? How can they get the news? Cut and paste from other sites? Funny!
Dont give a stupid excuse that ur lovely husband was being hospitalize during the party congress. In fact, i know that he has planned not to go to the congress even dayss before he was being hospitalized. He sent off his reporters to be his machai..
U think ur husband has done an improvement to the SK? Wahahahha... it is getting worst. Go and check with ur own eyes la... brainless..
I dont want to continue any further. If u keep defending ur husband's misdoing, I can open more that what faisal did. This coming package will incude additional personal attack to ur husband too. So, dont try... it will be very painful for loving couples.
Just tell ur husband to draw cartoons instead of being an editor coz it shows his dumbness... dumb dumb dumb...
If a reporter from any professional media enters suara keadilan, he/she will be laughing like a monkey looking at ur husband's modus operandi. Im not making any joke mrs zunar, trust me.. ur husband is as same as the cartoons that he draw.
tenkiu... sorry if my writing was a cincai one. I wrote this 6.30 in the morning and im still awake... going to bed now.. thanks.. babai.. take care mrs zunar.. all the best, and send my regards to ur lovely dovey husband. Why dont u write a blog telling people how much u love him... uuhuhuhuh
This comment has been removed by the author.
salam,
tinadakan saudara yang paste email kawan tanpa kebenaran, amatlah tidak baik.
Don't you owe Zunar an apology?
brader suka hati lu la, gua no hal.. gua dah info bro zunar kalau ada apa-apa artikel dari blog gua yang boleh dimuatkan maka muatkanlah..
gua support keadilan, lu nak berlagak ke apa ke suka hati lu la..
pada gua, keadilan parti yang takde duit.. lu patutnya bagi banyak isi atau info untuk suara keadilan bukan pegi kasi hantam sama zunar. lu sape nak kutuk zunar... lu ingat lu terer, kasi menang dulu kelana jaya.. kecoh la lu mat..
gempak je lebih!
Saudara,
Tolong jangan babitkan pihak lain dalam hal ini. Kasihanilah mereka.Mereka tidak terlibat dalam pemasalahan ini.Ini antara you and Zunar. Jangan kaitkan mereka yang tidak bersalah seolah-seolah merekalah yang menyuruh saudara membuat kecoh. Selesaikan masalah ini dengan baik. Tak baik kita laga-lagakan orang.
Somebody asked me that I sould pay an apology to Zunar. Yes, I am sorry that he had to admit to hospital.
On the other hand, Zunar (or probably Mrs Zunar) should also apology to all his ex-colleagues that he has mistreated.
Kepada saudara yang membenarkan blognya (laman blog tersebut tidak dinyatakan) untuk dimuatkan dalam Suara Keadilan, itulah sebaik-baiknya.
Apa yang saya ketengahkan ialah sifat plagiat yang dipraktiskan oleh Zunar terhadap laman-laman lain tanpa meminta izin.
Saya rasa pihak media lain yang menyokong KeADILan juga tidak keberatan untuk membenarkan berita-berita atau tulisan mereka dimuatkan.
Sbg contoh, artikel Uthayakumar dimuatkan oleh Suara Keadilan dalam isu Kg Medan tidak berapa lama dulu.
Uthayakumar menelefon saya menyatakan rasa kekecewaan beliau kerana artikel tersebut diterjemahkan dan tidak dimaklumkan.
kita orang2 pas dan pkr kena menjawab tohmahan dlm artikel agenda asing part 1 & 2 di http://paneh.blogspot.com. mereka dah melampau.
Sheik faizal,
Pengarang yang baik tidak mudah cepat melatah...sahihkan fakta sebelum menghuraikan sebarang komen.
Salam,
pengiran dr sarawak
Mrs Zunar,
Semoga Allah memberi kesejahteraan serta kesihatan yang baik kepada suami puan Mr Zunar. Consistent dengan perjuangan... jangan seperti dua beruk dari Perak..yang tak berMoral... sedekah SEX.
Salam dr pengiran
1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.
2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.
3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.
4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.
5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.
6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.
7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.
8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.
9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.
10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.
Post a Comment
<< Home