Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, May 27, 2007

Kongres ala Akademi Fantasia





Dalam keredaaan siri realiti TV sensasi, Akademi Fantasia selama 10 minggu yang penuh dengan tangisan akibat daripada penyisihan idola masing-masing, Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat pun mengikuti drama-drama sedih.


Kongres ke 4 yang mana kali ini diadakan di Seremban diisi dengan sikap emosi para perwakilan yang hadir dari seluruh neagara.

Pertama, apabila Penasihat Parti, Datuk Seri Awar Ibrahim diberikan peluang untuk memberitahu statusnya sekiranya memegang jawatan Presiden.


"Saya tidak mahu beliau bertanding dan sekaligus melanggar peraturan parti dan Pendaftar Pertubuhan kerana kesannya kepada parti," kata Anwar ketika disoal wartawan.

Sebelum itu, Anwar meminta perwakilan memilih penyandang jawatan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden parti. Dalam ucapannya Anwar berkata, ROS mengancam membatalkan PKR jika Anwar menjadi presiden parti. (Malaysiakini, 26 Mei)

Ketika berada dalam dewan kongres, risalah-risalah diedarkan kononnya demonstrasi akan diadakan secara besar-besaran di pejabat Pendaftar (ROS) dalam memberi tekanan agar Anwar diluluskan sebagai Presiden Parti, sekiranya dipilih.

Sebelum itu, di luar dewan beberapa aktivis memberi ucapan supaya Anwar dipilih sebagai Presiden.

Anwar tidak dibenarkan aktif dalam politik selama lima tahun sehingga April tahun depan selepas disabitkan dengan hukuman salahguna kuasa sebelum ini.

Dalam liputan berita Malaysiakini, 26 Mei, ia dimaklumkan bahawa Anwar mendakwa ROS merupakan pegawai suruhan Umno yang langsung tidak menghormati hak orang.

“ROS menjadi pekakas politik pemerintah yang jijik sehingga sanggup menghantar jawapan kepada permohonan pengecualian yang saya pohon pada jam 4.30 petang,” katanya.

Katanya, pada waktu pejabat sudah ditutup dan sukar untuknya mengambil sebarang tindakan, sedangkan hari ini adalah hari cuti umum.

Reaksi daripada para perwakilan memberi lebih emosi apabila beberapa perwakilan merebut microphone supaya Anwar persetan dengan surat yang dikeluarkan oleh ROS itu.

Anwar menjawab:
“Kalau saudara pilih saya untuk terus memimpin, Insya-Allah saya akan pimpin, tetapi kita kena ikut peraturan dan undang-undang. Maka (bagi jawatan) presiden, kita kena beri laluan kepada (Wan) Azizah.

"Sepertimana kawan-kawan sebut, (ia) tidak lari banyak dari cara sekarang...sejak saya keluar dari penjara, itu yang kita lakukan, iaitu (Wan) Azizah presiden, saya pimpin...,” katanya.

Kedua, apabila pencabar jawatan Presiden, Abdul Rahman Othman mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding.

Itu juga memberi emosi kepada penyokong-penyokong Abdul Rahman yang juga Ketua Bahagian Muar.

Pengerusi Tetap Kongres, Ismail Yusop membuat pengumuman itu selepas menerima nota daripada Abdul Rahman, selepas Anwar berucap menjawab reaksi para perwakilan mengenai statusnya.

Dalam nota ringkas itu, Abdul Rahman berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendengar penjelasan Anwar mengenai perkara itu.

Abdul Rahman kemudian kelihatan memeluk Anwar, serta pemimpin KeADILan lain yang berada di atas pentas, termasuk Naib Presiden, Azmin Ali dan Bendahari Agung, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Suasana 'sedih' itu disaksikan oleh seramai 1009 perwakilan yang berada di dalam dewan disamping ratusan pemerhati yang berada di tingat atas.

Ketiganya, apabila perwakilan Wanita, Dr Daroyah Alwi berasa sedih apabila tututan 30 peratus wanita dalam memegang pucuk pimpinan tidak diterima perwakilan. Beliau, ketika berucap tidak dapat menahan sebak dan terpaksa berhenti beberapa ketika.

Di dalam hati ini, hati aku juga menangis apabila para majoriti perwakilan tidak mempunyai sfat kesaksamaan gender dan diskriminasi kaum.

Hati aku juga menangis kerana perjalanan Kongres Angkatan Muda berterabur.

1 Comments:

At 12:11 pm, Anonymous Anonymous said...

Sebuah puisi dalam bentuk naratif dalam proses. Puisi mengenai kongres, masa depan parti dan sbgnya. dimana proses kreatifnya berpandukan realiti, fakta, semangat dan prinsip parti...bukan emosi. Pemuda BATU

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com