Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, June 21, 2007
Jalan-jalan di Kota Singa
Tanggal 8hb Jun lalu, aku melancong ke Singapura. Keputusan untuk ke Singapura tidak ada dalam perancangan awal. Keputusan tersebut agak drastik.
Di belakang aku ialah Espalanade yang pada ketika itu sedang mengadakan Festival Seni 2007
Pertamanya, aku memerlukan masa rehat selepas bekerja hampr 20 jam setiap hari melayan kerja. Tekanan kerja yang tidak dapat digambarkan dalam bentuk penulisan ini begitu membuak-buak untuk aku memilih satu destinasi untuk melapangkan otak.
Keduanya, aku dijemput untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik 2007, sebuah majlis penyampaian anugerah muzik yang dihadiri oleh artis-artis Malaysia, Indonesia dan sudah tentu Singapura.
Sebelum aku bertolak ke Singapura, sempat aku berjumpa kurator aku, Hishamuddin Rais di kedai makannya, Bau-bau Cafe di Central Market. Aku bersama empat jurugambar bebas akan mengadakan satu pameran foto yang dipanggil 5 Yang OMBAK. Pihak pengurusan Central Market bersetuju untuk memberi tarikh 23-31 Ogos akan datang untuk pameran aku itu. Pameran itu juga akan diletakkan dalam diari sebagai salah satu aktiviti dalam Bulan Kemerdekaan. Empat daripada lima jurufoto serta wakil pihak pengurusan Central Market yang akan melibatkan diri dalam 5 Yang OMBAK hadir. Antara lain, kami membincangkan konsep pengisian yang kita akan selitkan sepanjang pameran tersebut nanti.
Ketiganya, ialah tawaran kerja daripada pelbagai pihak juga memeningkan kepala ini. Ada tuduhan-tuduhan melampau daripada pembaca blog ini mengatakan aku seolah-olah desperate untuk mencari publisiti dan 'sudah tidak laku' dalam kerjaya aku. Tapi, alhamdulillah, banyak tawaran kerja dan membentang kertas kerja di luar negara aku terima sebelum berakhirnya 2007. Allah sahaja yang ketahui.
Tidak ada foto yang aku ambil sepanjang perjalanan ke Singapura melalui lebuhraya kerana masa perjalanan aku habiskan dengan membaca buku kontroversi May 13 dan tidur.
Sedar-sedar aku sudah masuk ke simpang Linkedua yang terus mengarah ke Singapura tanpa perlu melalui Johor Bahru yang sudah tentunya sesak.
Keesokan harinya selepas Anugerah Planet Muzik, aku dibawa oleh pemandu pelancong ke beberapa tempat tumpuan pelancong sambil menerangkan sejarah dan pembangunan 'lestari' Singapura.
Pemandangan dari depan hotel termahal di Singapura, Fullerton Hotel
Raffles Hotel, Fullerton Hotel dan Ritz-Carlton ialah tiga hotel termahal di Singapura. Raffles Hotel lah tempat penginapan Michael Jackson setiap kali berkunjung di Singapura.
Akhirnya kami dibawa ke Mustafa Street yang tidak jauh dari tempat penginapan aku di Beach Road.
Mustafa Centre ialah pusat membeli belah lima tingkat yang buka 24 jam
setiap hari.
Keesokan harinya juga aku ke tempat yang sama (Mustafa Street) kerana agak sukar mendapatkan tempat makan halal. Mustafa Street mempunyai Mustafa Restaurant, Mustafa Foreign Exchange, Mustafa Travel & Tours dan pelbagai. Persoalannya ialah siapakah Mustafa ini? Adakah dia ada kena mengena dengan tycoon Malaysia?
Tempat lain yang kita berhenti sebelum membeli-belah di Orchard Road ialah di Espalanade serta maskot SIngapura.....Merlion.
PS: Kenapa susah nak cari cd Taufik Batisah, Hadi Mizwar di Singapura?....
2 Comments:
Terdapat byk kesilapan dari segi nama tempat dan nama penyanyi yang telah anda sebutkan.
Espalanade sebenarnya dieja "Esplanade". Dan Hady Mizwar sebenarnya "Hady Mirza". Tak susah utk mendapatkan album2 mereka kerana kebanyakan gedung muzik di Orchard Road ada menjualnya.
Dan Mustafa Centre bukanlah terletak di Mustafa Street. Tiada Mustafa Street pun di Singapura. Nama jalan yang sebenar ialah Syed Alwi Road.
Di Singapura dah banyak tempat makanan yang dijamin halal. Kenapa awak tak tanya orang-orang Melayu yang awak berjumpa di Kota Singa tempohari? Rasa2nya mereka tak akan segan silu utk menolong awak.
akum bro..wah bro,anta asyik berjaln2 je ye?...hahhhahaha...bukan main ko aku tengok berposing...hahahahhaha
Post a Comment
<< Home