Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, June 22, 2007
Filem DIVA: Ibu Adalah Segala-galanya
Pada tanggal 19hb Jun lalu, aku dijemput untuk menghadiri tayangan promosi DIVA di GSC Mid Valley. Tayangan tersebut khusus untuk wartawan dan bloggers.
Pada aku, DIVA banyak dipengaruhi dengan ciri hindustan. Aku tidak hairan apabila melihat filem ini diarahkan oleh Sharad Sharan. Sharan juga merupakan penulis dan penerbit DIVA. Seluruh krewnya datang dari India seperti Mithoon Sharma Naresh (Pengarah Muzik), Vikram Sood (Penulis, Caesar Gonsalves (Pengarah Lagu/Koreografer), Renu Sharan (Produser/Pengarah Produksi/Penulis) Sahay Rupa Dilip (Pencipta Pakaian), Manas Choudhury (Juru Audio/Jurutera Bunyi), Chirantan Das (Pengarah Fotografi/Sinematografi), Sayed Salim Abdulla (Make-up Artist), Biwajit Roy (Pengarah Seni), Sharmila Sankar (Penerbit Eksekutif/India), Sushil Kumar Shrikant (Ketua Pembantu Pengarah) dan Suresh Pai (Penyunting Filem).
Sinopsis DIVA
DIVA mengisahkan mengenai seorang Diva yang menempah nama di luar negara,
Kartika yang pulang ke tanahair atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Dalam mencapai impiannya sebagai penyanyi, Kartika melarikan diri meninggalkan ibubapanya dan teman yang paling rapat, Arman.
Pihak media cuba menyungkil hasrat Kartika untuk pulang namun, Kartika berjaya menyembunyikannya sehingga timbullah spekulasi bahawa Kartika sudah tidak laku di negara luar.
Pihak pengurusan Kartika menganjurkan konsert yang besar-besaran buta pemintnya di Malaysia dan persembahan dan sambutan pemint terhadap konsert tersebut di amat luar biasa.
Restu Ibu
Selepas selesai konsertnya, Kartika pulang ke kampung tetapi ibunya (lakonan mantap Fauziah Nawi, kanan) tidak menerimanya.
Ibunya memberi peluang terakhir sekiranya Kartika ingin pulang ke pangkuannya; berkahwin dengan Arman, tetapi Kartika tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.
Arman (lakonan Jeremy Thomas, atas) yang sempat bertemu Kartika di kampung memberi cadangan supaya Kartika menyambung usaha bapa Kartika untuk melatih anak-anak muda dalam memperjuangkan seni tradisional. Bapa Kartika mempunyai sebuah sekolah nyanyian Iskandar yang beroperasi secara kecil-kecilan.
Kartika bersetuju dengan harapan cara itu dapat menwan kembali ibunya.
Jiwa
Kemudian, lahirlah sebuah kumpulan yang digelar Jiwa, yang terdiri daripada:
1. Jay (lakonan Awal Ashari) - Jay ialah salah seorang pelajar di sekolah nyanyian Iskandar di kampung kelahiran Kartika. Beliau adalah produk didikan Arman. Bagi aku lakonan Awal kaku. Aku juga rasa Awal tidak dapat menyanyikan lagu yang mempunyai nada tinggi. Aku harap andaian aku meleset kerana lagu-lagu dalam sountrack Diva yang dinyanyikan oleh Awal tidak mempunyai naad tinggi.
2. Idit (lakonan Adam) - Adam pernah berlakon dalam filem Razak Mohideen seperti Cinta Fotokopi dan Main-main Cinta. Bagi aku, Adam sudah ada paltform dan label yang tersendiri. Babak sedih tidak dapat dihayati oleh Adam sepenuhnya.
3. Mera (lakonan Jessica Iskandar) - Mera berhijrah ke Malaysia dari Bandung untuk mengejar impian menjadi penyanyi, Kartika berjumpanya ketika Mera menjadi pembantu jualan pisang goreng sambil menyanyi. Diva bukanlah flem pertama Jessica. Beliau pernah muncul di filem Dealova dan drama bersiri Cewk-cewek Bandung. Jessica mempunyai raut yang cukup manis. Ketika aku berjumpanya di peancaran soundtrack di Planet Hollywood, dia nampak konfiden.
4. Eja (lakonan Balkisy) - Palakon kelahiran Lahad Datu ini pernah muncul dalam filem Cinta Fotokopi, Tak Ori Tapi OK dan Dukun (belum ditayangkan). Diva ialah filem yang mendukung watak utama. Lakonan Balkisy tidak original. Peranan gedik juga buat aku menyampah.
Kelakar
DIVA cuba menyelitkan babak lucu dalam filem ini. Ia dipertanggungjawabkan kepada AC Mizal yang memegang watak Rudy. Rudy bertindak sebagai pengurus media dan juga bertanggungjawab kepada JIWA.
Tetapi, bagi aku babak lucu yang sama terus membosankan.
Leukimia dan Kasih Ibu
Rakan-rakan baik Kartika mula mengetahui perubahan dalam Kartika apabila sering jatuh pengsan. Rupa-rupanya Kartika mengidap leukimia di tahak ketiga.
Jiwa yang pada mulanya merancang untuk meninggalkan Kartika akhirnya kembali.
Pada saat-saat akhir nafas Kartika, beliau tidak mahu ke hsopital bahkan minta dihantar ke kampung untuk menyedut udara nyaman di kampung.
Ibu akhirnya memaafkan Kartika dan pada saati tulah, Kartika menghembuskan nafasnya.
Turut hadir dalam tayangan tersebut ialah bekas-bekas exco Angkatan Muda; Zaerah Hanim, dan Sharifah Shahidah (foto oleh Syafiq Sunny)
1 Comments:
cerita hindustan berbahasa melayu, paling ketara pemilihan pakaian, cara menyanyi/lirik lagu, dan paling teruk naik motor besar tak pakai helmet.
filem ni terus meluluhkan industri yang dah suram
Post a Comment
<< Home