Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, July 01, 2007
Pulau Kapas: Cukup Rehat
Tanggal 22 Jun yang lalu, aku diajak untuk mengikuti percutian setiausaha-setiausaha kerja (SUK) Parti Keadilan Rakyat ke Pulau Kapas, Terengganu. Ex-boss aku pun beriya-iya suruh aku ikut mereka ni sebab lepas penat siapkan kerja Kongres bulan Mei lalu.
Kebetulan pula, rakan aku Sarah dari Switzerland (kanan) datang untuk melawat kami sekeluarga di Malaysia. Dia nak sangat kecuuti-cuti di pulau. Malangnya, dia sudah pun berada di Pulau Kapas satu masa dahulu.
Misi aku di Pulau Kapas bukanlah sangat untuk melepaskan tension atau memenuhi hasrat ex-boss aku tetapi aku memang nak cuba tengok terumbu karang dan ikan-ikan di Pulau Kapas dan bandingkan dengan pulau-pulau lain yang pernah aku lawati. Sebelum ini aku pernah merasai terumbu karang di Pulau Besar (Mersing), Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Redang. Aku juga pernah cuba skuba di Pulau Langkawi.
Kalau berpeluang, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, aku bercita-cita untuk ke Mindanao untuk melawat terumbu-terumbu karang di sana. Kawan-kawan aku dari MNLF menunggu-nunggu aku bilakah agaknya aku dapat melawat mereka di sana.
Kami menginap di Kapas Island Resort. Resort ini tidak mempunyai banyak aktiviti s
eperti di resort-resort lain. Hanya island hopping, bola tampar pantai, karaoke, kayak dan bilik seminar.
Persekitarannya tidak berapa dijaga. Longgokan sampah dijumpai bersebelahan chalet penginapan. Biliknya pula tidak berapa selamat kerana wayar punca tenaga yang hidup bertaburan di dinding. Sliding door bilik aku pula rosak.
Nyamuk banyak. Ya, mereka ada sediakan alat menghalau nyamuk tetapi tidak pula disediakan dengan ubatnya.
Makanannya tidak seistimewa tempatnya.
Stafnya pula aku dapat tangkap kerana skodeng di salah satu bilik kami.
Tapi itu bukanlah motif aku berada di pulau. Aku Cuma berada di bilik untuk mandi, menukar pakaiajn dan tidur.Motif yang lebih penting ialah untuk menghabiskan bacaan yang aku bawa (I am Muslim oleh Dina Zaman dan Where to Malaysia? Oleh Kim Quek). Berjam-jam aku berada di bawah pokok, atas pasir putih dan tepi pantai membaca.
Hari pertama
Aku banyak rehat kerana mungkin sehari sebelum berlepas ke Terengganu, aku menghabiskan kerja-kerja penting. Program-program penting boss baru aku, gerakan-gerakan kesatuan dan kertas-kertas penyelidikan aku perlu dihantar untuk diluluskan. Juga, panel-panel yang perlu mendapat kepastian mengenai kempen BERSIH tak lama lagi.
Pada waktu malam, kita habiskan masa berbual dan lewat malam, kita bermain daun terup. Buddi banyak bercerita tentang dirinya.
Aku diapit oleh Buddi (kanan) dan Razry (kiri) selepas penat snorkeling di salah satu pulau kecil berdekatan dengan Pulau Kapas
Hari Kedua
Selepas bersarapan, kita bersiap untuk snorkeling ke salah satu pulau terdekat. Ramai pengunjung-pengunjung yang tinggal di resort yang sama sudah pun berada di pulau tersebut.
Benda hidup ni Razry bawa selepas dia menyelam. Dia tanya aku, aku tak tahu nak jawab. Berlendir seperti gamat.
Aku suruh Razry letak balik kat mana dia jumpa.
Program island hopping semalam ditangguhkan pada tengahari pada hari kedua kami berada di Pulau Kapas kerana semalam cuaca hujan. Island hopping tengahari itu juga terpaksa ditagguhkan kerana laut bergelora. Moon dan Nurul pun dah mula kelihatan mabuk kerana bot terhoyong-hayang.
Pada petang hari, kita cuma bermain bola tampar pantai.
Pada malam hari, kita diberi makan malam istimewawa dengan bbq sotong, ayam dan ikan panggang.
Kenyang juga aku malam itu dengan jamuan tersebut. Selepas itu, masing-masing menunjukkan bakat dalam bilik karaoke.
Hari Akhir
Kami bangun awal dan bersiap untuk island hopping. Atas permintaan kami,
bot berhenti di tengah laut untuk membenarkan kami snorkeling sekali lagi. Kali ini, aku lebih puas dari semalam kerana ada beberapa gua yang aku jumpa. Cuma ikan-ikan exotic tidak berapa banyak yang berjaya ditemui.
Gambar di kanan ialah aku dengan Azra sebelum terjun ke laut. Tengah ialah Buddi.
Kami bertolak balik ke Marang pada jam 2 petang.
Sarah dan aku berjaya untuk mendapat tiket jam 6:30 petang yang mana lainnya terpaksa bertolak lewat malam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home