Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, July 07, 2007
Baru Kita Tahu Polis Kita 30 Tahun ke Belakang
Pemandangan Kota Dresden
Selepas diberi peluang untuk melihat badan-badan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dalam Negara luar, sebenarnya cara pembawaan polis di Negara ini 30 tahun ke belakang; ia termasuk elemen hak asasi manusia yang diberi kepentingan dalam profesionalisme dalam bada polis Jerman.
Pada 12 Mac 2007 yang lalu, saya diberi peluang untuk melawat Dresden, sebuah Bandar yang terletak kira-kira 5 jam dari lapangan terbang Cologne, Jerman dan 30 minit dari Bandar yang penuh dengan kesenian, Weimar. Dahulunya, Dresden berada dalam Jerman Timur, sebuah Negara sosialis yang sukar untuk dilawati. Kini ia dibuka sebagai salah satu pusat pelancongan menarik.
Makan malam mewah bersaama peserta-peserta lain; (dari kiri) Maged dari Arab Saudi dan Abigail dari Ghana
Dresden terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah yang penuh dengan warisan dan romantika. Baca blog: http://faisalmustaffa.blogspot.com/2007_03_01_archive.html#/.
Selepas bersarapan dengan penuh mewah di Steignberger Hotel, saya dan 24 peserta seminar Hak Awan dan Asasi Manusia bersama dua tenaga pengajar, seorang staf residen dan tiga orang jurubahasa melawat Suruhanjaya Persekutuan untuk Dokumen Perkhidmatan Keselamatan Negara GDR di Riesaer Strasse 7, 01129 Dresden.
GDR (Germans Democratic Reforms) ialah satu jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Republik Jerman sebelum Perang Dunia Kedua sekitar 40an. GDR mengawal pergerakan rakyat yang cuba mengkritik atau membakar semangat yang lain bagi membenci Nazi pada waktu itu.
Surat-surat yang dirampas GDR sejak 1940an disimpan dengan baik oleh pesuruhjaya menunggu pemiliknya datang
Seperti di Malaysia yang lebih dikenali dengan anggota Cawangan Khas (SB), mereka berpakaian preman dan menyorokkan harta milik persendirian yang mungkin menjadi alat yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu itu.
GDR akan memasuki rumah mereka dalam pada tiada orang di rumah. Mereka menggeledah, mengambil barang-barang tersebut dan disimpan sebagai bahan bukti.
Motif suruhanjaya itu ialah kini mengambil semua barang-barang simpanan GDR dan berhasrat untuk menyimpan serta member perkhidmatan untuk memulangkan barang-barang tersebut kepada empunya.
Polis Belajar Hak Asasi
imur Jerman). Perjalanan memakan masa selama satu setengah jam menaiki bas.
Tidak ada apa-apa yang menarik di tempat ini kecuali akademi polisnya. Kami disambut oleh Pengetuanya sen
diri; Klemens HSchrenk.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home