Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, July 20, 2007

Wellcome Back Nathaniel Tan!


Nathaniel Tan bebas daripada tahanan polis pada 17 Julai selepas tempoh tahanan remannya selama empat hari tamat. Walaubagaimana pun, komputer riba dan komputer peribadinya (PC) masih berada 'dalam tahanan' polis.

Nat ditahan pada 13 Julai oleh pegawai-pegawai polis dari Cawangan Jenayah Dagangan berpunca daripada beberapa posting yang terdapat dalam laman webnya berkaitan dengan tindakan rasuah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Johari Baharum. Beliau ditahan untuk disoalsiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki rahsia rasmi.

Pada 19 Julai, Nat hadir dalam sidang media mingguan yang dibuat oleh KeADILan menceritakan pengalamannya ketika berada dalam tahanan.

Menurutnya, beliau mempunyai kesukaran menerangkan dakwaan terhadapnya ekrana pegawai-pegawai dari Jenayah Siber sendiri tidak dapat membezakan posting dan commentaries. Gambar kiri ketika Nat mengadakan sidang medianya. Sebelah kiri ialah bapanya manakala kanan ialah adiknya, Cheryl.

"Kalau perkara asas begini pun saya terpaksa menerangkan kepada mereka, bagaimana kita boleh mengharapkan Jabatan Jenayah Siber ini dapat melindungi akaun-akaun kita yang dilakukan secara online?" diikuti dengan gelak ketawa para wartawan.

Selepas sidang media bapa Nat belanja kami makan tengahari di Restoran Puteri. Gambar kiri ketika aku dan Nat sedang makan tengahari. (Gambar kanan) Di sebelah kiri sekali ialah peguam 'tersohor', Yusmadi Yusof.

Kami tidak membincangkan topik-topik berat dalam hal politik. Hanya menerangkan apakah acara-acara terdekat yang mendatang.


No To Police State in Blogosphere

Pada sebelah petang, kami berada di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL dalam satu forum anjuran DAP. Forum itu dibuat atas tanda solidaritas terhadap penahanan Nat. Ahli-ahli panel yang lain ialah Tony Pua, Harris Ibrahim, Jeff Ooi, Lim Guan Eng dan Nurul Izzah. Li-Tsin bertindak sebagai pengerusi majlis.

Pada malam itu, Jeff Ooi panggil aku putera lilin. Izzah pula tuntut cream caramel. Harap-harap dia tak mengidam.


Program BERSIH

Pada 20 Julai, saya akan berada dalam satu majlis Konvensyen Rakyat BERSIH bertemakan "Bersihkan Pilihanraya - Kembalikan Hak Rakyat." Ia akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Majlis akan bermula pada jam 8.30 malam akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dari parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Hj Yusof (Penolong Pendaftar SPR juga Timbalan Ketua Bahagian KeADILan Kelana Jaya) akan membuka kaunter pendaftaran pengundi manakala Nik Nazmi bersama Safawati akan membantu dalam mengendalikan semakan pengundian secara pintar melalui perisian SISMEP12 KeADILan.

"Blogs: Friends or Foe?"

Pada 22 Julai pula, Nat akan menjadi tetamu undangan dalam satu majlis forum yang aku anjurkan bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC) di Shah Village, Petaling Jaya. Sebagai moderator bagi majlis tersebut, aku rasa bangga kerana Sultanmuzaffar, Soon Li-Tsin dan Jeremiah Foo sudi untuk hadir. Program ini akan bermula pada jam 2.30pm dan terbuka kepada sesiapa sahaja. FNS juga sudi untuk menyumbang untuk jamuan. So, what are you waiting for?

AIC juga bersetuju untuk memberikan satu slot untuk Nat memberi pandangan beliau dalam forum tersebut yang bertajuk "Blogs: Friends or Foe?".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com