Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, July 19, 2007
Kedah: Syed Razak, 2010 dan Lunas
Pada malam 8hb Julai, aku menaiki bas ke Alor Setar, Kedah. Lawatan aku ke Negeri Darul Aman itu sememangnya sudah dirancang terlebih dahulu atas satu misi yang tidak dapat aku nyatakan dalam penulisan ini. Sememangnya, aku sudah aturkan beberapa pertemuan. Sebelum mana-mana pihak cuba membuat andaian sendiri bahawa kemungkinan aku mengatur rancangan dengan rakan-rakan Angkatan Muda di kawasan utara; andaian tersebut meleset.
Oleh kerana perjalanan pada waktu malam dan pada siangnya, aku menguruskan seminar, keletihan tersebut membawa aku tidur.
Aku tiba di stesyen bas Alor Setar jam 4.29am. rakan sekerja, Zulhabri masih belum tiba kerana basnya dari Ipoh bertolak lewat.
Walaupun aku tidak pergi keliling stesyen bas, aku puji akan kebersihan tempat tersebut.
Lebih kurang 4:45am baru nampak kelibat Zul dan selepas kami makan, kami sewa motel berhampiran stesyen. Motel di sini cukup murah dan amat sesuai untuk backpackers. Kami berdua Cuma perlu membayar RM30 bagi sewaa bilik di motel tersebut bermula dari 5 pagi hingga 12.30 tengahari.
Lepas tengahari, kami diambil oleh Hafiz yang sanggup memberi sedikit-sebanyak maklumat yang aku kehendaki di Alor Setar. Selepas kami dibawa ke tempat yang aku ingin lawati di kawasan perindustrian di Alor Setar, Hafiz ajak minum.
Kami minum di Uncle John Kopitiam yang terletak di Jalan Putera. Menurut Hafiz yang memerhatikan diri aku sentiasa gusar apabila tidak dapat akses kepada internet, beliau mencadangkan untuk kita berlabuh di situ sahaja.
Koptiam di sini mempunyai tiga tempat bagi pelanggan; meja restoran untuk makan malam di sebelah belakang dan berhawa dingin, meja minum the di bahagian tengah restoran dan berhawa dingin serta tempat santai di bahagian luar.
Apa yang menjadi kegemaran aku dalam menunya ialah kopi Ipohnya yang betul-betul kaw. Zul dan Hafiz pesan ice blended.
Kami juga memesan roti bakar. Roti yang dihidangkan di sini bukan roti biasa. Mereka gunakan roti benggali (kata mak aku) yang lembut. Berjenis-jenis stail hidangan; bawang putih, keju dan kaya. Semuanya aku cuba dan memang berlainan.
Tempat ni aku rasa memang sesuai untuk yuppies selepas kerja. Perhiasannya antik dan cozy.
Syed Razak dan Angan-angannya
Dalam pada aku melayari internet bersama roti bakar, datang sekumpulan orang dengan kereta-kereta mewah memasuki restoran; Bekas Menteri besar Kedah, Syed Razak Syed Zain dan konco-konconya.
Syed Razak nampaknya sudah bertambah baik daripada serangan angin ahmarnya sehingga memaksa beliau meletakkan jawatan.
Beliau masih merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (parti politik yang tidak mempunyai perkataan politik dalam pertubuhannya). Melalui ura-ura yang aku dengar, beliau berhasrat untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti dan parlimen yang menjadi pilihannya ialah Kuala Kedah. Malam itu aku bertolak ke Sungai Petani dan menceritakan perihal Syed Razak dan Kuala Kedah, kesemua rakan-rakan aku berkerut dahi.
Kedah Maju 2010
Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang pentadbiran Syed Razak, banyak kemajuan ang dibuat. Alor Setar mendapat statuts bandaraya. Kedah juga mempunyai wawasan untuk mencapai status maju pada menjelang 2010.
Aku perhatikan pembanguann Alor Setar tidaklah standing dengan bandaraya-bandaraya lain seperti Ipoh dan Petaling Jaya.
PPR (Projek Perumahan Rakyat) yagn sepatutunya dibangunkan oleh Syed Razak tidak dilaksanakan dengan teratur sehingga membebankan rakyat termiskin untuk membayar setiap bulan sewaan rumah. Meraka dahulunya dijanjikan rumah percuma apabila tanak yang diterokai dahulu diambil pihak kerajaan.
Sungai Petani Hotel Penuh
Sungguhpun kami berada di Sungai Petani pada malam tersebut hari Isnin, bilk penuh kecuali sebuah hotel yang dimiliki saham hotel tersebut oleh Eric Chia. Hotel tersebut tersergam dan dimuatkan dengan lapangan bowling dan pusat hiburan lain serta membeli-belah. Ia menghadap lebuhraya yang dibanggakan Kementerian Kerja Raya.
Bagi aku tidak perlu aku tinggal di hotel sedemikian. Adalah amat terkejut dan kepala aku muula bertanya apakah yang menarik perhatian pelancong untuk datang ke Sungai Petani?
Antara lain, Sungai Petani terdapat beberapa sekolah asrama dan kolej. Minggu tersebut merupakan minggu pendaftaran pelajar. Selain itu, Sungai Petani adalah pusat perindustrian selaim Kulim.
Oleh kerana jam sudah pun menunjukkan 2 pagi dan kami masih berlegar-legar mencari hotel, aku mencadangkan agar kita pulang ke Alor Setar. Zulhabri tidak mahu lagi bermalam di motel dan memilih untuk menginap di hotel murah. Alhamdulillah, hotel yang kami menginap di stesyen ALor Setar itu juga mempunyai wifi.
Kulim dan Lunas
Keesokan tengaharinya, kami bergegas ke Kulim bagi meneruskan tugasan. Oleh kerana kami ingin cepat samapi, kami dnasihati menaiki bas ke Butterworth dan kemudiannya kami mengambil kereta sewa.
Perjalanan tidak menarik langsung kerana memikirkan tugasan kami di Kulim dan tiada pemandangan menarik.
Cuma jalan ke Kulim perlu melalui Lunas. Ianya menimbulkan 1001 nostalgia yang tidak mudah untuk dilupakan. Menurut Cigu Hamid yang aku temui di Kulim, beliau salah seorang ahli jawatankuasa penubuhan KeADILan bahagian di Lunas dan dua minggu selepas itu, Lunas terpaksa membuat pilihanraya kecil yang ditandingi Saifuddin Nasution.
1 Comments:
This comment has been removed by the author.
Post a Comment
<< Home