Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, July 25, 2007

Filem Kayangan dan Goblok Ibrahim Abu Shah



Pada hari ini, aku hadiri dua jemputan yang aku rasakan begitu signifikan dalam penulisan aku.

Pada sebelah pagi, aku berada di Hotel Concorde, Shah Alam menghadiri Seminar Kebangsaan Media dan Teknologi: Bloggers - Isu dan Cabaran Abad ke21.

Seminar tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Dato Seri Prof Ibrahim Abu Shah.

Beliau mengambil kesempatan dalam ucapan perasmian mengutuk blogger-blogger yang menyalahgunakan cyberspace dalam mengelirukan orang ramai.

Abu Shah dengan secara terus terang mengkritik hebat perbuatan blogger yang secara 'berniat jahat' kononnya menyiarkan gambar Najib bersama Altantuya.

Melalui ucapannya, beliau sendiri kurang pasti isitilah blog dan blogger. Mengapa aku berkata demikian, dalam kata-katanya, beliau sering memberikan ungkapan seperti Seminar Blogger.

Apakah ini sebenarnya seminar blog? Blogger ialah pihak yang mengendalikan blog.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Centre for Media and Information Warfare Studies, UiTM. Aku sedikit skeptikal dengan penubuhan jabatan tersebut di bawah Fakulti Komunikasi Massa kerana persoalannya, adakah pengarah pusat ini dan kakitangan-kakitangan ini tahu apakah sebenarnya blog?

Teringat aku kepada ucapan-ucapan Nathaniel Tan selepas pembebasannya apabila beliau terpaksa menerangkan kepada pegawai-pegawai dari Cyber Crime Unit, Bukit Aman; apa itu entry, komen, posting.


Pratonton Filem 'Kayangan'

Di sebelah petang pula, aku tidak meghampakan jemputan Grand Brilliance dan Raden Pictures Sdn Bhd bagi menyaksikan pratonton filem sulung terbitan YAM Tunku Dato Seri Nadzaruddin Ibni Tuanku Ja'afar & YM Tunku Dato Seri Mimi Wahida Wahman bertajuk Kayangan.

Bagi aku, filem yang yang dikatakan "Sebuah Filem Romantik Komedi" tepat dan aku layan baik filem arahan YM Raja Ahmad Alauddin ini.

Filem ini akan berada di pawagam 9 Ogos nanti.

2 Comments:

At 12:13 pm, Anonymous Anonymous said...

wah x ajak?!

 
At 8:47 pm, Blogger Rauff said...

Memang si Ibrahim Abu Shah tidak tahu-menahu tentang blog. Tetapi apabila dia disebut dan dikutuk di dalam blog saya, saya terus dipanggil pihak tatatertib UiTM dan seterusnya digugurkan status sebagai Pelajar UiTM.

Untuk ulasan kes saya sila ke url ini...
http://achmedrauff.blogspot.com/2007/07/letter-to-minister-of-higher-education.html

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com