Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, July 31, 2007
Bengkel BERSIH untuk bloggers
Aku terlibat dalam mengendalikan satu bengkel mengenai pilihanraya kepada para wartawan dan bloggers pada 15 Julai yang lalu.
Bengkel tersebut dijalankan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.
Tugas aku senang. Aku cuma dikehendaki memoderasikan setiap pembentangan, mempengerusikan majlis dan memastikan semua peserta cukup makan.
Bagi persiapan, aku agak tidak optimis mendapat sambutan. Namun, selepas memanggil dan menghantar jemputan kepada para editor, aku rasa terperanjat bila mereka ini (blogger dan wartawan) menunggu-nunggu program seperti ini.
Kami terpaksa menghubungi pihak hotel untuk menambahkan bilangan kerusi kerana tidak mahu menghampakan mana-mana pihak.
Aku terharu bila beberapa figur yang aku segani hadir seperti Lutfi Othman (Harakah) bersama teamnya, unmask zoro (blogger), Danny Lim (Off the Edge).
Media-media lain ialah The Sun, Malay Mail, Malaysiakini, Merdeka Review, Sin Chew Daily dan China Press.
Suara Keadilan tak hadir.
Sessi Sivarasa
Sivarasa merupakan ahli kepada Jawatankuasa Induk BERSIH. Dia membuka majlis dengan menceritakan kisah penangkapan Nathaniel Tan di mana beliau sendiri menjadi peguambela.
Sivarasa terhenti buat beberapa ketika, sebak ketika memberi ucapan. Baru aku dapat rasakan perasaan Anne James ketika beliau ditemuramah dalam Big Durian.
Sessi Liew Chin Tong
Chin Tong juga ahli jawatankuasa induk BERSIH, Beliau membentangkan pandangan beliau melalui tajuknya; Newsworthiness in Election Reporting: What in store if the PM dissolves the Parliament today?
Sessi Prof. Madya Dr. Anuar K. Mustafa (USM)
Beliau membentangkan kertas kerjanya bertajuk: Trend in Electoral Reporting: Past Record and Future Prospect.
Aku semamangnya berharap agar Dr Mustafa dapat membentangkan kaedah tepat dalam melaporkan sesuatu laporan yang berkaitan dengan pilihanraya.
Pembentangan beliau agak bosan.
Sessi Chin Huat
Wong Chin Huat IKMAS, UKM. Beliau juga ahli kepada Kumpulan Media Independen, WAMI.
Tajuk beliau ialah Meaning in Electoral Reporting: Why we may have Elections without Democracy
Pembentangan Peserta
Kami berterus terang bahawa tugasan yang kami berikan kepada peserta hanya disiapkan kurang dari enam jam.
Malam sebelum bengkel tersebut dijalankan, aku bersama Chin Huat, Seng Kiat dan ditemani oleh Azif berada di Taipan memerah otak tentang tugasan yang kita berikan kepada para peserta.
Mereka dikehendaki untuk membentangkan kes-kes mengenai:
· Political Debates and Mudslinging - real v pseudo issues, negative campaigning
· Civil Society and Citizen in Elections
· Polling Irregularities - phantom voters, exclusion/transfer of voters, missing ballots
· Campaigning Irregularities - intimidation, vote-buying (with private money)
· Administrative Neutrality - vote-buying (with state funds and policies), caretaker government
· Electoral System - gerrymandering, mal-apportionment and disproportionality
Pada sebelah petang, aku terima SMS dari bloggers united mengajak ke IPD Dang Wangi untuk candelight vigil buat Nathaniel Tan.
Kami beramai-ramai turun ke sana selepas aku dapat beberapa jam tidur.
1 Comments:
i'm the first also..hahhahhahah
Post a Comment
<< Home