Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, July 30, 2007

Konvensyen BERSIH: Semua Lancar


Dari kiri: Aku, Mat Sabu, Syafiq. Di belakang ialah Bubu (badut KeADILan di Ijok)


Alhamdulillah, program Konvensyen Rakyat BERSIH dengan temanya: Bersihkan Pilihanraya - Kembalikan Hak Rakyat yang diadakan pada 20 Julai lalu di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan dan gangguan.

Kami bertungkus-lumus dalam beberapa bulan bagi menjayakan program tersebut. Dalam sekretariat, hanya terdapat Liew Chin Tong, Seng Kiat, Madeline Chang dan aku sahaja.

Kemudiannya, Kwang dan Zulhabri dipanggil dalam membuat beberapa tugasan bagi memastikan kelicinan persiapan. Mereka jalankannya dengan sungguh efektif.

Sungguhpun hujan renyai. aku dapat anggarkan seramai 3000 orang membanjiri dewan. Aku mula naik kalut tetapi aku beritahu diriku sendiri: bukankah itu objektif kita?

Ahli-ahli parlimen BN semuanya tidak hadir sungguhpun ada yang mengatakan untuk hadir. Takut apa? Takut hujan renyai? Takut Anwar Ibrahim? Takut dikritik? Takut kebenaran? SPR yang dijemput secara persendirian juga tidak hadir.

Mat Sabu

Pemilihan Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu sebagai pengacara majlis menjadi pilihan paling tepat. Aku diarahkan untuk bertemu dengan beliau hanya pada 10am, 20 Julai di pejabatnya di Jaan Raja Laut.

Mat Sabu dengar taklimat dengan teliti dan kerjanya sungguh profesional.

Nasir Isa

Nasir hilang dalam beberapa hari sebelum program berlangsung. Beliau tidak menjawab panggilan dan kerja-kerja yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kecil tidak berlaku.

Black dan rakan-rakan

Black ditugaskan untuk membuat persembahan. Black mempunyai masalah disiplin tetapi tidak seteruk beberapa kenalan kami. Mungkin kerana beliau dilatih semasa di Korea Selatan.

Black ni suka buat kerja last-minute yang kerja-kerja seperti itu sering membuat aku tension.

Kabel gitar yang pendek dan tidak cukup membuatkan aku marah.

Black juga sudah mula bersikap seperti seorang kapitalis yang mula untuk meletakkan harga yang tinggi dan mempersoalkan bayaran untuk persembahannya. Beliau agak kurang percaya dengan perjanjian BERSIH.

Sound system tidak ada sumbang. Mungkin sebab aku arahkan mereka buat sound check banyak kali.

Tapi, aku puas hari dengan persembahan mereka.

Zulhabri

Member ni langsung tak komplen dengan apa juga tugas yang diberikan sehinggakan aku naik malu dengannya.

Semua tugas yang diberikan dijalankan dengan efisien. Cuma dia terlupa nak dapatkan resit beli stem RM60.

SISMEP 12

Aku memang berharap agar KeADILan memberikan perkhidmatan semakan pengundi menggunakan perisian m\pintar mereka, SISMEP12.

Nik Nazmi dan Safawati sampai lewat. Pencetak pula tidak ada driver. Jadi, kaunter tersebut tidak dapat berfungsi.

Skuad keADILan

Skuad yang dilancarkan di Ijok tidak bergerak secara efektif. Hanya skuad dari AMpang sahaja yang bertugas dan tidak dapat jumlah anggota yang mencukupi untuk bertugas. Mujur tidak ada sebarang gangguan berlaku.

Wanita KeADILan

Kumpulan wanita beratur di pintu masuk untuk mengiringi Anwar Ibrahim ke pentas. Mereka juga diberikan tugas untuk membuat skirting pentas.

Makan di Jamal Nasir

Selepas selesai, akulah orang yang terakhir meninggalkan dewan. Oh ya, akulah orang yang pertama sampai pada pagi itu.

Zulhabri ajak menemankan beliau makan malam di seksyen 14 dan kita bersembang sehingga jam 2 pagi. Kami juga berbincang mengenai buku Harry Porter yang diboikot.

Dalam fikiran aku, runsing kerana esok majlis penting boss aku di Sime Darby Convention Hall. Orang-orang kenamaan akan hadir di majlis itu nanti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com