Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, August 01, 2007

Filem Kayangan: Jalan Menuju Puncak Kayangan


Filem Kayangan memberi impressi kepada orang ramai mengenai imej bersih seorang putera raja dan seorang gadis berkarisma tinggi yang akhirnya dipertemukan.

Apabila melihat latarbelakang penerbit, sering terdapat persepsi bahawa golongan elit akan membawa kepada kepincangan dalam industri perfileman itu.

Kayangan, sebuah filem yang diterbitkan oleh Raden Pictures Sdn Bhd oleh YAM TYunku Dato Seri Nadzaruddin inni Tuanku Ja'afar dan YM Dato Seri Mimi Wahida Wahman.

Selain bertindak sebagai penerbit, Tunku Mimi juga berduet bersama Ajai dalam lagu tema Kayangan. Agak terkilan apabila Ajai dan Yunku Mimi tidak menyanyikan secara 'live'. Mulalah andaian-andaian rambang yang memersoalkan bakat sebenar Tunku Mimi dalam arena dilem dan persembahan.

Jadi, adakah Tunku Mimi memang berbakat dalam dunia seni atau menggunakan pengaruhnya untuk melariskan filem sulung Raden Pictures?

Opposite Attract

Tengku Amir, seorang putera raja yang mengambilalih kuasa korporat yang dibina oleh ayahanda beliau meneruskan empayar Regallia Holdings sehingga mampu memperkembangkannya dengan membina marina atas jaringan perniagaan dan pertalian persaudaraan dengan raja dari Timur Tengah.

Tengku Amir dilakonkan oleh Teuku Zacky Azwar. Berlainan dengan filem melayu yang menggunakan hero dari Negara lain untuk melariskan filem mereka, filem ini menggunakan suara latar Hans Isaac yang amat sesuai dengan watak yang dimainkan oleh Teuku Zacky sebagai Tengku Amir. Berlainan dengan DIVA, penonton agak keliru dengan watak Jeremy Thomas sebagai Arman dengan telo Indon yang sukar dimelayukan. Sebutan Jeremy mengelirukan penonton yang sepatutnya seorang pemuda kampong dari hulu Pahang yang tidak sepatutnya bertutur dalam loghat Indon.

Sungguhpun Regallia Holdings diasaskan oleh bapanya yang sudah tapak dari segi kedudukannya sebagai kerabat, Tengku Amir tidak menganggap bahawa itu sebagai satu kelebihan buatnya malah, bekerja keras sama seperti mana-mana Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) dalam sesebuah syarikat yang bernilai berbillion ringgit.


Bibit pertemuan anak raja itu dengan Masseira (seorang graduan penganggur) berlaku ketika motor berkuasa tinggi yang ditunggang Tengku Amir mengalami kemalangan di sebuah kampong di Kuala Pilah. Tengku Amir diselamatkan oleh keluarga Masseira yang tidak tahu bahawa Tengku Amir seorang kerabat. Tengku Amir juga tidak memperkenalkan dirinya sebagai anak raja.

Masseira (lakonan Nur Fazura Sharifuddin) tidak memandang atau terpikat dengan identiti Tengku Amir; sebelum baikpun selepas beliau mengetahui siapa sebenarnya Tengku Amir. Alah, beliau memandang rendah kepada golongan kapitalis yang berleluas. Maasseira juga tidak marah bila beliau dipanggil seorang yang idelist dan anti-kapiltalis.

Atas tekanan keluarga, Masseira bersetuju untuk menerima tawaran Tengku Amir bekerja sebagai pelatih di Regallia.

Atas sikap profesionalisme masing-masing dan tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya, mereka sebenarnya tertarik antara satu sama lain.


Kekuatan Blog

Masseira sering mencatatkan perkembangan peribadinya dalam blog persendiriannya. Perasaan suka dan hormat terhadap Tengku Amir, tekanan kerja dinukilkan dalam blog peribadinya.

Blog Masseira yang hanya memberi nama samaran dapat perhatian kaum kerabat Tunku Amir yang akhirnya menyatukan mereka.

Masseira juga telah berjaya meningkatkan keuntungan syarikat atas kepintaran (atau mungkin juga secara tidak langsung seperti Nujum Pak Belalang) sehingga projek marina yang dirancang oleh Regallia berjaya.

Tunku Amir dan Masseira yang berjaya membuktikan profesionalismenya disatukan dalam ikatan yang lebih rapat.

Promosi Meluas

Filem Kayangan akan mula ditayangkan di seluruh Negara pada 9 Ogos 2007. Sebagai salah satu usaha promosinya, para pelakon dan artis-artis dari album runut bunyi akan mengadakan "Kayangan The Roadshow".

Kemunculan pertama mereka ialah di Pulau Pinang sempena Festival Filem Malaysia pada 3 hingga 5 Ogos akan datang.

Kayangan juga diilakonkan oleh Razali Hussin, Opie Zami, Dynaz Mokhtar, Siti Shahrizah (Eja), Nazril Idrus, Julia Ziegler Bienda.

Ziela Jalil, yang pernah terbabit dalam kes Anwar Ibrahim yang difitnah juga tampil dalam filem tersebut.

Artikel ini dibuat khusus untuk KLPOS

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com