Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, August 06, 2007

MERDEKAKAH KITA? - Polis Gagal Hentikan Ceramah


Nik Nazmi (in red) with me (sitting) in front of the stage making sure
everything going smooth


Pada malam semalam (5 Ogos), kami anjurkan Ceramah Perdana melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ust Ahmad Awang, Dato Hassan Ali dan Dato Dr Zainal Abidin. AKu pula dah mula nak demam sebab malam kelmarinnya, kami celebrate kemenangan 'CINTA'. Tak cukup tidur.

Nik Nazmi risau betul sebab bossnya nak sangat ceramah kat kawasan Subang dan meminta agar kita membantu dalam urusan persiapan mereka.

Seperi biasa, donkey-donkey dari Kelana Jaya datang untuk tetap adakan program tersebut.

Dalam tempoh dua minggu, kita adakan tiga mesyuarat persiapan yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Tema tang kita persetujui ialah "Merdekakah Kita?"


Kawalan Polis

Pihak polis telah datang ke tapak ceramah sejak 9 pagi lagi. Menurut salah seorang peniaga yang berada di situ, polis bertanyakan pelbagai soalan seperti siapa penceramah dan pukul berapa program dimulakan. Polis juga bertanya mengapa khemah ceramah belum dinaikkan memandangkan ceramah akan diadakan dalam beberapa jam? Bukan hanya khemah, bendera pun kami sengaja lakukan minit-minit terakhir. Sengaja tak mahu polis dan Majlis Bandaran kerja lebih masa menanggalkan bendera-bendera kami dan turunkan khemah. Gaji mereka pun bukannya banyak sangat. Menurut Anwar Ibrahim, beliau terpaksa luluskan 600 juta untuk projek perumahan kos rendah bila mengetahui anggota-anggota polis yang mengawalnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menetap di setinggan. Pada waktu itu juga 17 projek membina kelab golf diluluskan.

Juga soalan yang saya mengeluh ialah, "pukul berapa Anwar berucap?"

Peniaga yang tak tahan melayan soalan-soalan 'bodoh' polis terus menasihati pegawai-pegawai polis untuk terus rujuk ke poster-poster yang ditampal di sekitar kawasan Subang dan Damansara.

Pegawai-pegawai polis terus beredar.

Aku datang agak lewat sedikit kerana Nik Nazmi ubah masa. Pergi dengan Kenari Najip, kami tiba sekitar 5.25pm. Aku terus uruskan banner 10 meter Anwar Ibrahim dan bendera keADILan 8 meter untuk digantung di bangunan orang ramai yang masih dalam pembinaan.

Dengan pertolongan kongsi yang sedang berehat, kami berjaya menggantungkan kain rentang seberat 20kg itu. Sungguh berani aku lihat mat-mat Indon panjat ke bumbung bangunan serbaguna hanya mahu bantu gantung kain rentang 'Pak Anwar'.

Selepas tiga minit kain rentang itu terpampang, Indon tu datang kepada aku meminta maaf kerana taukeh dia arahkan supaya kain-kain rentang itu diturunkan. Kain rentang di dinding zink di kawasan pembinaan yang bertulis "Time for Change" dan "Masa Untuk Perubahan" pun diarahkan untuk ditanggalkan.

Aku ambil keputusan untuk tidak pergi ke taukeh tu untuk menyoal perkara itu. Aku terus minta otai-otai kat Subang bagi tasykil dan kita ambil balik kain-kain rentang tersebut.

Menurut taukeh tu, bangunan orang ramai tu Umno punya, dia menerima panggilan daripada ahli Umno untuk tanggalkannya. Kita bingung....

Lepas ditanya balik, dia menjawab bangunan kerajaan tapi projek Umno....

Kita soal balik, dia tak tahu jawab dan nada suara meninggi.

Aku sungguh terpegun dengan komitmen polis pada petang itu sehingga ke malam. Ada seorang pegawai khas ikut kami ke mana kami pergi untuk mengetahui plan B yang kami dah rancangkan. Aku tanya kepada diri aku: Samapai macam tu desperate nya?

Polis tak henti-henti mahu berjumpa dengan Pengarah Program. Nasib baik Ust Nasir ada.

Kita sebenarnya diarahkan untuk batalkan ceramah malam itu. Selepas ditanya, alasan diberikan: tiada permit.

Kita terangkan semua prosedur kita patuhi untuk mendapatkan permit. Semuanya AJK sudah pun lakukan. ASP Sufian (yang kononnya boss keselamatan malam itu) dengan memberitahu bahawa beliau tidak menerima apa-apa dokumen daripada pihak polis mengenai permohonan permit kita.

Jadi, siapa yang tak efisien?

Apa yang aku perasan, kerja polis ni sungguh banyak. Tapi tak pernah siap sebab masa kerja dihabiskan mengikuti pergerakan reformasi.

Kadar jenayah yang meningkat tidak menjadi masalah mereka. Reformasi lah ketakutan dan ancaman negara.

Lepas Nego 7pm

Amerudin memberitahu bahawa beliau sudah pun berjumpa OCPD yang memanggil beliau memberi amaran bahawa program ceramah akan dibatalkan. Atas keputusan yang telah dibuat, kami tetap akan teruskan. Menurut Amerudin, beliau sudah pun bawa berbincang bagi menjamin program ceramah tersebut dikawal.

SB mula mengambil gambar. Dia ambil gambar pentas, gambar kami melepak, gambar kerusi dan juga gambar beras yang dijual secara amal. Wak Kerang posing depan SB yang ambil gambar supaya SB mengambil gambarnya. SB tu beredar.


Lepas Nego 9pm

Ust Nasir dan Amerudin dipanggil oleh ASP Sufian meminta program tersebut dibatalkan. Aku dah nak mula bengang pasal teaser lagu-lagu dah lama sedia untuk diputarkan.

MC Hj Yusof pula nampak macam takut-takut untuk mula.

Dato Zainal dah tiba tapi kami menasihati beliau untuk tidak datang ke tapak ceramah lagi. Dia minta arahan ke tapak ceramah. Dan pada tiba di satu tempat, dia melihat sudah ada empat trak FRU. Jadi, kita minta Dato ikut trak-trak FRU itu kerana mereka semua dalam perjalanan ke tapak ceramah.


Lepas Nego 9.30pm

Dato Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) tiba dan terus berceramah. ASP Sufian panggil lagi dan memberi program tersebut dibenarkan setengah jam. Kami akur.

Lepas Nego 10pm

Ust Ahmad Awang (Naib Presiden PAS) tiba dan polis nampak bengang. Aku tak pasti ASP Sufian panggil lagi pada waktu itu kerana aku sibuk dengan uruskan meja pendaftaran SPR, kaunter keahlian dan kutipan derma.

Pada 10.44pm, bodyguard Anwar mula SMS saya bahawa mereka hampir sampai. Kami dah ubah plan, roadblock ada dua. Setiap jalan tar dikawal ketat. Betul kata anggota polis bahawa dia tak kisah siapa pun beri ceramah tapi bukannya Anwar Ibrahim.

Kita bawa Anwar ke jalan lain yang memotong jalan tiada tar dan terpaksa berjalan kaki sedikit.


Polis Balik
Anwar infront of approx 2,500 people around the area of Rumah Murah Fasa 2, Bandar Baru Sg Buloh


Sejurus sahaja mengumumkan ketibaan Anwar Ibrahim dan isteri, polis mengambil nombor kad pengenalan Ust Nasir dan Amerudin dan meminta agar mereka hadir ke Balai Polis esok.

Semua kereta peronda polis balik selepas itu. Adalah dua SB yang masih berlegar. Anwar berucap sehinga 12.12am tanpa sebarang gangguan. Wang kutipan juga berjaya dibuat. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya kita dapat balik modal dalam menjalankan ceramah tersebut.

Najip bantu aku kemas semua barang dan hantar aku pulang. Sebelum pulang, kita berhenti di Kopitiam baru dibuka di Kelana Jaya sambil nonton Die Another Day di layar besar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com