Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, August 14, 2007
Lawatan ke Utara: Satu pengalaman
Bayan Lepas, Pulau PinangMalam sebelum itu aku hanya sempat lelap selama 20 minit sahaja membuat persiapan terakhir untuk pembentangan aku hari ini.
Sewaktu aku mengambil bagasi aku, aku ternampak notis yang memberi amaran denda kepada pihak yang melakukan cetak rompak.
Aku terfikir, tak ada siapa yang akan kisah tentang cetak rompak ini kerana bapak cetak rompak ialah mereka yang di 'atas'.
Pada satu masa, aku pernah membuat laporan atas kerja cetak rompak pengisian oleh salah sebuah kolej yang aku pernah bertugas sebagai pensyarah.
Kolej tu cetak rompak semua perisian. Aku buat laporan terhadap semua cawangan-cawangannya. Tiada apa pun tindakan yang diambil terhadap kolej tersebut.
Aku dijemput oleh sorang rakan dan kami terus dibawa ke Sungai Petani.
Kami melalui jambatan Pulau Pinang.
Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda
Kami terus dibawa ke Sg Petani kerana kami diberitahu barang-barang yang dikirim oleh pejabat kami di Bangkok tidak sampai ke resort tempat latihan diadakan.
Kami membuat keputusan untuk menyediakan emua peralatan untuk pembentangan sendiri. Banyak juga aku belanja.
Memandangkan tempatnya disebut pantai, aku betul-betul mengharapkan bahawa aku membayangkan ianya tempat perkelahan. Aku bawa pakaian mandi tetapi tidak seperti yang disangkakan. Pantainya sudah pun ditambak dan orang ramai tidak datang ke situ untuk mandi, hanya untuk menikmati udara laut.
Orang tidak lagi bermandi-manda di Pantai Merdeka, tidak seperti dahulu.
Sepanjang aku di sana, hanya terdapat ‘belangkas-belangkas’ sedang memadu asmara. Aku kira, jika aku pergi lebih dalam ke sema-semak sudah tentu aku dapat melihat belangkas yang lebih liar.
Tempat yang Usang
Aku tiba lebih kurang 4pm, 27 Julai. Aku mendarat di Bayan Lepas berbanding dengan lapangan terbang Alor Setar atas nasihat pihak penganjur. Menurut mereka, Bayan Lepas lebih dekat dari Alor Setar.
Program tersebut diatur sejak tahun lalu lagi. Terlalu banyak pindaan. Mujur kami; Jonson, Dr Busarin, Saiful Izham dan aku sendiri konstan dan kerja professional. Alhamdulillah, kami dapat teruskan.
Tempat penginapan seperti tidak terurus. Dari bilik seminar hinggalah ke bilik penginapan, semuanya dilakukan pada minit-minit terakhir sungguhpun program tersebut telah pun dinyatakan lebih awal.
Kafeterianya tidak ubah seperti kantin sekolah ataupun seperti dewan makan di asrama. Lalat beterbangan dan kucing berkeliaran untuk mendapatkan sisa makanan dari pengunjung.
Pengunjung Luar Negara
Aku lihat juga di sekeliling resort kiranya ada pengunjung-pengunjung luar Negara datang menginap di Panta Merdeka ini. Alhamdulillah, tiada. Tak tahu bagaimana sebagai rakyat Malaysia dan hos tak rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2007 cuba untuk menerangkan keadaan di tempat itu.
Pengunjung yang hadir ialah hanya dari kalangan pelajar-pelajar sekolah menenganh di bawah Kementerian Sukan dan beberapa syarikat yang mengadakan kursus.
Jadi, Pantai Merdeka Resort ini bukanlah sebuah resort peranginan seperti yang aku bayangkan semasa berlepas dari KL tetapi tempat menjalankan seminar dengan bajet yang rendah.
Kulim Bandar Baru, Kedah
Bersama Zamri, aku bertolak ke Kulim utuk menghadiri Mesyuarat Agung mereka yang dibatalkan. Poyo, bosan dan menyampah.
AKu tak dibenarkan menulis lanjut tentang perjalanan mesyuarat kerana ianya tertutup. Cuma apa yang aku hendak katakan ialah aku agak terkilan dengan pemilihan yang dijalankan.
Makan malam, kita belasah nasi kandar. Aku nak tidur kat hotel tapi Buddi tak bagi dan baginya, aku akan membazirkan wang, sungguhpun semua perbelanjaan aku, aku boleh tuntut balik.
Jadi aku lepak kat rumah Buddi dan nonton 'Vacancy'; sebuah cerita seram.
Nasir, member Buddi hantar aku ke Bayan Lepas keesokan harinya.
Tak sangka, kami berdua berkongsi nasib yang sama. Cuma kesian aku tengok dia sebab dia tak dapat lawat anak dia dah beberapa tahun.
Aku akan ke Sg Petani sekali lagi pada 9hb September akan datang. Murah rezeki aku sekarang. Tak pegang jawatan tinggi tapi dapat banyak jemputan bentang kertas kerja.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home