Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, August 19, 2007
Hari Penentu Kg Berembang
BESOK, perbicaraan kes Kg.Berembang akan menentukan nasib penduduk yang sudah 8 bulan hidup sebagai pelarian di negara sendiri.
Pada 17,20 & 30 Nov 06 dan 5,6,& 7 Mac 2007 Pemaju PNSB dan Perspektif masa Sdn.Bhd dengan bantuan jentera-jentera kerajaan negeri telah merobohkan semua rumah secara
haram dan kejam dan mengusir penduduk keluar dari tapak perkampungan asal sebelum mahkamah mendengar kes.
Apakah Pemaju PNSB dan perspektif masa akan dapat Order 89 dan interim injunksi? Apakah sistem perundangan negara kita akan membela penduduk yang tertindas ini? Apakah perbicaraan besok dapat menjawab kedua-dua soalan ini?
Aku berada sewaktu MPAJ, pihak pemaju dan polis merobohkan surau.
Boss lama aku juga minta menemani beliau ke majlis perkahwinan salah seorang mangsa di kampung yang pada ketika itu sudah jadi padang jarak padang terkukur.
Dato Kamarul Baharin sewaktu menerima jemputan bapa penganti yang diadakan di Kg Berembang.
Cuma selepas itu, aku terpaksa berlepas ke Jerman sewaktu Tian Chua dituduh cuba untuk membunuh.
Ikutilah Perbicaraan yang akan berlangsung pada;
*Tarikh : 20/8/2007 (Isnin)*
* Tempat: Mahkamah Tinggi Shah Alam*
* Masa: 8.30 pagi*
Hadir dan berikanlah sokongan solidariti anda untuk saudara saudari Kg.Berembang.
Aku hadir pada pementasan kanak-kanak Berembang yang menceritakan kembali peristiwa perobohan rumah-rumah mereka dalam bentuk wayang kulit.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home