Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, August 30, 2007

Anak Bangsa Malaysia!



Pada 25 Ogos lepas, aku meluangkan masa dalam satu perjumpaan bersama blogger-blogger di satu tempat yang dirasmikan sebagai ‘Rumah Blogger’ di ibukota.

Acara tersebut dipanggil 'Bangsa Malaysia Merdeka Get-together' dan bertemakan 'Bangsa Malaysia : The Way Forward'

Ramai rakan-rakan blogger yang hadir. Di antaranya ialah Jeff Ooi, Bernard Khoo, Amin Iskandar dan lain-lain lagi.

Rakan-rakan lain yang hadir ialah Jonson, Medeline, dan rakan-rakan lain yang tak tersebut dalam blog ini.

Amin a.k.a Black juga menyampaikan beberapa lagu untuk hiburan para hadirin.

Mereka membincangkan semangat kemerdekaan yang diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman 50 tahun dahulu.

Aku berpeluang untuk membaca teks-teks yang berkaitan dengan kemerdekaan. Di antaranya:

1. Kenyataan media Tunku pada 20 Februari 1956.
2. Kenyataan Tunku sewaktu beliau dan rombongannya sebelum berlepas ke London pada 2 Mei 1957 bagi merunding mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.
3. Teks ucapan Tunku sebaik sahaja beliau dan rombongannya kembali dari rundingan pada 3 Jun 1957.
4. Teks Tunku yang menyebut tentang Kemerdekaan Malaysia pada 16 September 1963.


Aku berminat untuk mengkaji Permasyuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku pada 31 Ogos 1957. Anda juga boleh saksikan klip video ketika permasyuran ini dibaca.

Berikut ialah teksnya:

PEMASYURAN KEMERDEKAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian RasulNya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa=apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian yang lain ada sekarang antara Duii Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, Parlimen Neegeri United Kingdom dan Majlis-majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia-Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berpelembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekuutan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdu Rahman Putra ibni Aamarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Negeri Melayu dengan ini memasyurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima PUluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subnahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan da kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.



Antara fakta yang penting dalam teks tersebut ialah:

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
o Satu bangsa yang merdeka, yakni satu Bangsa Malaysia. Kita tidak lagi perlukan satu pertubuhan yang hanya menjaga kepentingan politik sesuatu kaum. Ini akan membawa kepada pertelingkahan kaum.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
o Perlembagaan Persekutuan dicabuli oleh Negara sendiri.
o Mengapa kita perlukan akta zalim lagi seperti Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Keselamatan Dalam negeri (1960), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984), Akta Hasutan (1948), Akta Pertubuhan (1966), Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Polis (1967) dan sekatan ceramah (2001)?

…… dengan limpah rahmat Allah subnahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan da kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Adakah kita patuh kepada perjanjian itu sekarang?



Sebelum pulang, aku tandatangan di atas poster gergasi yang mengisytiharkan bahawa saya dan blog ini Bangsa Malaysia.

1 Comments:

At 6:25 pm, Anonymous best percale sheets 2020 said...

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
website development vancouver ,
web development company vancouver ,

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com