Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, August 29, 2007

Negaraku: Bukan Identiti Malaysia



Saya tidak pasti adakah generasi sebelum saya, generasi seangkatan dengan saya dan generasi di bawah saya mengetahui bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku bukanlah lagu asal milik Malaysia.

Lagu Negaraku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke-19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a.k.a Negaraku.

Kalau tak percaya, klik di sini bagi mendengar sendiri lagu asal Negaraku yang diciplak dari Memula Moon.

Namewee dan Negarakuku

Kerajaan Malaysia mengugut untuk menarik taraf kerakyatan pelajar komunikasi massa di Taiwan kerana mengubah lirik lagu kebangsaan sehingga menyentuh sensitivity agama.

Bagi saya, kerajaan tidak mempunyai hak untuk menyaman sesiapa sahaja yang menyalahgunakan Negaraku kerana pada haqnya, kerajaan Tanah Melayu pada waktu itu telah menciplak lagu Terang Bulan yang diambil dari Memula Moon.

Pihak yang sebenarnya berhak untuk menyaman Namwee dan Kerajaan Malaysia ialah manusia yang bernama Pierre Jean Berager. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.


Terang Bulan

Menurut Hishamuddin Rais, rakan melepak di Bau-bau Café, Sukarno (Presiden Indonesia pada eranya, ketika Konfrontasi 1963-64) memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman (kanan) seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri.

Sukarno berpendapat, bagaimana sebuah negara yang menggelar diri mereka – merdeka – tetapi lagu kebangsaan pun diciplak.

“Selama 50 tahun penciplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malay National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Shahrizat, penciplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malay National Organisations yang semakin mengecut,” kata Hishamuddin (Rais).
Gambar Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos di Stadium Merdeka



Negarakuku
Memula Moon a.k.a Terang Bulan a.k.a Negaraku a.k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak.

Alasan-alasan lain Hishamuddin yang mengatakan Negara ini tidak merdeka:

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Sarawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah – HIDUP Melayu (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen). (Gambar kanan ialah pasukan Malaysian Tigers diambil pada tahun 1958)

BUKTI KETIGA - Kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KEEMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke-19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a.k.a Negara-ku.

BUKTI KELIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan dipakai oleh United Malay National Organisations sendiri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com