Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, September 01, 2007

Pameran Pertama pada Hari Amal Merdeka

Hari ini (1 September) aku akan adakan pameran fotografi aku. Pameran ini adalah pameran pertama yang ada beberapa pihak yang beriya-iya memberi sokongan agar koleksi gambar-gambar aku dipamerkan.

Bertambah semangat lagi bila mereka rasa cuti Merdeka ini satu kesempatan buat pameran aku.

Aku tidak keseorangan. Rakan-rakan di Studio diKala Jingga pun aku jemput untuk memeriahkan.

Acara-acara lain yang akan diadakan ialah persembahan dari Black, Rozan, Rahmat Haron dan Pyanhabib.

Kami adakan pameran di Dewan Pay Fong, Jalan Kubu Melaka. Ia akan bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 12 tengah malam. Khabarnya, Ketua Umum akan hadir saksikan pameran ini nanti.

Untuk permulaan ini, aku tak berani jual gambar-gambar aku mahal.

Gambar aku semurah RM50 hingga RM500.



Tajuk: MAKAM DEMOKRASI
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 7hb Oktober 2005
Mahasiswa dari universitI-universiti tempatan berarak dari Masjid Negara ke pejabat SUHAKAM dan berhimpun secara aman bagi mendesak SUHAKAM campurtangan dalam pilihanraya kampus.
Jenis Kamera: Canon DSC-H1
Cetak: 405 x 300mm Cetak atas kertas / tekstil
Harga: RM150-00



Tajuk: IBUNDA
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 10hb Disember 2005
Dong Jiao Zhong mengemukakan memorandum dan ditandatangani oleh pertubuhan-ertubuhan sivil dan parti politik mengenai pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Jenis Kamera: Kodak Easyshare CX7300
Cetak: 405 x 300mm Cetak atas kertas / tekstil
Harga: RM100-00



Tajuk: BISU
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 2005
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan perarakan dari Masjid Negara ke SUHAKAM bagi membebaskan tahanan-tahanan ISA yang dituduh KMM yang memasuki tahun keempat.
Jenis Kamera: Kodak Easyshare CX7300
Cetak: 405 x 300mm Cetak atas kertas / tekstil
Harga: RM100-00



Tajuk: BLUR
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 2005
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan perarakan dari Masjid Negara ke SUHAKAM bagi membebaskan tahanan-tahanan ISA yang dituduh KMM yang memasuki tahun keempat.
Jenis Kamera: Kodak Easyshare CX7300
Cetak: 405 x 300mm Cetak atas kertas
Harga: RM100-00




Tajuk: IMPERIALIS
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 14hb Disember 2005
Perhimpunan aman oleh aktivis yang berhasrat untuk membebaskan merpati ditahan oleh puluhan anggota polis ketika mesyuarat ASEAN yang enggan membincangkan isu Burma.
Jenis Kamera: Kodak Easyshare CX7300
Cetak: 300 x 220mm Cetak atas kertas / tekstil
Harga: RM130-00




Tajuk: TAK NAK
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 2005
Perhimpunan aman oleh aktivis mahasiswa mengenai isu rasuah Menteri Wilayah Persekutuan.
Jenis Kamera: Kodak Easyshare CX7300
Cetak: 300 x 220mm Cetak atas kertas
Harga: RM150-00





Tajuk: KARTUN
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 2005
Ucapan Presiden Parti Keadilan Nasional dalam kempen membebaskan enam tahanan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Jenis Kamera: SONY CYBERSHOT
Cetak: 225 x 1770mm Cetak atas kertas
Harga: RM100-00



Tajuk: AMANAH
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 23hb Mac 2005
Majis menerima kemasukan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad
Jenis Kamera: SONY CYBERSHOT
Cetak: 225 x 1770mm Cetak atas kertas
Harga: RM100-00


Tajuk: GABUNG
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 3hb Ogos 2003
Upaca rasmi penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia di Kuala Lumpur.
Jenis Kamera: SONY CYBERSHOT
Cetak: 225 x 177mm Cetak atas tekstil
Harga: RM300-00


Tajuk: WHY
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 19hb Ogos 2005
Ceramah Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perlis.
Jenis Kamera: Canon DSC-H1
Cetak: 600 x 155mm Cetak atas kanvas
Harga: RM300-00




Tajuk: TSUNAMI
Oleh: Faisal Mustaffa
Tarikh: 19hb Ogos 2005
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di tapak bencana tsunami di Kota Kuala Muda.
Jenis Kamera: Canon DSC-H1
Cetak: 600 x 155mm Cetak atas kanvas
Harga: RM300-00
(Foto ini akan dilelongkan kepada orang ramai dengan tandatangan peribadi sdr Anwar)


Artis Kala Jingga Jual lukisan mereka dari RM700.

Pihak penganjur juga akan adakan lelongan untuk mendapat dana.

Aku setuju kerana inilah sahaja yang aku dapat sumbangkan kepada pihak yang memerlukan.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com