Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, September 05, 2007

GWANGJU: ASIAN CULTURE HUB CITY

Model Bandar Kebudayaan Gwangju


Semalam aku terima sepucuk warkah istimewa daripada Pembantu kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Korea, Byong-Hoon Lee.

Warkah tersebut memberi perkenalan beliau sebagai jawatan baru yang disandang dan tanggungjawab belaiu dalam memastikan projek Korea untuk membina sebuah bandar hub-budaya Asia berjalan seperti yang dirancang.

Gambar di kanan ketika aku dibawa melawat tugu peringatan dan makam pejuang-pejuang rakyat menegakkan demokrasi.


Projek pembinaan tersebut mrupakan sebuah projek yang memakan masa selama 20 tahun dalam membina Kompleks Kebudayaan Asia yang melibatkan Pusat pembelajaran Kebudayaan bagi kanak-kanak, Pusat Pertukaran Antara-Budaya Asia, Artlex Asia, Pusat Kebudayaan Asia Pusat Pembinaan Budaya Asia.

Menurut Byong-Hoon Lee, pelaburan keseluruha bagi projek tersebut ialah 720,000 juta KWN yang melibatkan 119,000 meter persegi. Ia diramalkan siap sepenuhnya pda Mei 2010.


Taman Rimba Milik Rakyat

Apa yang menariknya dengan projek ini ialah konsep alam sekitar yang dititikberatkan disamping tidak meninggalkan kesan sejarah yangbegitu penting buat rakyat Korea.

Bangunan kompleks terletak di bahagian bawah dan bahagian atasnya dijadikan sebeuah taman rimba yang dipenuhi dengan cahaya solar.

Kompleks yang merangkumi taman perumahan pula akan merentasi Sg Gwangju yang mengalir dari Gunung Mudeung hingga ke Sajik Park. Sungai tersebut akan dikekalkan agar tidak mengubah bentuk rupabumi asal Gwangju.

Bagiamana idea tercetus?


Ia tercetus daripada pengalaman Sejarah Kebangkitan Gwangju pada 18 Mei 1980.

Tarikh 18 Mei 1980 memberi seribu makna kepada rakyat seluruh dunia dalam aspek hak asasi manusia khususnya perjuangan kebebasan rakyat Korea Selatan di mana berlakunya pertempuran di antara aktivis mahasiswa dan tentera di hadapan pagar Universiti Kebangsaan Chonnam (Chonnam National University).

Pada waktu itu, pada 26 Oktober 1979 apabila Presiden Korea Selatan, Park Chung Hee, ditembak mati oleh seorang pengarah KCIA, Kim Jaegyu yang juga merupakan bekas sAhabat baiknya. Park Chung Hee dibunuh kerana dikatakan menjadi penghalang kepada demokrasi. Kim Jaegyu mendakwa bahawa tindakannya membunuh Park Chung Hee merupakan satu tindakan yang patriotik.


Kudeta Tentera

Seluruh negara pada waktu itu menjadi gempar apabila tragedi ini berlaku. Manakala pada 12 Disember 1979, pihak Tentera telah melakukan kudeta. Maka pemerintahan Diktator Tentera pun berjalan di bawah pimpinan Jeneral Chun Doo Hwan. Pemerintahan diktator tentera tidak disenangi oleh rakyat jelata maka demonstrasi-demonstrasi telah dianjurkan untuk membantah rampasan kuasa tersebut.

Akibat daripada kebangkitan rakyat Korea pada waktu itu melalui demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan, Jeneral Chun Doo Hwan telah mengisytiharkan Darurat pada 17 Mei 1980 bagi menekan para demonstran di seluruh negara.

Pada keesokan harinya; pada 18 Mei 1980, 100 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Chonnam telah berarak ke arah pintu pagar Universiti berteriak “berambus tentera”.

Pihak tentera yang mengawal di Universiti itu telah bertindak ganas dalam menangani demonstrasi ini. Mereka memukul para mahasiswa, menahan dan menggeledah rumah-rumah orang awam untuk mencari aktivis mahasiswa.

Dengan tekanan demi tekanan yang dijalankan oleh pihak tentera, mahasiswa telah meneruskan demonstrasi di jalananan dan ini sekaligus telah menjadi pencetus kepada peristiwa bersejarah “Kebangkitan Gwangju 18 Mei”.

Gabungan Rakyat dan Mahasiswa

Pada 20 Mei 1980, majoriti rakyat Gwangju telah menyertai demonstrasi mahasiswa dan mereka telah menawan dan membakar stesen TV MBC kerana mendakwa MBC telah memberikan laporan salah tentang para demonstran dan tidak melaporkan tentang keganasan yang dilakukan oleh tentera.

Pada 21 Mei 1980, 300,000 rakyat telah menyertai demonstrasi menentang kekuasaan Jeneral Chun Doo Hwan. Tempat simpanan senjata dan balai polis telah ditawan dan senjata telah dirampas oleh rakyat. Mereka (baca:rakyat) telah menubuhkan Tentera Rakyat yang telah melawan semula tentera yang mengganas. Hampir semua jalan keluar masuk ke Gwangju telah dikepung oleh pihak tentera pemerintah.

Walaupun begitu, bandar tersebut menjadi komuniti masyarakat yang efektif. Wakil komuniti telah dilantik untuk mengawal keamanan dan untuk berunding dengan kerajaan diktator tentera.

Keamanan telah berjaya dikawal tetapi rundingan dengan kerajaan gagal. Pada 27 Mei 1980, kerajaan diktator tentera pimpinan Jeneral Chun telah menghantar Unit Khas dari 5 bahagian tentera untuk merempuh masuk ke bandar Gwangju dan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan.

Semasa pemerintahan diktator Jeneral Chun, kerajaan mengatakan bahawa pemberontakkan yang berlaku di Gwangju merupakan pemberontakkan Komunis. Tetapi setelah rakyat Korea Selatan menamatkan pemerintahan diktator tentera pada 1987, “Kebangkitan Gwangju 18 Mei” telah mendapat pengiktirafan sebagai Gerakan Demokrasi melawan pemerintahan diktator dan diiktiraf sebagai usaha untuk menempatkan sistem Demokrasi di Korea Selatan.

Selepas tamatnya pemerintahan diktator Jeneral Chun, kerajaan baru telah memohon maaf secara formal kepada penduduk Gwangju dan telah membina Tugu Peringatan untuk para syuhada yang terkorban dalam “Kebangkitan Gwangju 18 Mei.”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com