Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, September 11, 2007

Anugerah Era 2007: Artis Malaysia Jangan Pakai Gaun Labuh


Aku dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian Anugerah Era 2007 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

Aku tinggalkan jemputan lain seperti perhimpunan pekerja di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor pada hari yang sama (8 September) kerana kami terpaksa bertolak awal ke Genting Highlands.

Bagi aku, Genting Highlands ialah tempat biasa bagi aku, tidak ada istimewanya kerana aku pernah bertugas di sana selama dua tahun (1992-93).

Apartment Ria no 1314 (Selangor Tower) tempat aku menginap selama itu bersama Rahim, Rajan dan lain-lain.

Pada 7:45 malam, aku sudah pun berada di kawasan karpet hijau (tempat laluan artis-artis) dan berada di dalam dewan.

Artis BerGown Labuh

Tema pada tahun ini ialah Trend & Tradisi. Jadi, artis-artis yang hadir beriya-iya memperagakan pakaian mereka dengan tema yang diberikan.

Yang aku ngeri ialah artis-artis wanita yang berpakaian labuh sehingga pakaian mereka boleh menyapu habuk-habuk yang berada di lantai.

Tedapat satu insiden di mana seorang krew yang bertugas semasa upacara itu hampir tercedera kerana terpijak pakaian labuh Pengurus Besar rangkaian Radio Era, Kusdia Kahar (kanan).

Kudsia yang memakai pakaian labuh berwarna merah kelihatan berada di kerusi hadapan pentas dan kemudiannya beramah mesra di kerusi-kerusi lain bagi menyambut kedatangan artis-artis yang sudah berada di dalam dewan lebih awal.

Dalam insiden yang berlaku itu, seorang krew wanita yang sedang bertugas di bawah pentas lalu berjalan dengan pantas di belakang Kudsia.

Tanpa beliau sedari, beliau terpijak kain labuh Kudsia yang pada ketika itu sedang berada di tempat penyanyi Ella dan tersungkur.

Melihat akan beliau telah jatuh kerana terpijak pakaian majikannya, beliau tidak membuat apa-apa teguran.

Saya diberitahu kawasan di bawah pentas, yakni di antara kerusi di bahagian hadapan dan pentas ialah kawasan larangan kecuali kepada petugas-petugas.

Selain Kudsia, artis-artis lain seperti Ella (kiri) dan Datuk Siti Nurhaliza (bawah) juga berpakaian labuh hingga kain mereka mencecah lantai.

Ella yang menyampaikan persembahan terakhir juga terpaksa memanggil krew pentas untuk mengangkatnya keluar dari pentas kerana tidak boleh berjalan dengan laju akibat pakaiannya yang labuh.



Hanya sebagai tambahan, Linda Onn mengungkit (melalui pantun - ketika menyampaikan anugerah) mengenai kontroversi pakaiannya pada satu masa dahulu.



Beliau membawa baju yang dicipta oleh pereka pilihannya untuk majlis anugerah di negara luar tetapi mendatangkan rasa iri hati seorang pereka fesyen lain.


Pereka fesyen tersebut menggunakan cable Kementerian untuk memaksa Linda Onn memakai baju ciptaannya.

Langsung, Linda Onn tidak muncul di hadapan televisyen dalam upacara gilang-gemilang yang disaksikan di seluruh dunia. Dunia gelak kat Malaysia beb!







Mawi Tak Masuk Dewan


Mawi yang dijangka memenangi banyak anugerah pada malam itu tidak kelihatan di dalam dewan sungguhpun beliau berada di Kota Keriangan itu.

Khabarnya, beliau dipaksa hadir oleh syarikat pengurusannya, Maestro walaupun sudah diberitahu bahawa beliau teramat keletihan kerana baru pulang dari negara luar atas urusan kerja.

Beliau akhirnya mengammbil keputusan untuk pulang dan tiga anugerah yang dimenananginya diserahkan kepada wakil Maestro untuk mengambil bagi pihaknya.


Pemenang Anugerah

1. Artis Harapan Pilihan: Mila

2. Anugerah Video Pilihan: Langit Biru (Mawi)

3. Irama Global Pilihan: Misha Omar (Nafas Cahaya)

4. Artis Inggeris Tempatan Pilihan: Point Blanc & Jaclyn Victor

5. Lagu Nasyid Pilihan: Al-Jannah (Mawi)

6. Vokal Wanita Pilihan: Datuk Siti Nurhaliza

7. Vokal Lelaki Pilihan: M.Nasir

8. Vokal Duo / Berkumpulan Pilihan: Jamal Abdillah & Mawi

9. Band Pilihan: Spider

10. Rock Pilihan: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)

11. Carta Era: Kenangan Terindah (Samson)

*Kenangan Terindah dimenangi kerana lagu tersebut berada dalam senarai tangga teratas yang paling lama.

12. Pop Pilihan: Persis Mutiara (Mila)

13. Kaki Wayang: Jangan Pandang Belakang (Metrowealth)

14. Seni: Alleycats

Anugerah Seni seolah-olah satu anugerah khas untuk artis yang banyak berjasa dalam industri.

15. Nada Dering: Jimbara


Persembahan

Artis-artis yang membuat persembahan:

1. Jimbara - Farhana

Lagu rock kapak ini mendapat sambutan dari kalangan pendengar radio Era.

2. Adam - Joget Lambak

Ringtone aku gunakan lagu ini. Adam menyani bersama rakan-rakan lamanya dari Sabah dan diiringi dengan penari-penari jambu.

3. Kristal & Kaza - Memburu Impian

Ditayangkan sekali filem Gila-gila Remaja. Faizal Hussein (hero filem) muncul dengam motosikal scrambler yang kononnya sebagai satu kejutan.

Ramia puji dengan persembahan ini.

4. Chakra Sonic - Puisi Rap & Rap Tamil

Kumpulan inilah kalau tak silap buat rap patriotik.

5. Idayu - Sayang di Sayang

6. Bob - Seri Siantan

7. Farah - Ulik Mayang

8. Akbar, Mirwana & Ahli Fiqir - Manusia Lupa

Lagu ni tak sama dengan puisi Tun Mahathir kerana Tun Mahathir mendakwa Melayu yang mudah lupa.

Aku suka gendang, suara latar Mirwana dan tudung Ahli Fiqir. Terasa insaf seskejap.

9. Mila- Aku Saja Yang Tahu, Ceritera Cinta, Pastikan, Kini Detik, Persis Mutiara.

10. Vince - Perjalanan, Cinta Zaman Berzaman, Saling Terpesona, Juwita Cinta Terindah, Lihatlah

Vince kali ini lebih bersedia dan membuat homework nya. Dalam persembahan selingan Konsert AF5 yagn baru lalu, Vince tidak hafal lirik dan memegang lirik lagu di tangannya walaupun beliau menyanyikan lagu sendiri.

11. Misha Omar & Andy (Flop Poppy)

Andy berpakaian paling sempoi; sweater dan jeans. Walaupun kad jemputan jelas memberitahu kanak-kanak tidak dibenarkan, beliau kelihatan mendukung anak kecil untuk dibawa duduk bersama artis-artis.

12. Fauziah Ahmad Daud & Urban Method - Wajah Rahsia Hati.

Persembahan yang aku paling suka. Urban Method pakai hood untuk nampak cool, Fauziah AHmad Daud pakai hood untuk tutup rambut.


13. Kerispatih - Mengenangmu, Tapi Bukan Aku.

Maaf, sekiranya gue ada wang lebih, gue tak beli cd kamu dong.

14. Anuar Zain - Lelaki Ini

Superb! All time favourite. Tapi aku sedih Anuar dibayar RM30ribuapabila diminta menyanyikan lagu tema filem CINTA. Anuar juga tidak muncul dalam videoklip lagu tersebut.



15. Diddy & Nikki - Hilang

Nikki buat lataran dengan suara soprano dalam nyanyian Diddy.Pakaian Nikki pada malam itu mungkin hasil cadangan managernya. Aku tak nak komen.

16. Dayang Nurfaizah - Hilang

I like!

17. Ella & pemenang bertuah - Rama-rama

Aku suka persembahan ini. Adik yang bertuah menyanyikan lagu tersebut bersama Ella cukup bersahaja dan aku terhibur.

Mawi yang merupakan jagoan dalam sebarang pertandingan yang melibatkan undi SMS juga memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Video Polihan melalui lagi Langit Biru dan Anugerah Duo/Berkumpulan Pilihan. Anugerah Duo/Berkumpulan dimenanginya bersama Jamal Abdillah.

Anugerah tersebut dipenuhi dengan persembahan artis-artis Akademi Fantasia dan beberapa artis lain seperti Misha Omar, Andy (Flop Poppy), Fauziah Ahmad Daud, Urban Method, Chakra Sonic, Jimbara, Anuar Zain, Nikki dan Dayang Nurfaizah.

Kumpulan dari Indonesia, Krispatih juga dijemput untuk membuat persembahan pada malam itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com