Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, September 21, 2007

BPR Wilayah Tak Dapat Buka Fail Video Klip


Pada 20 September yang lepas, aku diarahkan untuk membuat temujanji dengan Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai isu video klip perbualan di antara Peguam VK Lingam dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz mengenai percaturan Ketua Hakim Negara.

Pengarah BPR Wilayah Persekutuan, Abu Zubir Mohd Hassan dikhabarkan bersetuju untuk menerima rombongan yang menghantar laporan berkaitan dengan rakaman video yang diambil pada tahun 2002 itu.

Rakaman video itu selama 8-minit itu diberikan salinannya kepada BPR menerangkan isi kandungannya yang jelas menunjukkan perlantikan Ketua Hakim Negara adalah satu percaturan.

Pegawai BPR, En Zulkifli yang menerima temujanji berdegil untuk menerima ramai wakil untuk berjumpa Pengarahnya.

"Tiga orang cukup."

Aku cuma berkata cuma sepuluh sahaja. beliau tetap berdegil dan aku tidak berkata apa-apa. Beliau juga memberi amaran bahawa wakil-wakil media tidak dibenarkan langsung untuk memasuki pejabat BPR bagi membuat liputan.

Selepas sidang media pendek yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta, kesemua rombongan Angkatan Muda dan Wanita bergegas untuk memanjat tangga ke tingkat teratas di mana pejabat Abu Zubir.

Jadi, adakah aku nak larang mereka naik? Adakah aku akan membiarkan wakil-wakil media berpanas di bawah? Baik aku biarkan sahaja.


Abu Zubir tak pandai buka fail Media Player

Selepas selesai, kami menuju ke kereta dan aku terima satu panggilan yang mengatakan bahawa pihka BPR menerima cakera yang tidak menganduingi apa-apa isi.

AKu bergegas memberikan telefon bimbit aku kepada Sivarasa untuk beliau sendiri memberitahu jumlah fail yang berada dalam cakera yang diserahkan itu.

Akhirnya, Sivarasa membuat keputusan untuk naik kembali untuk memastikan bahawa salinan fail tersebut sememangnya ada dalam cakera yang diserahkan itu.



Lama juga aku menunggu di kereta.

Selepas hampir 30 minit, Sivarasa berkata BPR masih menggunakan versi lama.

Sivarasa juga memberitahu bahawa pihak BPR terpaksa memanggil pegawai IT untuk menyelesaikannya.

"Ada pegawai IT rupanya," kataku.

Bagaimana satu Bahagian BPR Negeri yang mempunyai Jabatan IT nya sendiri masih meggunakan versi yang tidak lagi digunakan oleh kita semua?

Boleh juga aku terima alasan sekiranya laporan tersebut dihantar di pejabat BPR Temerloh ke Putatan ke.... tapi ini di BPR Wilayah Persekutuan, berhampiran dengan bangunan pencakar langit Dayabumi, di kota metropolitan.

Pengalaman Nathaniel Tan

Aku tak terperanjat kerana blogger Nathaniel Tan memberitahu bahawa semasa beliau ditahan di dalam lokap, beliau terpaksa menceritakan kepada Unit Siber Polis perbezaan di antara comments dan postings.

1 Comments:

At 12:16 am, Blogger arifabdull said...

Adakah tragedi kehakiman yang terpapar dlm video si Lingam nih mampu dan cukup kuat untuk menjadi momentum sehingga terjadinya Hartal?

Tahniah kepada para peguam yang sedang memulakan langkah ke arah mengajak rakyat turun ke jalan pada minggu depan. Katanya, semua rakyat Malaysia dijemput menyertai perhimpunan itu.

Harapan besar untuk melihat inisiatif para peguam ini akan disahut oleh setiap rakyat sebagai cabaran dan dorongan untuk kita mencapai perubahan demokratik berlangsung di negara ini.
Malang dan sayang sekali, jika usaha para peguam ini dipandang sepi oleh semua, termasuk NGO2, parti2, dan rakyat Malaysia.

Cukuplah kita ditipu selama 50 tahun. Politikus-politikus jahat itu sudah kehabisan masa dan kini bukan masa untuk mengharap dan berkompromi dengan mereka lagi.

Tegakkan kuasa rakyat!

~Rakyat itu Raja, Raja itu Rakyat~

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com