Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, September 29, 2007

Sami di Malaysia kurang perihatin


Semalam (27 September) aku terima sekurang-kurangnya tiga sms menjemput aku untuk turut serta dalam perarakan membantah penahanan lebih 100 sami yang berarak di Burma membantah kerajaan Junta.

Jadi, aku buat keputusan untuk pergi.Member-member yang buka puasa sama aku semalam saling memberi nasihat untuk berhati-hati kerana polis akan mengambil anggota-anggota RELA untuk menangkap demnsotran-demonstran yang turun membantah Junta atas alasan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin).

Keganasan di Burma bermula dua hari yang lalu di Rangoon dengan serangan gas pemedih mata, libasan rotan dan tembakan sehingga membawa kematian kepada empat orang awam termsuk tiga sami. Peristiwa tersebut berlaku di kuil Shwedagon

Di Mandalay, lapan anggota NLD (sebuah Parti politik yang aku adakan beberapa pertemuan semasa menjawat jawatan Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda KeADILan) ditahan. Par Par, pelawak terkemuka di Burma juga ditahan.

Di Kachin pula, sekurang-=kurangnya 90 sami dari pecan Moe Nyin ditahan. Lima anggota NLD juga ditahan.

Sehingga semalam, Sembilan orang lagi dilaporkan mati termasuk seorang wartawan dari Jepun dan ratusan yang lainnya ditahan dalam protes anti-kerajaan.





Aku tiba di LRT Ampang Park jam 9.38 pagi seorangan diri dan mula lihat Yusmadi Yusof (exco baru lantikan yang mengambilalih jawatan aku dalam Biro Antarabangsa) dan Khai Loon (Y4C).
Kami mengikuti perarakan dari situ ke tempat perhimpunan utama; Kedutaan Myanmar di Leboh Ampang. Sambil berjalan, aku mula terserampak dengan rakan-rakan dari Amnesty International, CARAM Asia, Women’s Aid Organisation dan rakan-rakan media lain.


Kedutaan China



Selepas lebih kurang setengah jam di sana, mereka mula berarak ke Kedutaan China. Kami berada di sana kerana membantah keputusan Kerajaan China yang bekerjasama dengan kerajaan junta Myanmar yang menumbangkan pemerintahan demokrasi pada tahun 1962 sewaktu pengambilalihan kuasa junta. (Gambar atas).

Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Luarnya, Dato Seri Syed Hamid Albar pula menyatakan pendiriannya untuk tidak mengambil pendirian terhadap Burma sungguhpun penindasan terhadap orang awam di Negara itu berterusan.

Bagi Syed Hamid konflik yang melanda di Burma adalah hal ehwal dalaman. Malaysia mempunyai pelaburan yang bear melalui gas dan petroleumnya di Burma. Kenyataan tersebut sudah tentu berdasarkan atas kepentingan sedemikian.

Kenyataan Syed Hamid Albar itu seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ kepada pencabulan hak asasi di rantau Asia Tenggara.

Kedutaan Russia

Selepas mengadakan protes di Kedutaan China untuk seketika, kami berarak pula ke Kedutaan Rusia yang mejalankan hubungan diplomatic dengan Myanmar.

Di sanalah kelihatan rakan-rakan aku yang lain seperti Eli Wong, Ginie Lim, Chan, Razak dan lain-lain. Oh ya, Shin pun ada sama. (Gambar di bawah ketika berada di kedutaan Rusia).







0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com