Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, November 29, 2007
TELL ME IF YOU CAN UNDERSTAND
公开录音揭阿都拉昔前后不一 净选盟拟国会示威反修宪法案 | |||
---|---|---|---|
| |||
| |||
|
Labels: BERSIH, Elections Commission, SPR
 
The Deuty Minister is the Chairman of Silkway Cargo!
ACA urged to probe deputy minister | ||||
| ||||
PKR has reiterated its call to the Anti-Corruption Agency (ACA) and police to take action against Deputy Works Minister Mohd Zin Mohamed for alleged involvement in money laundering. The call was made in view of the recent arrest of Mohd Zin’s business partner Sheikh Farid Ahmed in Bangladesh for money laundering - a case in which the deputy minister was also implicated. “We hope legal action will be taken against Mohd Zin (left)immediately,” PKR Kelana Jaya division secretary Faisal Mustaffa told a press conference yesterday. He added that a ACA report was lodged against Mohd Zin in 2001 by a ‘whistleblower’ whom Faisal declined to name. The deputy minister had denied involvement in such illegal activities. Confession made At the press conference, Faisal highlighted Bangladeshi newspaper reports in late July and August which said Sheikh Farid has been detained and was expected to be charged for money laundering. A New Age report said Sheikh Farid has confessed during intelligence forces’ interrogation of having paid around RM4.2 million in monthly installments to Mohd Zin. The duo were business partners in a Dhaka-based freight company, Silkways Cargo Services Ltd - the general sales agent of national carrier Malaysian Airlines (MAS) operating in Dhaka. Sheikh Farid was the managing director while Mohd Zin chaired the board of directors. Silkways was implicated in a scam in 2003 for under-declaring the weight of its cargo aboard MAS flights, causing losses up to RM3.6 million in monies forgone over the period of two years. At the time, Mohd Zin has yet to be appointed a deputy minister. He was the Shah Alam MP and the BN Backbenchers Club chair then. Not aware of arrest Contacted for comment yesterday, Mohd Zin said he was not aware of Sheikh Farid’s arrest and insisted that he has not received money from the latter through illegal means. “In America, we called it payment for lobbying work,” he said, referring to a sum of money that he received from the Bangladeshi for lobbying MAS to enter into a contract with Silkways. He refused to divulge the amount of the money but said he has declared all his assets to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. “The ACA is welcomed to investigate me,” the deputy minister added. According to Mohd Zin, he has not been in touch with Sheikh Farid - who approached him in 2000 - for a long time. He also said he no longer has any interest in Silkways and argued that he has never been officially registered as a director in the company. “I found out that he (Sheikh Farid) didn’t register my directorship with their (Bangladeshi) Companies Commission. They were also cheating...” he said. |
Labels: ACA, BPR, MAS, Md Zin Mohamed, Sheikh Farid, Silkway Cargo
 
Wednesday, November 28, 2007
Forum BLOGS + WALLET dan Pelancaran Buku KONFLIKTING
MAKAN FREE BEB!!!!!Masa: 8 malam
Tempat: Corus 1, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala lumpur
Ahli panel:
1. Roslan SMS (http://www.wtv8.tv)
2. M.Zulkifli (www.gua.com.my)
3. Faisal Mustaffa (http://tokobuku.fotopages.com)
Anjuran:
Blog Bugs & Anwar Ibrahim Club
Dibiayai oleh:
Freiderich Naumann Foundation
Sebarang pertanyaan, hubungi Faisal 019-2232002 atau e-mel keluar.sangkar@gmail.com
Bab 1: TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007
Ekspresi gambar: Yang manakah lebih dominan? Yang manakah lebih baik? Yang manakah lebih cantik? Yang manakah lebih bermakna?
Apakah pilihan kita benar-benar pilihan kita?
Bab 2: AKU DAN MEDIA
BB 3: PERSEPSI POLITIK
BAB 4: GANGSTERISME
BAB 5: AHLI PARLIMEN vs RAKYAT KEBANYAKAN
Ekspresi Lukisan: Aku terdengar satu perbualan di kedai mamak...sambil minum nescafe. "Kau tak bosan ke pergi kerja balik kerja..pastu buat kerja yang sama...dan berapa lama kau kerja?
Ada lapan tahun? Apa yang kau dapat? Balik je kerja..penat..pastu tidur.. sok kerja balik!" "Aku tak kacau orang..aku buat kerja aku.. dapat gaji...bayar hutang...kereta...kredit kad...bil...keluar ngan awek..
lebih aku simpan untuk kecemasan.. takda masa aku nak fikir atau buat benda lain! Buat pening kepala je!"
" Aku nak tanya kau..mana lagi penting duit atau masa?"
BAB 6: NEGARA ISLAM
Labels: BLOGS+WALLET, Friederich Naumann Stiftung, KONFLIKTING
 
Monday, November 26, 2007
Polis Gagalkan BLOGS+WALLET dan KONFLIKTING
Pada 25 November (Ahad) aku ke Hotel Corus, Jalan Ampang kerana terlibat dalam satu forum dan pelancaran buku susunan aku; "Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING". Tetapi atas intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis, acara tersebut terpaksa ditangguhkan ke 1 Disember 2007 di tempat dan masa yang sama.
Aku membuat keputusan untuk naik LRT sahaja. Notis di stesen LRT tempat aku naiki menyebut stesen di Ampang Park dan KLCC ditutup. Aku terpaksa turun di Dang Wangi dan menapak ke Hotel Corus, nyesal plak aku tak naik kereta.
"Exercise lah tengahari ni," kata penjual tiket.
"Laa kak, beg saya ni berat macam batu," kata aku sambil menunjuk laptop dan beg galas. Aku dikehendaki membentangkan kertas kerja dalam forum BLOGS+WALLET anjuran Blog Bugs dan Kelab Anwar Ibrahim.
Polis Keluar Kata Kesat
Pada jam 11 am, aku tiba di stesen Dang Wangi dan berjalan sendirian melawan arus dengan perarakan kumpulan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang dilarang untuk menghantar petisyen ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Jalan Ampang.
Aku terserempak dengan kumpulan peguam yang sedang memerhati hak mereka berhimpun. Edmund Bon, Amer Hamzah, Morgan dan beberapa lagi berpakaian hitam putih menegur aku.
Edmund Bon: Hi Faisal
Aku: You look smart dude!
Edmund Bon: Where are you heading?
Aku: To Corus Hotel to witness my book launch. With this situation, I don't know how many can turn up.
Edmund Bon: Thousands (as he was pointing at thousands Indians passing us by.
Aku: Hi Morgan, I didn't expect to see you here. How's the situation?
Morgan: We were from KLCC and you know what? I heard a policeman shouted to the protestors: Hey keling, balik India la!
Aku: Do you take his name?
Morgan: Yup....and I jotted down every word he said. I went to him and asked him to mind his words. But, he just don't bother. I'm gonna do something on Monday. He'll watch!
Aku juga terserempak dengan Eric, KShan (Amnesty international) dan Jerald (KOMAS) .
Aku teruskan perjalanan dan terhenti di beberapa jalan kerana tidak tahan pedih mata kerana baru sahaja FRU semburkan gas pemedih mata.
Dari Hotel Corus, aku juga perhatikan trak FRU menembak protestor yang malang dan di hadapan tetamu-tetamu hotel, beberapa tangkapan dibuat. Kami saksikan sendiri dari sebalik cermin kaca.
BLOGS+WALLET dan KONFLIKTING Ditangguhkan
Stesen Ampang Park dan KLCC tidak dibuka kepada orang awam. Jalan Ampang ditutup. Polis berkeliaran, protestor menjerit.
Selepas berbincang dengan Pengarah dan pihak hotel, kami membuat keputusan untuk tangguhkan ke 1 Disember 2007.
Aku berada di hotel bersama Syafiq dan Ebrahim sehingga jam 5 petang untuk menerangkan kepada tetamu yang mungkin datang bersusah-payah untuk hadir ke majlis kami.
Kemudian, aku ke Annexe sekali lagi untuk saksikan How Did The Cat Gets So Fat? dan Perempuan, Isteri & Jambu untuk kali kedua.
Aku sempat berjabat tangan dengan Joylyn (pelakon Perempuan, Isteri & Jambu ).
Joylyn: I see you at facebook.
Aku: Nice meeting you. You were better tonight compared to the first show.
Kali pertama digagalkan dengan beberapa insiden yang aku malas nak ceritakan. Rasa bosan!
Gambar oleh HIDUPKU
Labels: Corus Hotel, HINDRAF, How did the Cat get so Fat?, Indian rally, Jalan Ampang, police brutality
 
Saturday, November 24, 2007
Dua Teater Monolog Sedang Dalam Tayangan
Aku meluangkan masa untuk menonton teater monolog yang sedang ditayangkan pada hari pertama dalam minggu ini.Aku sememangnya bercadang untuk menyaksikan pementasan ini pada hari Ahad, selepas aku melancarkan buku sulung aku; Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING di Hotel Corus, Jalan Ampang pada jam 2 petang.
Kerja-kerja di pejabat baru juga memenatkan aku. Ditambah lagi dengan kesesakan lalulintas di ibukota kerana sekatan jalanraya oleh pihak polis kerana mendapat berita terdapat satu lagi perhimpunan massa Ahad ini.
Keadaan aku yang tidak berapa sihat (mungkin kerana tidak cukup tidur malam sebelum itu kerana membuat persiapan untuk sidang media aku esoknya) dah mula rasa tidak betul dan tidak ada mood untuk pergi ke mana-mana selain daripada pulang ke rumah. Namun, kerana janji yang aku sudah nyatakan, aku kuatkan diri dan membuat keputusan untuk menaiki LRT.
Pementasan ini bukanlah cerita mengenai maknyah yang menolong pondan yang lain dengan membelikan panadol masa pementasan muzikal seperti cerita Osman Ali dalam Bukak Api.
Ia mengisahkan seorang pelajar kolej yang pintar yang diberikan tugasan oleh pensyarahnya untuk membuat kajian mengenai bangsa dan gender berdasarkan filem-filem Melayu 80an dan 90an.
Linda yang agak tertekan kerana tugasan tersebut terpaksa menemui beberapa pihak yang teruja dengan filem-filem lama.
Ada yang beranggapan bahawa apa yang disimpulkan oleh Linda secara politiknya tidak benar,namun ada juga yang beranggapan bahawa masih ada ruang bagi Malaysia meningkatkan martabat filem Melayu dengan memaparkan kisah sebenar keadaan budaya Melayu.
Monodrama ini ditulis dan dilakonkan oleh Joylynn Tan dan diarahkan oleh M.Rohaizad Suaidi.
How did the Cat get so Fat? Rasa kurang senang aku dengan keadaan aku masih menjadi-jadi. Rasa lapar belum makan, mak yang belum pulang bermain-main. Beberapa kali aku memberi isyarat minta bantuan....tak diendahkan. Adakah aku menjadi masalah kepada mereka? Selepas 15 minit rehat, aku kembali ke tempat asalku di hadapan untuk memberi tumpuan kepada pementasan ke dua. Aku akan cuba beri fokus. Aku pernah mendengar mengenai Teater Ekamatra. Semasa rehat, aku perkenalkan diri kepada Pengarahnya, Zizi Azah. Tak cerita banyak kerana aku perlu duduk! How did The Cat Gets So Fat? mengisahkan Fatimah, 9 yang datang dari keluarga yang bercerai ibubapa melayan fantasinya dengan patung Mr Minismen. Pementasan ini menceritakan perjalanan khayalan Fatimah; berjumpa pekerja domestik, isteri kaya, pemandu teksi, dan pengusaha taman tema. Aku memang terhibur dengan pementasan Siti Khalijah Zainal yang tidak kelihatan gugup membuat pementasan monolognya. Selesai sahaja pementasan, Rohaizad datang kepadaku memberitahu bahawa beliau kurang senang dengan Lin. Aku beri semangat dan berjanji akan datang lagi selepas aku lancarkan buku aku
After had myhot shower and solat, I try to seek for help. But to no avail.I could not get my eyes close and let my dvd play its part...
Dates: Nov 22 (Thu) – 25 (Sun), 2007
Time: 8.30pm nightly
Venue: The Annexe Gallery, The Annexe, Central Market, KL.
Entry: By minimum donation of RM30 (Adults), RM15 (Students)
Booking: 03 2274 6542, 03 2070 1137
Labels: How did the Cat get so Fat?, Isteri dan Jambu, Perempuan
 
Friday, November 23, 2007
KeADILan dakwa Timbalan Menteri terima wang haram 10 juta
Saadon Akshah dan Roy Rasul | Wan Zahari Wan Salleh | |
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Sebuah syarikat pengangkutan kargo dipercayai milik Timbalan Menteri didakwa menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) melebihi RM10 juta dari Bangladesh. Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda. Bagaimanapun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Bahagian Kelana Jaya, Selangor, mendakwa polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut. Setiausaha Bahagian tersebut, Faizal Mustaffa mendakwa walaupun laporan dibuat sejak tahun 2001 yang lalu tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil. Beliau mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media dalam satu sidang di ibu pejabat KeADILan, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, dekat sini, hari ini. Dakwanya Timbalan Menteri berkenaan memiliki saham sebanyak 49 peratus dengan syarikat itu. "Semasa memegang jawatan Timbalan Menteri wang tersebut dipindahkan ke akaun setiausahanya. "Timbalan menteri itu adalah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Kabinet dalam mendapat kontrak dengan syarikat berkenaan," dakwanya. Beliau yang turut mengedarkan beberapa salinan dokumen kepada wartawan berhubung pendedahan kes tersebut mendakwa, Timbalan Menteri itu masih menjalankan urus niaga melalui sebuah syarikat asing biarpun perbuatannya bertentangan dengan sumpah semasa dilantik sebagai timbalan menteri. Pemindahan wang haram itu dakwa Faizal bercanggah dengan peraturan bank negara Bangladesh dan Bank Negara Malaysia. Dalam pada itu, Timbalan Menteri tersebut turut didakwa memiliki empat buah kediaman mewah di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya. Selain itu dakwanya Timbalan Menteri itu dipercayai mempunyai lapan buah kereta mewah termasuk sebuah Porche dan motosikal Harley Davidson. - mns |
Labels: Bangladesh, Mohamed Zin, Silkway Cargo
 
Wednesday, November 21, 2007
Tabah Dalam Derita - Suara Generasi Dari Kem Pelarian
Malam ini aku mengambil keputusan untuk hadir dalam satu acara pembukaan pameran lukisan Palestin berjudul “Tabah Dalam Derita”. Ia dianjurkan oleh RA Fine Arts. Aku sendiri mendapat jemputan daripada kuratornya sendiri, Pak Engku (Raja Ahmad Aminullah) ketika beliau mengunjungi aku di Arts for Grabs tidak berapa lama dahulu.
Kami dihidangkan dengan makanan Palestin serta alunan muzik Arab. Selain daripada rakan-rakan artis, tetamu-tetamu yang lain yang turut hadir termasuk Datuk Syed Ahmad Jamal, Yusri Mohamed (Presiden ABIM) dan Datuk A.Samad Said.
Pengunjung-pengunjung juga dihiburkan dengan bacaan-bacaan puisi oleh artis-artis tempatan.
Sejarah penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin dalam mengekalkan tanahair mereka bukan dinukilkan dalam bentuk seni dan dibawa ke Negara ini bagi ita sama-sama memahami dan mendapat iktibar daripada isu yang melanda tanahair Palestin.
Pameran berjudul “Tabah Dalam Derita” itu dibawa oleh R A Fine Arts di ibukota. Pameran itu memaparkan suatu himpunan karya seni lukisan serta luahan hati oleh guru lukisan, Rouhaifa Said Qassim dan kanak-kanak di kem pelarian paestin di Nahr el- Bared.
Di samping itu, pameran itu juga mempamerkan karya lukisan seniman Malaysia termasuk Syed Ahmad Jamal, Long Thien Shih, Tuan Syed Bakar, Mahsun Haji Taib, Amir Zainorin, Hamir Soib, Nur Hanim Khairuddin, Ahmad Fuad Osman, Tan Sei Hon, Haslin Ismail, Rahmat Haron, Patric Lasak, Munzir Fauzi, Mustapha Haji Ibrahim, Kamal Zakaria, Azmin Hussein, Masnoor Ramli, Maslin Md Ramly, Ramlan Abdullah, Samsudin Mohamad dan Zazi. Turut terlibat ialah artis jemputan dari Indonesia, Kartika Affandi.
Sebenarnya, dari saat Perisytiharan Balfour, pelbagai perbincangan terbuka dan sulit di kalangan kuasa-kuasa besar telah mengakibatkan bumi Palestin hilang kewujudan sebagai Negara Palestin. Pameran yang diadakan itu memperingatkan pengunjung penderitaan yang ditanggung oleh beberapa generasi yang berasal daripada mereka yang terusir dari Palestin.
Ombak pertama pelarian tersebut telah tersebar ke pelbagai Negara jiran termasuk di Mesir, Jordan, Lubnan, Syria, Arab Saudi, Iraq dan Negara-negara Teluk. Sebahagian dari mereka kemudiannya mengungsi atau menjadi pelaria di kem-kem pelarian di selatan dan pertengahan Lubnan.
Kem-kem pelarian itu pula sering menjadi sasaran bedilan dan pengeboman dariapada darat dan udara oleh bala tentera Israel dan sekutunya.
Setiap kali bedilan berlaku, puluhan malah ratusan jiwa terkorban. Dalam tahun 1982, pengeboman yang disusuli oleh serangan tentera darat Israel merentasi gunung-ganang Selatan Lubnan telah mengakibatkan beribu-ribu kematian di kalangan penghuni-penghuni kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila.
Rouhaifa (Said) Qassim
Rouhaifa telah melakarkan peristiwa-peristiwa yang disaksinya. Ada lukisan tersebut menggambarkan cita-cita dan harapan para penghun tersebut. Ada lukisan yang mengandungi teks serta tulisan sama ada dalam bahasa Arab atau Bahasa Inggeris. Beberapa perkataan seringkali berulang. Antaranya ialah hope, freedom, force, prison, nightmare dan perkataan yang seumpamanya. Namun, perkataan yang ternyata banyak dipaparkan dalam lukisan beliau ialah peace (damai).
Lukisan-lukisan Rouhaifa merupakan kesaksian utama dari perempuan awal 30an. Sebagai penghuni Nahr al-Bared, beliau menyaksikan secara rutin kesan-kesan bedilan, aksi keganasan serta serangan yang dilakukan ke atas tempat penginapan mereka selepas orang-orang tua mereka diusir dari kampong halaman mereka di Palestin pada tahun 1948.
Meskipun Nahr al-Bared telah musnah, namun ingatan penghuninya terhadap zaman silam dan masa kini masih kuat. Rouhaifa melukis mengenai zaman kanak-kanaknya dan mengatakan ‘we won’t forget’ sesuai dengan anjuran Mahmoud Darwish. Darwish ialah penyair terkenal Arab yang banyak menulis sajak-sajak pedas dan editor akhbar Ittihad dan pernah dipenjarakan.
Meskipun beberapa lukisan kanak-kanak Palestin yang dipamerkan menunjukkan wawjah anak-anak dengan air mata mengalir, ada juga lukisan yang menunjukkan mereka bermain dan ceria di tengah-tengah suasana perang dan tidak tenteram tersebut. Malahan ada sebuah lukisan yang memperlihatkan air mata mengalir, namun, pada masa yang sama terserlah daripada wajah-wajah mereka suati semangat untuk tidak tunduk pada penderitaan.
Begitu juga lukisan anak-anak Palestin dari Nahr al-Bared menggambarkan harapan, keyakinan, aspirasi serta cita-cita mereka di tengah kehidupan yang keras, kehilangan tanah air dan karta-benda serta usaha-usaha memadamkan budaya dan memori mereka.
Oleh Syed Ahmad Jamal berjudul "? Palestine". Lukisan berasaskan bendera Palestin dengan bentuk tumpal di bahagian tengah yang sekaligus menggambarkan darah rakyat Palestin turun melimpah ke bumi di mana digambarkan lubang-lubang bekas tembakan peluru di tembok. Di bahagian bawah kelihatan liang-liang lahad mangsa tembakan....Di bahagian atas melambangkan roh mereka yang telah menyabung nyawa untuk negara. Di kawasan kiri dan kanan tumpal kelihatan khemah-khemah semasa perang dan aman.
Melalui lukisan-lukisan itu, mereka juga menunjukkan sikap mereka yang tidak mudah mengalah dengan keadaan yang dipaksakan kepada mereka malah mereka tetap defiant kerana mereka merupakan anak-anak kecil yang tidak mengerti permainan orang-orang tua.
Dalam kenyataan pelukis Kartika, untuk lukisannya Menatap Hari Esok, beliau telah menyatakan;
“Orang tua-tua sering berkelahi,
Bagaimana situasi akan datang.”
Lukisan daripada Kartika merupakan lukisan yang dihasilkan sempena kunjungannya ke Malaysia selama seminggu sebagai tamu R A Fine Arts.
Artis-arti yang menyumbang dalam pameran itu mennjukkan bahawa dalam hal-hal yang menyangkut kemanusiaan, rasa pedih, derita dan kehilangan, mangsa-mangsa kekejaman tidak mengenal batasan-batasan warna kulit, gender, umur, sempadan, ideologi, hatta apa-apa pertimbangan sekalipun. Pertimbangan utama yang dipaparkan adalah pertimbangan kemanusiaan bukan soal-soal lain.
Pameran “Palestin: Tabah dalam Derita” itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan berlangsung dari 17-24 November dan terbuka kepada khalayak umum.
R A Fine Arts Gallery bertempat di No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.
Malam ini aku mengambil keputusan untuk hadir dalam satu acara pembukaan pameran lukisan Palestin berjudul “Tabah Dalam Derita”. Ia dianjurkan oleh RA Fine Arts. Aku sendiri mendapat jemputan daripada kuratornya sendiri, Pak Engku (Raja Ahmad Aminullah) ketika beliau mengunjungi aku di Arts for Grabs tidak berapa lama dahulu.
Labels: Katika Affandi, Mahmoud Darwish, Malaysian Social Research Institute, Nahr al-Bared, Palestine, R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah, Rouhaifa Qassim, Syed Ahmad Jamal
 
Monday, November 19, 2007
Pra nonton FILEM 9 SEPTEMBER: Aku lebih enjoy Makanannya
Pada 22hb Oktober lepas, aku mendapat jemputan untuk menyaksikan filem terbatu terbitan MIG Production, David Teo (kiri) di The Mines.
Atas beberapa masalah peribadi dan kerja-kerja yang masih perlu dibereskan, aku tidak dapat memfokuskan dalam tayangan filem ini.
Tetapi, apa yang aku ingat ialah kami dibawa untuk makan tengahari di restoran milik David, The Lemon juga di The Mines dan aku makan dengan banyaknya, di dalam hujan lebat.
Sinopsis
9 September sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu, dia menyimpan dendan terhadap lelaki. Mangsanya ialah Kogi (Pierre Andre) yang baik dan jujur.
Selepas Nia berlepas ke Jepun, Kogi mendapati beliau menghidap barah.
Nia yang tahu cinta sebenarnya kepada Kogi, bukannya Andrian (lakonan Fahrin Ahmad) akhirnya berkahwin. Sebagai tanda ingata, bayi yang mereka perolehi dinamakan Kogi.
Exposure kepada Pierre
Tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan dalam filem ini selain daripada sebagai satu pededahan kepada pengarah muda ini dalam bidang pengarahan selepas melibatkan diri dalam lakonan dalam beberapa filem sebelum ini.
Filem ini juga mendapat dibarisi pelakon-pelakon seperti Osman kering, Kaza, Zami Ismail, Shamsul Ghau Ghau dan Cat Farish.
Labels: 9 September, David Teo, Fasha Sandha, Lemon Tree, Pierre Andre
 
The Police Officer Who Took My MYKAD away!
Indian man, mid 30s, no uniform. Claims he is from the Brickfileds police station.Note: Brickfields is known to have 'dead lockups' ie people die while detain in the lockup. One example is the case of Francis Udayappan who was reported running away from the lockup and drown at a river nearby.
He was believed to be tortured todeath and later was thrown away at the river.
Labels: BERSIH, Brickfields, Francis Udayappan, SB
 
Sunday, November 18, 2007
20 Belon Dipecahkan, Aku akan Bawa 20 Lagi Minggu Depan!
Gelombang Kuning: Polis pecahkan belon, rampas risalah Bersih Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Salleh Sat | Nov 17, 07 | 6:23:16 pm MYT | |
Kuala Lumpur, 17 Nov (Hrkh) - Kira-kira sepuluh minit 'Gelombang Kuning' dilancarkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di pekarangan Stesen Monorail KL Sentral, polis mula bertindak dengan merampas risalah yang diedarkan oleh pertubuhan tersebut. Dalam pelancaran yang bermula jam 2.00 petang itu, selain risalah, belon berwarna kuning yang tertulis perkataan Bersih termasuk yang berada di tangan orang ramai dipecahkan dan dipijak serta kenyataan akhbar berbahasa Melayu mengenai pelancaran tersebut juga dirampas anggota keselamatan yang hadir. Malahan tujuh orang daripada dua belas anggota Jawatankuasa Bersih termasuk Ronnie Liu dan Faisal Mustaffa yang mengetuai pelancaran tersebut turut ditahan polis serta disoal siasat dan diminta menunjukkan MyKad masing-masing. Menurut Faisal, apa yang memeranjatkan, mereka ditahan oleh 20 orang anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam (polis preman) sedangkan polis berpakaian seragam turut berada di kawasan tersebut. "Memang kami amat terkejut dengan penahanan tersebut. Sebaik sahaja ditahan, kami bertanyakan siapa mereka kerana mereka tidak memakai baju seragam polis. Mereka menyatakan mereka polis serta menunjukkan kad pengenalan sebagai anggota polis. "Kami mempersoalkan kenapa kami ditahan. Katanya, kami ditahan di bawah Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 dan menyatakan risalah kami mengandungi unsur-unsur yang mencurigakan. Mereka menggugut untuk membawa kami ke balai polis. Namun hampir setengah jam kami disoal dan 'tercangak' di situ, kami tidak juga dibawa ke balai polis," kata Faisal sebaik sahaja dilepaskan polis. Jelas Faisal, jika benar polis ingin menyoal siasat, mereka sudah bersedia untuk dibawa ke balai polis. Namun sungguhpun van polis sudah berada di kawasan tersebut, mereka tidak diarahkan untuk menaiki van tersebut. "Kami memberitahu mereka kami memang bersedia untuk dibawa ke balai polis dan peguam kami juga sudah menunggu di sana. Tetapi mereka tetap tidak membawa kami. Bagaimanapun selepas setengah jam ditahan, kami dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang syarat, "katanya. Dalam pada itu, jelas Faisal, pada waktu yang sama, difahamkan kira-kira 50 orang anggota polis berkawal di setiap sudut Stesen KL Sentral berkemungkinan maklumat yang disampaikan kepada mereka bahawa Bersih juga akan turut mengedarkan risalah di stesen tersebut. Bagaimanapun kata Faisal, pihaknya tidak sempat ke stesen tersebut kerana mereka ditahan dan 200 risalah telah dirampas. Sementara itu, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Jawatan Kuasa Bersih yang tiba sejurus tujuh orang AJK Bersih itu dilepaskan, menyatakan beliau sudah menjangkakan, selepas perhimpunan 10 November lalu, apa sahaja yang dikaitkan dengan Bersih akan diambil tindakan keras pihak polis. "Mereka memang menggugut untuk menangkap pimpinan Bersih yang mengedarkan risalah untuk memperkenalkan Bersih kepada orang ramai,"katanya. Jelas Dr Hatta, sebahagian masyarakat masih belum mengetahui dengan jelas perjuangan dan matlamat Bersih. Tambahan pula katanya, kempen yang dibuat kerajaan mengenai Bersih dalam media rasmi menyebabkan rakyat semakin tidak memahami misi pertubuhan ini. Dr Hatta yang turut tampil dengan berbaju kuning menyatakan tindakan kerajaan yang menggambarkan Bersih sebagai musuh kepada rakyat menyebabkan rakyat semakin kurang pemahaman mengenai tujuan Bersih ditubuhkan iaitu ke arah proses pilihan raya yang lebih telus. "Sebab itu kami bertindak untuk mengedarkan sendiri risalah mengenai Bersih kepada rakyat. Nampaknya mereka menghalang untuk mengelakkan kita daripada mendidik masyarakat," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat. Bagaimanapun tegas Dr Hatta, pihak Bersih tidak akan berputus asa serta akan meneruskan usaha untuk menimbulkan Gelombang Kuning kepada rakyat. Sehubungan itu katanya, Bersih akan terus menggerakkan usahanya menyampaikan maklumat kepada rakyat pada setiap negeri. Untuk menggerakkan Gelombang Kuningnya, Bersih mengajak rakyat mengenakan warna kuning pada pakaian, tali leher, selendang, payung, topi, serta mengingat riben berwarna kuning pada antena kereta dan cermin sisi pada setiap hari Sabtu sebagai sokongan kepada usaha pertubuhan ini. - mks. |
Labels: BERSIH
 
Saturday, November 17, 2007
Police Detain Me?
Launch of 'yellow day' marred by police harassment | ||||
| ||||
Today's launch of polls watchdog coalition Bersih’s ‘yellow day’ was marred by what one Bersih leader described as police harassment in order to disrupt their campaign for clean and free elections. Pamphlets, balloons seized 'Orders from above' “You don’t have to come to the police station. You can have back your ICs. You’re free to go,” said Kamaruddin before ordering the documents to be returned to their owners. |
 
Wednesday, November 14, 2007
BERSIH Demands Electoral Reforms to Defend Constitutionalism
The Coalition for CLEAN and Fair Elections (BERSIH) stresses that the People's Gathering on November 10 demanding electoral reforms is a part and parcel of a larger struggle to defend Malaysia's constitutional democracy.
The police's violation of the citizens' freedom of peaceful assembly and UMNO's subtle attack on the Monarchy indicate that not only that the electoral process is flawed, but the Westminster-style democracy with a Constitutional Monarchy has also come under attack by the ruling coalitions.
In response to the massive misinformation and disinformation campaign by the ruling coalition, BERSIH stresses the following points in principle:
1. BERSIH is pro-Constitutional Monarchy. Is UMNO anti-Constitutional Monarchy?
BERSIH submitted its memorandum to HM Yang DiPertuan Agong because the King has a constitutional duty to defend the democracy. Under the Westminster-style political system, he is in fact one of the three components of the Parliament alongside the elected House of Representatives and the appointed House of Senate. The people appealed to the King, under the Article 40(2) of the Federal Constitution, to withhold his royal consent for the dissolution of the Parliament until the four immediate demands of electoral reforms are granted.
By accusing the pro-Constitution BERSIH of “dragging the palace into politics”, UMNO is implicitly questioning royal consent, a Constitutional mechanism which also applies to the appointment of Chief Justice and had worked in the interests of the people in that case.
BERSIH challenges UMNO to make clear its plan to reduce the King into a complete figurehead and undermine the Constitutional Monarchy so that the UMNO's One-Party Oligarchy can rule with absolute power.
2. People's Gathering was not illegal. It's the ban that was unconstitutional!
BERSIH rebuts the claim that the People's Gathering was illegal as Article 10(1)(b) has granted every citizen to peacefully assemble without arms. It was the ban by the police that was unconstitutional.
BERSIH wishes to praise all brave Malaysians who took part in the gathering, including the physically-challenged like Irene Fernandez of Tenaganita and Amri from Shah Alam. They have defended our constitutional right. Special thanks also go to the Unit Amal marshals and others who ensured that the gathering took place in an orderly manner.
The UMNO President arrogantly spoke like a despot when he vowed that he “pantang dicabar" (will not tolerate challenge). BERSIH’s advice is that he should not challenge the people (Rakyat jangan dicabar!).
3. Demonstration is Malaysia's political culture or UMNO is foreign in spirit.
BERSIH also wishes to remind UMNO that the exercise of freedom of assembly is very much an essential part of Malaysia's culture. UMNO itself was born in 1946 after Malays protested en masse against the Malayan Union. The party continued to hold various protests in the following years, including the one led by Khairy Jamaluddin during the visit of US Secretary of State Condoleezza Rice. If UMNO insists that demonstration is against Malaysian culture, then the party itself is un-Malaysian in spirit. In order not to be seen as a hypocrite, the party should just dissolve itself.
4. The Police's partiality and dishonesty underlines the need for reform
BERSIH maintains that the police should bear the sole responsibility for the traffic jams that paralyzed parts of Kuala Lumpur and disruption to the socio-economic life of citizens.
As the Bar Council points out, the blockades and use of force were not necessary. "The gathering despite being attended by tens of thousands was disciplined and peaceful contrary to recent statements by Ministers and the Inspector-General of Police. It proves once again that Malaysian citizens are rational and responsible people capable of exercising their rights of expression and assembly with mature restraint."
Had the police acted constitutionally and professionally, they should have given the permit. The excuse that BERSIH was an illegal organization is lame as the OCPD Dang Wangi Mohamad Zulkarnain had written to BERSIH to request a permit application on October 29 and BERSIH had applied accordingly.
BERSIH also condemns the police for its dishonesty in underestimating the size of the protesting crowds. BERSIH estimated that 50,000 have gathered before the Palace and altogether 100,000 have taken parts to join the People's rally including those who were stopped from entering the city centre by road blockades and disruption to public transport like LRT. The underestimation at 4,000 by the IGP Datuk Musa Hassan has only sunk the police credibility further.
While the police claimed the arrest of 245 people, only 36 cases could be substantiated by lawyers and civil society groups providing legal assistance. Seven of the detainees were injured by the police, contradicting the claim by KL Police Chief Datuk Zulhasnan that there was no casualty. BERSIH challenges the police to issue the names of the remaining 209 detainees to prove that this is not just a scare tactic.
The partiality and dishonesty of the police underlines the need for a law on administrative neutrality which governs all state agencies, a reform which BERSIH has called for since it was formed.
5. The Media's misinformation validates BERSIH's fourth demand
Another institution alongside the police whose credibility has sunk to a new low is the media. Shamelessly, the mainstream media have failed to inform about both the gathering and its demands. The focus had been on the traffic jam or the condemnation by the ruling politicians. With the exception of Kwong Wah Jit Poh, no photos of the yellow wave were shown. We wish to praise the internet media and international media especially Al-Jazeera for giving accurate and balanced reporting.
Such misinformation by the local mainstream media is testimony to the relevance of BERSIH's fourth immediate demand of reform: fair and equitable access to the media. If a 50,000-rally in the capital city (before elections) can be blacked out, what can we expect during elections? BERSIH calls upon the members of public to send protest letters to the media.
6. Siva Subramaniam should resign to save Suhakam's remaining credibility
BERSIH calls upon Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) commissioner
Datuk N. Siva Subramaniam to resign for defending the police's violation of human rights.
Not only Suhakam has failed to defend the right of citizens to assemble peacefully, Mr Subramaniam had claimed that "the police only moved to quell the protests when the crowd got rowdy", according to The Star on November 12.
More shockingly, Mr Subramaniam told NST (November 12) that "he found that police did not use violence to control the crowds." He claimed that "I saw that the police did not even use their batons to disperse the crowd. So if there is any allegation of police brutality, it would not be true. …..The police have acted professionally on the matter."
Anyone who has seen the rally video clips on youtube.com can see the water cannons and teargas being fired at the crowd. Mr Subramaniam is either completely incompetent or utterly dishonest in making such a statement. He has brought further shame to Suhakam which has failed to investigate the police shooting of civilians in the BERSIH gathering at Batu Buruk. He must go, in order to save Suhakam's remaining credibility, if there is any left.
 
Tuesday, November 13, 2007
Faisal in Al Jazeera
I was called for an interview in Al Jazeera News Network today.The issues that I was asked to talk is about the mass rally, human rights and the people's power.
I was also told to report on the certain loopholes in the Elections Commissions (SPR).
While being interviewed by the Producer, Hywell Davies from the
English Language Channel
Trying to avoid nervousness
Getting ready for the recording. Was assisted by a cute intern.
The airtime is on this coming Thursday (15th Nov, 2007 at channel 513 Astro)
Labels: Al Jazeera, BERSIH, People's Rally