Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, January 04, 2008

Pengerusi SPR Patut Contohi Langkah Chua Soi Lek









Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman patut memohon maaf dan meletak jawatan atas kenyataan beliau mencabar parti politik alternatif memboikot pilihan raya.

Aku rasa kenyataan Tan Sri Abdul Rashid sungguh bongkak dan menghina Perlembagaan. Tan Sri Abdul Rashid telah melakukan kesalahan yang lebih besar berbanding dengan apa yang telah diperlakukan oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri).

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Artikel 114(2), "pentingnya memberi perlindungan sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya yang memberi keyakinan kepada rakyat". Tan Sri Rashid sepatutnya membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat dalam proses pilihan raya, tetapi sebaliknya beliau mencabar parti-parti politik alternatif untuk memboikot pilihan raya.

Apa gunanya pilihan raya jika hanya ada satu parti yang bertanding dan menang?
Kenyataan Rashid, menggambarkan persepsi sebenar mengenai pilihan raya – sebuah permainan bagi pakatan pemerintah untuk menang pilihan raya sungguhpun tanpa lawan.

Apabila Suruhanjaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya melihat keadaan Negara yang diperintah oleh satu parti; yang mana pilihan raya diadakan tanpa pembangkang, adakah rakyat Malaysia memerlukan lebih banyak bukti dalam menunjukkan bahawa pilihan raya di Malaysia tidak bersih, adil dan bebas?

B beberapa persoalan yang mengukuhkan lagi perletakan Tan Sri Abdul Rashid (kanan) iaitu tindakan beliau dan SPR yang berdiam diri atas tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang menaikkan kain-kain rentang dan bendera sebelum parlimen dibubarkan? Inikan satu kesalahan di sisi undang-undang?

Dalam satu kes yang berlainian, seorang pengundi, Sharmila Thuraisingam(No KP: 73xxxx145444) yang dilahirkan, dibesarkan dan mempunyai kad pengenalan beralamat di Subang Jaya boleh mendapati namanya didaftarkan oleh SPR di daerah mengundi Kg Wakaf Zain DUN Salor dan Parlimen Kubang Kerian di Kelantan.

Selain itu juga, perhimpunan rakyat aman pada 10 November lepas yang membawa puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanraya untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan tidak percaya kepada pilihan raya dan sistem politik Negara.

Tan Sri Rashid telah menghina bukan sahaja parti-parti alternatif sebagai pihak yang berkepentingan di dalam proses pilihan raya dan juga pelanggan kepada SPR, tetapi juga di bawah penyeliaan beliau di mana organisasi di bawah jagaan beliau termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Rashid juga secara tidak langsung membiarkan dirinya dihina pabila semua ahli parlimen mahukan Pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan diluluskan dan beliau secara otomatiknya disambung tempoh perkhidmatan.

Sekiranya Dr Chua Soi Lek boleh meletak jawatan atas kelakuan tidak senonohnya, bukankah Tan Sri Rashid juga mempunyai daya untuk berbuat perkara yang sama atas menghina Perlembagaan.

SPR adalah jalan yang lebih penting di dalam demokrasi Malaysia dan perlukan pembersihan yang lebih berbanding dengan Kementerian Kesihatan.

Labels: , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com